Balik Kampung Merentas Negeri Semasa PKPP

Rodiah Amir
3

Balik Kampung Merentas Negeri Semasa PKPP

Alhamdulillah berjaya juga kami satu keluarga merentas negeri untuk pulang ke kampung selepas PM kita umumkan PKPP bermula 10 Jun lepas. Oleh sebab Syawal masih ada jadi kita anggap balik beraya. Walau dah diberi kelonggaran untuk bergerak merentas negeri tapi kita masih lagi dalam tempoh berjaga-jaga.

Setakat ni aku dan suami sepakat yang kami tak akan bawa anak-anak ke tempat terbuka seperti shopping mall dan juga pasar. Masa perjalanan balik kampung dari Kuala Lumpur ke Melaka pun kami tidak singgah di mana-mana. Risau dan kebetulan memang tak banyak kedai dan R&R yang beroperasi, jadi kuranglah sebab untuk kami berhenti.

Syukur perjalanan sangat smooth. Lebuhraya masih lengang sebab kami balik pada hari Khamis, sengaja elak bertembung dengan mereka yang nak keluar bercuti waktu hujung minggu. Aku sangat kagum bila jejak kaki di Melaka. Rata-rata rakyat sangat patuh arahan, tidak berkumpul dan paling penting anak kecil tidak dibawa keluar di tempat awam. Kalau ada hanya seoarng dua.



Boleh Ke Bawa Anak-Anak Keluar Waktu PKPP?

Ramai juga ibu bapa yang masih bingung samaada boleh atau tidak untuk bawa anak-anak keluar di waktu PKPP? Aku pun tak terkecuali sebenarnya, yelah banyak sangat arahan dan larangan yang keluar jadi confused. Aku pun baru dapat jawapan lepas baca penerangan KKM di page Facebook mereka.

KKM menyatakan bahawa tiada larangan mahupun akta yang melarang ibu bapa untuk bawa anak-anak ke shopping mall mahupun pasaraya tetapi sebagai ibu bapa yang prihatin, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan anak-anak tidak terdedah kepada risiko jangkitan.



Dalam erti kata lain, kita janganlah membahayakan kesihatan anak-anak sebab anak-anak merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID memandangkan sistem imun mereka masih belum kuat.

Bagi aku sebagai ibu kepada tiga cahaya mata, walaupun aku kasihankan anak-anak yang dah lama tak jejak kaki ke shopping mall aku masih ragu-ragu untuk bawa mereka ke sana. Tapi tidak bermaksud aku mengutuk ibu bapa yang bawa anak keluar. Pasti ada sebab kenapa mereka terpaksa bawa keluar kan. Paling penting amalkan norma baharu dan sentiasa patuh arahan.


Kesimpulan

Apa pun sentiasa beringat. Orang tua selalu pesan cegah sebelum parah. Dalam bergembira kena sentiasa hati-hati. Kita ada pilihan jadi kita buat yang terbaik ok. Dikesempatan ni juga aku nak ucapkan berjuta lemon terima kasih kepada pasukan #frontliners Malaysia tak kira team Medical, Pertahanan, Keselamatan dan pendek kata semua yang terlibat memerah keringat memastikan keamanan negara Malaysia terjaga. Sanggup mereka gadaikan nyawa, masa, tenaga atas dasar tanggungjawab. Terima kasih banyak-banyak.


Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Assalamualaikum.. walau apa pun, ikot SOP, beringat-ingat, in shaa Allah selamat.

    BalasPadam
  2. yang penting kita kena sentiasa berhati-hati dan patuh pada sop

    BalasPadam
  3. alhamdulillah untuk kelonggaran yang diberikan tapi kena ingat kan sop dan lnagkah berjaga2. ct pun baru skrng ni rentas negeri..

    BalasPadam
Catat Ulasan