Petua Hilangkan Sakit Tekak & Ubat Yang Sesuai

Rodiah Amir
Hari ni genap seminggu aku menderita sakit tekak. Aku perasan tekak aku tak selesa lepas bangun tidur ke esokkan harinya dan sangat sakit bila nak menelan. 

Telan air liur pun terasa sakit. Kebetulan aku keluar atas urusan kerja dan tak sangka terjejas juga kesihatan aku sebab cuaca ter amatlah panas hari tu.

Silap aku tak bawa botol air bila keluar. Jadi ingat ya korang, sila minum banyak air terutama bila berada di luar rumah. Bila kurang minum air maka ini lah akibatnya. 

Oleh sebab ubat sakit tekak tiada stok dekat rumah jadi aku just amalkan petua untuk hilangkan sakit tekak.


Petua Hilangkan Sakit Tekak & Ubat Yang Sesuai

Langkah terbaik untuk hilangkan sakit tekak ialah pergi klinik dan dapatkan rawatan dari doktor. Oleh sebab keadaan penjarakan fizikal dan kes COVID yang tak menentu, aku jadi takut nak ke klinik mahupun hospital. Korang jangan ikut perangai ni ya.

Masa kecil dulu kalau demam dan sakit tekak, mak aku akan beri petua dan macam-macam benda mak suruh aku cuba. Kena kumur air suam, minum air asam jawa dan banyak lagi la. 
Bila dah berkahwin jadi ilmu-ilmu macam tu memang sangat berguna.


ubat-sakit-tekak


7 Petua Hilangkan Sakit Tekak Ketika Menelan


Rehat Yang Cukup

Paling utama sebenarnya adalah kena dapatkan rehat yang cukup. Elak berjaga dan tidur lambat sebab bila tak cukup rehat akan sebabkan badan jadi semakin lemah. 

Sepatutnya aku boleh sihat lebih awal tapi ada ketika aku terpaksa stay up malam untuk siapkan tugasan dan aku kembali tak sihat. Tempoh untuk sembuh lebih lama.  


Mandi Bawah Shower

Aku perasan bila aku nak telan air liur terasa anak tekak aku membengkak. Sebab tu apa je yang lalu akan sebabkan rasa sakit. Terasa juga anak tekak tu penuh dengan lendir. 

Jadi apa aku buat bila terasa je sakit tekak aku akan kerap mandi di bawah shower dan mandi dalam jangka masa lama dari biasa. Bila mandi tu suhu badan perlahan-lahan turun dan tekak jadi lega lepas batuk beberapa kali.


Minum Banyak Air Suam

Sepanjang aku sakit tekak dia datang beserta pakej iaitu batuk dan gatal anak tekak. Gatal tu bukan terasa di tekak sahaja malah sampai ke telinga. Sengsara weh. 

Masa ni badan aku panas je belum ada kahak mahupun selsema. Jadi, minum petua minum air suam sangat-sangat melegakan sakit tekak. 

Aku cuba juga minum air sejuk, tapi kelegaan tu tak sama. Ikut tekak masing-masing ya.



cara-cegah-covid



Minum Air Asam Jawa

Sebelum air asam jawa banyak dijual di kedai lagi mak aku dah suruh aku amalkan petua minum air asam jawa ni. 

Ingat lagi, masa remaja mak bagi aku minum tapi terlajak minum sampai cirit birit. Bukan salah mak tapi diri sendiri sebab sedap pula air asam jawa sejuk.

Cara nak sediakan pun mudah je, aku guna pes asam jawa dan bancuh dengan air sejuk. Aku tambah sedikit gula nak bagi senang ditelan. 

Sekarang banyak je air asam jawa siap bancuh dijual. Beli jelah lagi senang kerja.
 

Kumur Dengan Air Garam

Boleh juga kumur dengan air garam suam dengan tujuan untuk beri kelegaan kepada tekak. Aku pernah cuba tapi petua ni kurang berkesan untuk aku. 

Mak aku pesan untuk kumur dengan air garam selepas bangun tidur. Kena amalkan selalu baru nampak hasilnya.
 

Kemam Ubat Sakit Tekak - Difflam AB (Sore Throat Lozanges)

Boleh kemam ubat sakit tekak atau lozanges untuk redakan ketidak selesaan tekak. Setakat ni ubat sakit tekak paling membantu aku ialah Difflam AB (Sore Throat Lozanges). 

Membantu membunuh bakteria katanya. Ada tiga perisa Oren, Lemon dan Blackcurrent. Jangan amalkan selalu sebab kandungan gula mesti tinggi kan jadi aku makan bila betul-betul perlu sahaja. 

Dos dibenarkan pula tak boleh lebih 12 lozange sehari dan budak 6 tahun kebawah tidak digalakan ambil.
 

Jaga Makan

Bila sakit selera nak makan pun sebenarnya hilang tapi kena jaga makan juga supaya sakit lain tak hinggap. Orang yang sakit tekak kena elak makanan berminyak, makanan goreng, makanan pedas dan yang keras. Elok makan bubur supaya senang nak telan.




Sekian saja perkongsian aku tentang cara-cara untuk hilangkan sakit tekak dan ubat sakit tekak yang sesuai dan berkesan untuk aku. 

Selain daripada apa yang aku highlightkan, banyak lagi petua-petua yang orang lain buat. Aku juga amalkan minum ubat batuk jenama Hurix yang sesuai sangat untuk mereka yang ada simtom sakit tekak, selesema, demam dan batuk. 

Boleh beli di farmasi ok. Semoga yang diuji masalah kesihatan agar segera sembuh dan minta korang doakan aku juga.

Tags