Cara Selesaikan Masalah Akaun Paypal Limited Access

Rodiah Amir
0

Masalah akaun PayPal aku dikenakan akaun limited access bermula pada bulan Jun 2021 apabila pihak PayPal ada hantar e-mail notifikasi yang aku telah melakukan pembayaran kepada individu bernama Tamika Jordan. 

Limited access bermaksud PayPal telah mengehadkan ciri-ciri tertentu dalam akaun PayPal aku buat sementara waktu. Ya, akaun PayPal aku secara rasminya telah disekat.


Cara Selesaikan Masalah Akaun PayPal Limited Access 

Akaun aku terhad disebabkan PayPal telah menerima laporan aktiviti yang tidak dibenarkan pada kad kredit yang dipautkan ke akaun PayPal aku. 

Tapi atas kelemahan dari pihak aku sendiri, aku tak sempat semak e-mail peringatan dan pemberitahuan yang telah dihantar oleh PayPal tentang aktiviti yang mencurigakan tu. 

Sepatutnya aku kena buat report tanya kenapa transaksi itu berlaku sedangkan aku tak ada buat apa-apa pembelian mahupun transaksi. 

Memang pelik. 


Masalah Akaun PayPal Limited Access


Kronologi Kes PayPal Kena Akaun Limited Access

Kiranya dalam kes ini, PayPal kata aku ada beli barang bernilai USD 358.75 dari Tamika Jordan menggunakan kad kredit. Ya, memang kelakar sebab aku mana pernah ada kad kredit dan aku tak buat transaksi di PayPal lama dah.  

Macamana credit Card tu boleh didaftarkan di dalam akaun aku masih lagi menjadi misteri. Jap aku cerita lebih eh. 

Boleh semak di bahagian Account settings – Money, Bank & Cards

Jumlah pembelian dia pula bukan calang-calang ya. Dah la dalam nilai matawang USD. Kalau ini kerja scammer, memang melayang duit aku RM 1550 macam tu. 

Tak stop dekat situ, PayPal hantar notifikasi e-mail beritahu aku ada hantar message kepada si Tamika ni. sengal ya. Entah mesej apa aku tak tahu. 


Akaun PayPal Limited Access




Bulan Julai, PayPal hantar email peringatan berkaitan transaction disputes. Mungkin dia syak aku melanggar terma syarat PayPal ataupun disebabkan payment kepada si Tamika ni tak berjaya jadi dia sengaja lah kongsi tip on transaction disputes. 

Selepas berlakunya transaksi tidak sah itu, pada 6 Julai, PayPal telah menghantar notifikasi pemberitahuan yang akaun PayPal aku telah pun dikenakan tindakan iaitu dikenakan had untuk melakukan transaksi. 

Your PayPal account is currently limited. Secara rasminya aku tak boleh buat transaksi pembayaran mahupun pengeluaran. Dalam akaun aku ada dalam RM15 je jadi aku buat tak kisah pada mulanya. 

Tapi untuk jangka masa panjang, lambat laun aku akan guna juga akaun PayPal terutama kalau ada job guest post untuk blog. 


suspicious activity paypal account



Sehingga saat email itu dihantar aku masih tak semak email. Lepas tu PayPal suruh aku update password sebab dia notice ada unusual activity jadi dia disable aku punya password. 
Memang lama pon aku tak guna akaun PayPal. 

PayPal tak habis-habis hantar reminder transaksi dengan si Tamika ni ada masalah. Masalah tidak boleh dibayar. Kiranya dispute dengan card credit issuer aku apabila nak buat bayaran. 

Sehinggalah pada 18 August aku baru la tukar password dan baca email dari mereka. Lepas sedar apa berlaku waktu tu aku sempat panik seketika. Benda dah jadi, tidak boleh menangis la kan? 

Aku terus login akaun dan set “2-step verification” sebagai langkah keselamatan. 
Waktu ni aku dah cuba cari maklumat, hubungi support tapi tak berjaya. Putus asa pun ya juga. Tak membantu sangat dan susah gila nak cari maklumat. 

Aku pernah hantar mesej dekat chat box tapi tiada reply disebabkan waktu operasi kita tak sama dengan US jadi kotak mesej tu sepi je. 


Scammer Akaun PayPal Limited


Sehinggalah 18 Nov, PayPal naikkan lagi sekatan ke atas akaun aku. kalau sebelum ni tak boleh hantar dan terima duit, tetapi sekarang nak keluarkan duit juga tidak dibenarkan. 
Bukan setakat tu sahaja ya limitation dia, banyak lagi sebenarnya. 

Tapi itu paling penting lah. 

Untuk bebaskan akaun aku dari disekat, salah satu perkara aku kena buat ialah kena buat ID Verification, confirmkan kad kredit yang didaftarkan dalam akaun PayPal. Jadi masalah berganda sebab kad tu aku tak tahu siapa yang register kan. 

Dugaan nak cari dekat mana untuk ID Verification pun satu hal, tak jumpa ya. Hari tu aku tak sengaja jumpa je. 

Memang aku tak pernah ada kad kredit seumur hidup. Nak remove pun kad pun tak boleh dan kena hubungi pihak bank. Seram weh. Aku tak pernah ada akaun dengan RHB pun. Gila betul. 

Dalam masa yang sama aku buat laporan kepada PayPal. 


Customer service paypal


Sehinggalah 1 December aku baru berjaya hubungi pihak PayPal melalui message centre. Oleh sebab kes dispute mereka dan tutup, jadi tinggal masalah sekatan akaun sahaja yang tinggal. 

Selepas aku confirmkan ID verification dan mesej customer support, tak lama lepas tu baru selesai segala masalah. Akhirnya akaun aku dibebaskan. 

Ada team khas yang jaga isu limited access ni. 

Selepas akaun dibebaskan barulah aku boleh remove credit card yang telah didaftarkan secara haram dalam akaun aku tu.  

Jadi peringatan untuk korang rajinkan diri untuk semak dan kemaskini password dan ambil langkah berjaga-jaga. 


Kesimpulan 

Kena ingat yang tiada siapa yang bertanggungjawab pastikan akaun kita selamat terutama melibatkan kewangan macam PayPal ni. Scammer ada di mana-mana dan kesilapan boleh berlaku dalam sekelip mata. 

Dalam kes aku, Alhamdulillah tiada kerugian berlaku. Seram juga kalau fikir duit kita hangus tiba-tiba. Jadi ambil langkah bijak jangan peram duti dalam akaun PayPal ya. 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)