Cara Simpan Duit Paling Mudah

Melangkah ke tahun baru 2020 semestinya bersemangat dengan azam dan kesungguhan untuk jadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Antara salah satu azam setiap tahun adalah untuk simpan duit secara menabung. Jadi seronok pula bila sampai penghujung tahun duit simpanan capai target yang kita letak.

Cara simpan duit pula tidak terhad kepada satu amount atau tempoh masa. Bergantung kepada kemampuan dan juga tahap disiplin seseorang. Ada juga yang simpan ikut jumlah duit. Macam kawan aku tak boleh ada duit RM20 dalam dompet mesti dia akan masuk tabung. Aku pernah buat tabungan duit hijau RM5. Puas hati sangat.

Setiap tahun asyik berbelanja dan boros, apa kata kita tukar tabiat berbelanja boros tu kepada tabiat yang lebih baik. Nak lagi mudah simpan duit adalah dengan pasang impian untuk guna duit yang disimpan untuk beli barang idaman contohnya telefon, gadjet atau camera.


5 Cara Simpan Duit Paling Mudah

Nak tahu rahsia simpan duit dengan cara paling mudah? Sebenarnya ada lebih dari 5 cara simpan duit paling mudah tetapi aku kongsikan 5 cara yang aku rasa paling mudah nak buat. Apa yang diperlukan hanyalah jadual simpanan, keazaman yang tinggi dan semestinya sifat jujur. Kalau malas atau menipu diri sendiri yang rugi. Mereputlah kau disitu.

#1 Simpanan Berganda 52 Minggu

Mudah sangat sebab korang hanya perlu buat simpanan secara mingguan. Nilai simpanan boleh mencecah seribu ringgit pada minggu ke 45. Bermula dengan RM1 seterusnya nilai itu berganda setiap minggu. Jumlah paling tinggi mingguan yang perlu korang simpan hanyalah RM52. Kira ok la kan?


#2 Simpanan Jangka Pendek 26 Minggu

Simpanan jangka pendek ni sesuai untuk mereka yang memerlukan duit dalam masa terdekat. Dalam hanya 26 minggu korang akan ada duit tabungan sebanyak RM700. Simpan duit dalam gandaan sifir 2. Bermula dengan RM2, RM4, dan seterusnya. Boleh jadi duit poket masa melancong juga tu. Tapi melancong dalam Malaysia sajalah. 


#3 Simpan 12 Kali Setahun

Cara simpan duit 12 kali setahun ni paling aku teruja nak buat. Bila baca 12 kali tu seolah tak mustahil pun nak buat. Part ni saiko otak lebih dari biasa. 12 kali je kot tak kan tak mampu nak tahan diri kan? Simpanan boleh mencecah satu ribu ringgit. Jumlah simpanan tertinggi perlu korang buat hanyalah RM150. Masa dapat duit lebih pejam mata la simpan. Berbaloi.


#4 Simpanan RM2

Simpanan RM2 sesuai dibuat bersama-sama dengan anak-anak. Dengan nilai yang rasanya mampu untuk anak-anak menabung sekaligus dapat latih anak-anak berjimat cermat. Simpan RM2 setiap minggu sehingga minggu ke 52 dan jumlah terkumpul bakal anak-anak terima adalah RM104.
Apa yang penting dapat pupuk minat menabung dalam diri anak-anak. masa ini lah ibu bapa mainkan peranan penting untuk sentiasa ingatkan anak-anak dan berikan galakan. Macam aku sendiri, kalau Ikhwan bawa bekal dia akan simpan duit poket dalam tabung.


#5 Simpanan RM50

Oleh sebab aku cabar diri untuk simpan melebihi RM2,000 setahun maka aku buat sendiri jadual tabung simpanan RM50 setiap Hari Sabtu. Jadi secara rasminya Hari Sabtu adalah hari aku akan simpan note RM50. Tak kisah apa berlaku aku akan pastikan RM50 akan dimasukan ke dalam tabung. Setakat ini belum terfikir nak beli apa dengan duit tu lagi. Kalau aku berjaya aku akan ada RM2,600 pada penghujung tahun.


Simpanan Selain Wang Tunai


Selain daripada simpan duit secara tunai, korang boleh juga menabung dalam bentuk yang lain contohnya beli barangan kemas, bar emas, perak, melabur dalam ASB, simpan di Investment Bank, Ar Rahnu, menabung di Tabung Haji, SSPN dan banyak lagi saluran yang tersedia.

Cuma kena faham prosedur dan juga strategi diperlukan supaya simpanan korang membiak. Menyimpan di institusi perbankan contohnya ada syarat dan terma perlu korang patuhi. Jangan jadikan alasan tiada ilmu pelaburan sebagai alasan untuk tidak menabung ya.

Kesimpulan

Tak kisah simpanan jenis apa pun korang pilih untuk buat sila lakukan dengan istiqamah. Di akhirnya bukan jumlah simpanan yang kita tekankan tetapi pengalaman dan juga proses melatih diri untuk berdisiplin dan berjimat cermat.

Anggap sajalah jumlah akhir adalah rewards untuk diri sendiri. Jangan lupa juga buat tabungan akhirat kita. Buat perkara yang sama, simpan duit dalam tabung untuk didermakan pada mereka yang memerlukan.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk korang yang membaca.

2 Comments

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Previous Post Next Post