Shopping Dan Menang Gold Bar Dari CMASA.my

Rodiah Amir
1

Shopping Dan Menang Gold Bar Dari CMASA.my

Hanya dengan beli barang secara online je korang boleh menang emas. Ini tak tipu tau, ini serius betul. Shopping dan mana tahu rezeki korang boleh menang gold bar. Untuk entri kali ni aku nak kongsikan cara mudah untuk untuk korang menang emas hanya dengan shopping secara online. Mudah yakmat weh.

Untuk pengetahuan korang, sekarang berlangsungnya peraduan “Share & Menang Gold Bar” anjuran CMASA.my Banyak hadiah menarik ditawarkan yang korang patut rebut. Sebelum aku cerita lanjut tentang peraduan “Share & Menang Gold Bar”, izinkan aku terangkan sedikit tentang CMASA ni.

Aku secara tak sengaja tahu tentang kewujudan CMASA melalui peraduan ini lah, aku pun nak menang emas juga. Pertama kali melayari laman web CMASA dan aku kagum sebab banyak barang-barang Bumiputera di jual dekat situ.


CMASA.my – Beli Belah Secara Online

Rupa-rupanya CMASA.my ialah platform jual beli yang disediakan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi memudahkan mereka yang berminat terutamanya ahli Kelab Maya Sahabat Ar-Rahnu YaPEIM (CMASA) untuk berjual beli secara atas talian (online).

Ini merupakan usaha mewujudkan komuniti Ar-Rahnu yang benar-benar memanfaatkan Ar-Rahnu YaPEIM sebagai saluran mendapat modal bagi menjayakan perniagaan secara kecil-kecilan dan seterusnya berusaha memajukan diri dan keluarga.

Jadi fokus YaPEIM adalah untuk membantu usahawan-usahawan CMASA memasarkan produk mereka seterusnya memberi peluang berniaga secara online. Inisiatif yang bagus dalam memberi pilhan kepada masyarakat untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan yang diyakini serta berkualiti.

Antara jenis barangan yang ditawarkan ialah seperti berikut:

  • Makanan dan minuman
  • Barangan bayi dan kanak-kanak
  • Barangan kecantikan dan kesihatan
  • Barangan keperluan rumah
  • Barangan Haji dan Umrah
  • Konsultasi perniagaan



Cara Sertai Peraduan Share & Menang

Cara nak sertai peraduan ni pun senang, hanya buat tiga langkah mudah dan korang dah selangkah ke depan untuk jadi 6 pemenang emas yang bertuah.

1. Beli minimum 1 produk dari website e-commerce kami di https://CMASA.my/

2. Hantarkan resit (Private Message) di Facebook Page rasmi CMASA sebagai bukti pembelian.

3. Muat naik foto anda dan lengkapkan slogan yang bermula "SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............" mengikut kreativiti dan juga pengalaman membeli belah di laman web CMASA.
Jangan lupa untuk sertakan #cmasa di dalam slogan & pastikan status public supaya memudahkan pencarian kami.  


Hadiah & Tarikh Tutup Pertandingan

6 pemenang bertuah yang dipilih adalah berdasarkan LIKE, COMMENT & SHARE yang paling banyak.Berita baik, jika anda tidak tersenarai sebagai 6 orang yang bertuah, jangan bimbang, CMASA bermurah hati menyediakan 10 hadiah saguhati untuk korang! Kena bertindak cepat tau kerana tarikh tutup pertandingan adalah pada 30 JUN 2020.

Ha kalau masih ada soalan dan kurang faham boleh lah hantar mesej ke facebook Page CMASA kerana mereka sedia membantu.

Jom la ramai-ramai memeriahkan pertandingan dan mana tahu kalau rezeki kan? Kita membeli sambil menyokong produk tempatan yang semestinya Halal, berkualiti serta harga yang berpatutan. Untuk maklumat lanjut tentang cmasa.my, boleh layari laman web dan media sosial mereka seperti di bawah:

Laman Web CMASA 
Facebook  

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan