Cara Kecilkan Peha Dalam Masa Seminggu Untuk Wanita

Rodiah Amir
0

Cara Kecilkan Peha Dalam Masa Seminggu Untuk Wanita

Topik kali ni khas untuk wanita diluar sana yang mengalami nasib sama macam aku yang mempunyai masalah peha besar. Sep sikit kita geng. 

Yeah kita sendiri je rasa peha kita besar mana sebab selalu dapat comment bila upload gambar di Media Sosial pasti orang akan kata, “eh ok je tu”. Maka janganlah percaya. Lol.

Peha nampak besar bila pakai seluar Jeans dan paling ketara besar bila kita duduk. Sila ambil tali ukur, ukur sekarang juga dan boleh mula panik. 

Dulu aku jarang dapat masalah bahagian peha, tapi bila dah masuk umur 30 an sesungguhnya peha ku bagai di pam-pam.

Tak pasti bagi orang lain tapi bila peha atau bahagian lain badan besar mula jadi tak selesa. Serba salah dengan diri sendiri. 

Apa aku dah buat kepada diri sendiri? Nak berjalan pun tak selesa sebab peha berlanggar. Wuuu sedih. Kira juga BMI okay ke tidak guna online calculator 




Perkara-Perkara Sebabkan Peha Besar

Nak sedih pun tak berguna kan? Jadi marilah kita kembali ke pangkal jalan mencari penyelesaian untuk kecilkan peha khas untuk wanita. 

Sebelum lakukan apa-apa seharusnya kita buat sedikit kajian dan tambah ilmu. Jangan buat sesuatu tanpa ilmu ya. Nanti sia-sia. 

Kebetulan aku jumpa satu Youtube Channel yang contentnya fokus untuk kuruskan badan untuk wanita, Puan Yana Saiful. Nanti korang boleh follow tips-tips lain dekat sana. Serius berguna.

Sebelum kita tengok tips kuruskan peha kita kena tahu dahulu apa faktor yang boleh sebabkan kita membesar dengan jayanya. Tak lain tak bukan ianya berbalik kepada cara makan kita. Jadi semak apa yang kita makan okeh.

Apa yang Puan Yana kongsikan adalah berdasarkan pengalaman dia dalam membantu mereka-mereka yang nak kuruskan badan dengan cara sihat. Jadi aku kongsikan kembali dengan korang apa yang aku faham dan amalkan.

Pemilik peha besar biasanya mereka yang gemar minum kopi dan juga teh tarik. Akulah tu woi, suka makan ayam terutama bahagian drumstick dan juga wings aku lagi. 

Suka makan kekacang sebagai makanan kudapan, dan banyak makan dairy product semestinya aku lagi sekali.  Jika korang tergolong dalam golongan aku tulis di atas sila insaf kalau nak dapat peha yang kurus.



3 Tips Kecilkan Peha Dan Senaman Yang Sesuai

Puan Yana ada sebut yang 80% peluang untuk kecilkan peha adalah bergantung kepada pengambilan makanan. Jadi kawal apa kita makan. Selamat tinggal kopi. Wuuu.


Tip Pertama

Penggemar kopi masih boleh minum kopi fuh lega tapi sebaiknya ambil kopi kurang gula atau lebih baik kopi tanpa gula. 

Waktu pengambilan juga seharusnya pada pukul 4 petang ke atas dan elak minum kopi di waktu pagi. Kebiasaan ambil kopi setiap hari jadi kurangkan kepada 3 ke 4 kali seminggu.




Tip Kedua

Kurangkan makan ayam dan lebihkan makan ikan. Kita semua tahu kebanyakan ayam yang kita makan semuanya disuntik untuk membantu cepatkan tumbesaran ayam. 

Sesungguhnya aku tahu ayam cucuk tu tak elok untuk kita tapi makan juga. Pui. Jadi sila banyakan menu ikan ya.



Tip Ketiga

Bila aku cari senaman kecilkan peha di Youtube semuanya berbeza-beza, tiada pula aku jumpa senaman yang khusus untuk bahagian peha sahaja jadi aku ikut saranan Puan Yana iaitu senaman Wall Sit dan juga side Leg Raise. 

Aku nasihatkan korang tengok contoh video dua senaman ni baru buat ya. Kang buat tapi salah postur boleh akibatkan kecederaan pula. 

Selain dua senaman di atas kena buat juga senaman pecahkan lemak seperti Zumba, berbasikal, jogging, dan juga berenang. 

Pilih sahaja yang mana korang suka. Boleh juga rujuk senaman yang dicadangkan oleh Kevin Zahari, 5 senamankecilkan peha. 



Kesimpulan

Aku nasihatkan diri sendiri dan korang yang ada niat nak kuruskan badan jangan putus asa dan paling utama cari ilmu, cari guru kalau nak buat sesuatu. 

Kenalpasti tahap diri dan tak pernah terlambat untuk kita berubah dan jaga kesihatan. Aku dah kongsikan perkara-perkara yang sebabkan peha besar serta cara-cara kecilkan peha dan senaman yang sesuai untuk kita sama-sama buat.

Jangan risau sebab ianya bukan dengan memakan pil sembarangan. Bukan pula dengan menggunakan sihir atau bacaan pelik-pelik. 

Maklumat ini berdasarkan nasihat pakar sebenar dari Amerika, Malaysia dan melalui pengalaman penulis sendiri! Boleh di katakan… Ianya adalah teknik kuruskan badan yang sebenar.

Akhir kalam, jangan pernah sesekali serik atau putus asa untuk sihat dan dapatkan bentuk badan ideal. 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)