Cara Check Tong Gas Dapur Bocor

Rodiah Amir
6
Kejadian gas dapur berbunyi sewaktu aku cuba pasang tong gas baru baru-baru ni jadi an eye opener untuk aku supaya lebih berhati-hati terutama melibatkan bahan mudah terbakar.

Kisahnya, aku beli tong gas baru memandangkan gas dekat rumah habis waktu tengah goreng roti canai untuk makan pagi. Memang setiap empat bulan gas kena beli baru.

Cepat habis sebab hari-hari aku masak. Beza betul waktu aku bekerja dulu, setengah tahun baru gas habis. 


Cara Check Tong Gas Dapur Bocor

Kalau dah namanya suri rumah, segala perkara berkaitan rumah kau kena tahu. Bukan setakat uruskan anak-anak dan suami tapi lebih dari itu ya.

Kalau tiba-tiba terputus bekalan elektrik, modem Unifi kena sambar petir atau tiba-tiba mesin basuh tak berfungsi atleast kena tahu apa perlu buat bila berada dalam situasi kecemasan macam tu.

Tak perlu tunggu suami balik atau terpaksa merana tunggu bantuan. Pengalaman menjadi suri rumah sepenuh masa selama hampir empat tahun ni banyak mengajar aku untuk bersedia bertindak sepantas kilat. Ha gitu.

Bagi aku, setiap orang perlu tahu basic survival skill sebab hidup kita ni macam roda. Bukan setiap masa kita berada dekat atas sahaja. Pentingnya supaya kita boleh teruskan kehidupan.

 

Cara-check-tong-gas-bocor

Tong Gas Berbunyi Dan Keluar Gas

Macam biasa kalau kehabisan gas aku akan hubungi kedai runcit berdekatan rumah minta dia buat penghantaran. Sebelum ni aku selalu minta bantuan untuk pekerja tu pasangkan tong gas.

Lama kelamaan aku rasa kurang selesa dan beranikan diri untuk belajar cara pasang gas dapur sendiri. Mudah sahaja caranya, cuma yang penting kena ada keberanian.

Banyak kali juga aku berjaya sambungkan tong gas yang baru dibeli, cuma baru-baru ini bila aku cuba pasang tong gas aku dengar bunyi berdesir.

Bunyi gas tu keluar dan beserta dengan bau. Sedikit panik dan cepat-cepat aku tanggalkan semula kepala gas. Risau keracunan gas jadi aku buka tingkap supaya udara dapat keluar masuk.

Aku pernah tengok scene dalam movie, rumah meletup disebabkan kebocoran gas karbon dioksida bila orang cuba buka suis lampu. Masa ni dah fikir macam-macam.

Jadi bila kita rasa ada berlaku kebocoran gas dekat rumah jangan sesekali hidupkan barangan elektrik, buat panggilan telefon serta kena buka pintu dan tingkap supaya ada pengaliran udara keluar masuk.

Oleh sebab perut lapar dan memang aku nak guna dapur gas jadi aku tak putus asa nak cuba apa yang patut sebelum aku hubungi kedai tu semula untuk minta bantuan.

Seperti biasa, tutorial di Youtube sangat membantu. Lepas pastikan keadaan selamat dan terkawal aku cari video tentang gas dapur berbunyi.

Aku jumpa beberapa video yang berkaitan tentang kebocoran gas dan cara untuk baiki. Dua minit boleh selesai katanya.

Dalam video lain juga ada kongsikan beberapa tips yang aku rasa sangat berguna tentang kebocoran gas yang orang perlu tahu.

Kadang-kadang kebocoran gas karbon dioksida berlaku tanpa kita sedar. Kita kena selalu peka dengan perubahan termasuklah deria bau. Antara tanda kita boleh tahu berlakunya kebocoran gas ialah:

✅ Kalau kita ada letak pokok hidup di bahagian dapur, pokok akan layu jika ada kebocoran gas.

