Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke 34

Rodiah Amir
3

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke 34

Syukur aku masih diberikan peluang bernafas dan menyambut ulang tahun kelahiran ke 34. Sambutan ulang tahun kelahiran tahun ni aku rasa semakin kurang seronok. Sumpah bukan tak bersyukur. Tapi semakin bertambah usia aku semakin bertambah juga usia ibu tercinta. Perasaan tu lain sungguh berbanding sambut ulang tahun kelahiran masa muda.

Entah macamana aku nak describe perasaan tu. Makin kita membesar semakin kita faham kehidupan bukan tentang kita sahaja. Ianya tentang mereka yang ada di sekeliling kita. Kalau hidup sekadar hidup, cacing dalam tanah juga hidup. Tapi Allah jadikan manusia hidup bertujuan.

Sepanjang 34 tahun aku di izinkan hidup, tahun ni paling aku terasa betapa lelahnya maksud kehidupan. Benar Allah telah kata, dunia ini tempat kita bersusah payah buat amal ibadah. Hasilnya nanti kita tuai di akhirat. Kena buat bekalan secukupnya.


Dugaan Kesihatan Orang Tersayang

Walau perit dengan dugaan kesihatan orang-orang tersayang, aku masih lagi berdiri cuba memahami ujian Allah aturkan. Bermula dengan pertengahan tahun, nikmat sihat mak perlahan-lahan Allah tarik. Kesihatan mak agak membimbangkan.

Bermula dengan satu hospital ke hospital yang lain. Kami adik beradik cuba yang terbaik dapatkan pandangan beberapa doktor. Mak disahkan dijangkiti kuman Tanah (Meliodisis). Penyakit yang aku sendiri baru tahu.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga; dalam tempoh mak aku berusaha nak sihat, abang ipar aku pula dimasukan ke hospital kerana masalah jantung. Terlalu rumit aku nak terangkan apa yang jadi. Sungguh seakan berat batu menghempap dada.


Kalau dulu aku mudah duduk dan bercerita. Lepas dugaan demi dugaan aku rasa tak banyak pilihan yang aku ada. Aku mudah jadi penat dan aku pilih untuk diam dan pendam. Aku pesan dekat hati, Allah nak uji aku dan keluarga. Sekarang lah masanya.

Hikmah Adik Beradik Ramai

Dulu masa aku kecil banyak kali juga aku tewas bila orang pandang serong kami ada adik beradik ramai. Rezeki emak dan abah, dikurniakan 10 orang anak. Bila menginjak dewasa, paling terkesan bila mak mula sakit ni. Bersyukur sangat, adik beradik yang ramai ni ambil giliran berbakti untuk mak.

Rezeki arwah abah, mudah sangat Allah panggil abah kembali padaNya. Tak terlantar sakit. Langsung tak menyusahkan anak-anak dan isteri. Setitik peluh pun tak keluar masa saat-saat jaga arwah abah. Malam 29 Disember 2010, abah pergi sekelip mata lepas sesak nafas.

Bahagian mak pula, di uji kesihatan dan emosi. Sungguh, selalu kita tengok konflik berlaku dalam drama. Benda-benda macam tu wujud. Masalah-masalah keluarga itu ada. Ambil lah pengajaran. Waktu beginilah, masa, duit, kasih sayang, adap semuanya di uji. Berdoalah bila waktu tu tiba, hati kita kuat dan yakin sesungguhnya Allah Maha Melihat.

Sambutan Ulang Tahun Sederhana

Syukur, suami dan anak-anak masih bersama aku. Seperti tahun-tahun sebelumnya sambutan ulang tahun disambut sederhana. Keluar makan, beli apa yang aku nak. Cuma beza tahun ni, buat kali pertama suami hadiahkan sebiji kek sebagai kejutan. Sejenis pasangan yang geli kalau buat kejutan jadi bila dia beli kek dan buat kejutan aku rasa hadiah yang bermakna.

Tahun 2019 tahun kesedaran buat kami sekeluarga. Tahun yang amat mencabar dan kami keletihan mental dan emosi. Kami juga percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Syukur atas segala nikmat Allah berikan. Walau banyak ujian Allah aturkan ianya tetap rezeki. Aku terima dengan lapang dada.

Janji aku pada diri sendiri, aku akan sedaya upaya sehabis baik menjaga kesihatan, aku janji tak akan mudah nak putus asa dan in sya Allah sedaya upaya aku akan sentiasa positif dan bersangka baik dengan Allah.

Last but not least, terima kasih atas segala doa dan ucapan dari keluarga, saudara mara, kawan-kawan yang mengenali aku baik di alam reality mahupun sekadar di alam maya. Ucapan yang baik dan doa-doa dari kalian amat aku hargai. Moga perkara yang baik melantun kembali kepada korang semula. Semoga aku dipanjangkan umur untuk terus beramal dan dilimpahkan rezeki yang halal dan dapat berbuat baik kepada semua.

Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. sanah helwah rodiah.. semoga tabah ye.. insaya allah ada hikmah semua yg berlaku

    BalasPadam
  2. Selamat ulangtahun kelahiran
    Semoga ahli keluarga yang sakit akan beransur sembuh.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..
    Happy belated birthday Rodiah.. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah..

    BalasPadam
Catat Ulasan