Ubat Batuk Untuk Pesakit Covid-19 

Sepanjang tempoh menjalani kuarantin di rumah disebabkan Covid-19, perkara paling aku terseksa adalah mengalami batuk yang berpanjangan. 

Awalnya aku hanya alami selesema biasa dan hanya pada hari kelima baru simptom batuk tu timbul. Seksanya la hai kalau batuk. 

Kalau batuk manja tu aku boleh layan lagi, tapi ni tahap jenis macam nak terkeluar anak tekak. Betullah doktor kata, Covid-19 bukan demam selesema biasa.

Jadi bila diri sendiri dah separa nyawa bertahan haruslah mencari petua tradisional pula. Awalnya aku makan ubat batuk yang dibekalkan oleh klinik, tapi tak berkesan sangat. Ibarat telan gula-gula je, dah la rasa dia manis bethol. 

Untuk mereka yang berisiko seperti menghidap asma dan penyakit berisiko lain, kalau simptom teruk pergi rujuk doktor ya. 


ubat-batuk-pesakit-covid19


Ubat Batuk Semulajadi Untuk pesakit Covid-19 

Setakat ini aku dah cuba beberapa petua untuk merawat batuk tapi agak kurang berkesan. Dah amalkan juga petua hilangkan sakit tekak. 

Aku dah makan madu, minum air lemon, banyak minum air masak, makan ubat sakit tekak, Strepsils Spray, madu dan bawang, serta cengkih yang direndam dalam air suam. 

Sehinggalah aku dapat tahu dari kakak ipar aku yang dia amalkan hidu wap air rebusan cengkih sebagai ikhtiar ubat batuk. Kakak ipar aku selamat menjalani kuarantin dua minggu sudah. 


simptom-batuk-dan-selesema


Jadi dia perturunkanlah segala petua supaya aku cepat sembuh. Simptom dia lebih kepada selesema. Anak dia seorang je yang batuk teruk. 

Lepas dia buat beberapa kali, batuk berkurangan. Jadi memang tak salah la kalau mencuba pun. Bahan-bahan pun ada di rumah. 

Jadi, cengkih dah jadi kawan baik aku buat masa sekarang. Ada hikmahnya aku di uji, baru aku tahu cengkih tu rasa dia berangin menyegarkan. 

Rupanya bunga cengkih dikenali dengan nama saintifik syzygium aromaticum. Popular sangat untuk melegakan simptom batuk, bronchitis, selesema, asma dan juga ubat sakit gigi. 

Turut dibincangkan, 10 Khasiat Bunga Cengkih Pada Kesihatan oleh Root of Science 

  1. Kaya dengan antioksidan
  2. Membantu mencegah penyakit kanser
  3. Dapat mencegah keracunan makanan
  4. Membantu kesihatan mulut
  5. Boleh membantu mengawal gula di dalam darah
  6. Boleh menggalakkan kesihatan tulang.
  7. Boleh membantu meredakan ulser di perut
  8. Digunakan sebagai ubat penahan sakit
  9. Membantu melegakan penyakit pernafasan
  10. Mempunyai sifat antithrombotik


air-rebusan-cengkih


Wap Rebusan Cengkih Legakan Simptom Batuk Selesema

Masih belum ada kajian yang membuktikan cengkih dapat merawat Covid-19, tetapi sudah menjadi tradisi zaman berzaman wap air rebusan cengkih digunakan untuk melegakan simptom batuk, selesema, dan juga asma.

Caranya mudah sahaja, hanya rebus cengkih dengan air dan masak sehingga mendidih. Kemudian boleh hidu wap cengkih yang diletakkan di dalam bekas. Selubungkan muka menggunakan tuala bersih. 

Cubalah beberapa saat terlebih dahulu, jika ianya membantu dan melegakan batuk boleh lah terus di amalkan, tetapi jika akibatkan batuk lebih teruk kena dapatkan bantuan doktor. 


hidu-wap-bunga-cengkih


Setakat ini aku cuba buat dua kali sehari ikut tahap rajin, dan selepas beberapa sesi pernafasan jadi lebih lancar. Jadi aku suka. 

Pernah juga aku campurkan sedikit Vicks VapoRub ke dalam air rebusan cengkih. Ini petua untuk hidung tersumbat terutama untuk bayi. 

Amaran; tolong berhati-hati apabila apabila kendalikan air panas. Wap panas tu kalau terkena kulit boleh melecur. Untuk kanak-kanak memang memerlukan pertolongan orang dewasa. 


Kesimpulan 

Tidak salah mencuba ubat-ubatan moden mahupun tradisional untuk merawat batuk akibat Covid-19. Segala ikhtiar yang kita cuba dikira usaha supaya diri sihat. Jangan terlalu agungkan ubat moden dan terlalu fanatik dengan ubat tradisional. 

Bersederhanalah. Semoga kita semua dilindungi dan kekal sihat. 

4 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Terima kasih atas perkongsiannya. Lepas ni boleh cuba. Sejak kena covid ni, kalau batuk memang tak boleh baa bincang. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. batuk dia kemain kan.. sikit je pon tapi rasa adoi

      Padam
  2. kita sama diah..akak pun cuba petua ni untuk legakan hidung tersumbat..akak & husben pun positif covid. adeh..macam2 petua cuba nak legakan hidung tersumbat, batuk...ada petua tradisional yg akak cuba menjadi...betul, kita combine dua2 cara. moden & tradisional. tak salah kita ikhtiar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab bila kena tu adoi seksanya nak sihat. Semoga akak dan suami sihat-sihat selalu ya

      Padam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Terbaru Lebih lama