✅Perhatikan juga semut suka datang apabila terbau gas dapur. Jadi kalau bilangan semut banyak daripada biasa elok check tong gas anda.

✅Warna api juga memainkan peranan. Warna api biru adalah tanda tong gas dan dapur gas anda berfungsi dengan baik. Kalau warna selain itu, sebaiknya tukar tong gas.


warna-Api-dapur-gas-yang-selamat


 

Cara Baiki Gas Bocor, Tong Gas Berbunyi

Aku cuba ringkaskan ayat sebaik mungkin supaya korang faham apa aku maksudkan. Benda pertama perlu check adalah keadaan valve dia dalam tong gas.

Valve tu apa? Valve tu adalah getah berwarna biru yang diletakkan di dalam muncung di permukaan atas tong gas tu.

Kalau salah aku minta maaf. Tak arif terutama benda-benda teknikal macam ni. 


tong-gas-rumah


Korang kena cungkil valve tu supaya keluar menggunakan benda tajam seperti test pen atau screw driver. Hati-hati jangan sampai valve tu rosak/koyak.

Cungkil berhati-hati semasa keluarkan. Valve dia berkemungkinan telah rosak atau terkoyak sebab telah lama digunakan.


Valve-getah-tong-gas


Seterusnya masukkan kembali valve dengan cara terbalikkan valve dari kedudukan asal. Tak susah pun dan semestinya tidak membahayakan.

Selepas tu boleh cuba pasangkan gas seperti biasa.

Cara ini berkesan hanya jika berlaku kerosakan pada tong gas bukan kepala gas ya. Kalau berlaku kebocoran kepala gas memang kita kena tukar terus kepala gas tu.


screwdriver

 

Gas Dapur Masih Berbunyi Walau Telah Dibaiki

Untuk kes aku pula, walaupun aku cuba cara di atas tong gas aku masih keluar dan mengeluarkan bunyi serta ada bau gas. Masa ni aku hampir nak putus asa.

Memang aku dah niat kalau tak berjaya memang aku masak guna pressure cooker je. Putus selera nak makan.

Percubaan terakhir kali masih juga gagal dan di saat genting itu lah aku terpandang yang suis dapur aku terbuka. Cepat-cepat aku tutup dan cuba sekali lagi.

Baru lah tong gas dapur aku berhenti berbunyi dan keluarkan bunyi. Bersyukur sangat semuanya okay. Benda kecil je penyebab dia tapi kesan dia Tuhan saja yang tahu.

Sebelum itu aku dah pastikan memang aku dah tutup kedua-dua suis dapur. Aku syak anak aku main suis tu atau aku betul-betul cuai tak tutup.

Kalau korang kurang yakin dengan apa korang buat, hubungi je kedai dan minta mereka datang baiki.

 

Kesimpulan

Jadi pesanan aku, untuk semua sebelum buat apa-apa untuk baiki tong gas berbunyi, tolong ambil langkah pencegahan. Tak terbayang benda buruk yang jadi kalau aku tersilap langkah.

Sepanjang tempoh percubaan aku memang buka tingkap dan sebelum tu aku dah hubungi suami beritahu keadaan aku.

Risau weh tiba-tiba dia balik kami dah dijemput Ilahi. Syukur nyawa masih panjang.



Tags

Catat Ulasan

6Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Saya pun pernah itu hari. Tong gas rosak. Sekejap je guna dah habis. Nasib baik tong kat area terbuka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. uishh syukur semua baik, kemalangan memang tak berbau

      Padam
  2. Bagusnya perkongsian Diah nie.. Fiza pun kurang ambil tahu pasal tong gas nie sbb duk harapkan suami je.. apa yg diah kongsi sedikit sebanyak buka mata Fiza untuk ambil tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah Fiza, kalau tiba-tiba tu kita risau nak hadap

      Padam
  3. bab2 tong gas ni mama surrender.. takut nak uruskan. bagi yg pakar lah buat hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihiih serah kerja kepada yang pakar kan.. lagi mudah

      Padam
Catat Ulasan