Tempat Makan Hipster Melaka – Waronk Avenue

Rodiah Amir
15
Datang Melaka tak sah kalau tak cari tempat makan yang viral. Mesti la teringin nak cuba juga lepas orang duk canang dekat sosial media. 

Waktu bercuti di Melaka yang lepas kami berkesempatan makan malam betul-betul di tepi sungai Melaka. Indah sangat pemandangan diterangi cahaya lampu sepanjang sungai Melaka.

Tapi dekat mana sebenarnya kedai makan tepi sungai Melaka ni? tempat makan tepi sungai Melaka ni pernah viral masa tahun 2021.



Tempat Makan Hipster Melaka – Waronk Avenue


Kedai makan yang aku maksudkan ialah Waronk Avenue. Lokasi Waronk Avenue ni adalah di Lorong Hang Jebat dan betul-betul terletak di laluan Melaka River Cruise, menghadap Kampung Morten. 

Tak jauh pun dari hotel kami check in The Straits Hotel And Suites Melaka 

Memang cun sangat sebab Melaka River Cruise tersenarai sebagai salah satu tarikan pelancong yang datang ke Melaka dan juga berdekatan dengan Jonker Walk.




Lokasi Restoran Waronk Avenue


Kiranya lokasi Waronk Avenue memang strategik sebab berada di tengah-tengah dan dekat dengan semua lokasi tarikan pelancong di Melaka.

Jadi sambil makan malam boleh lah bersantai menikmati pencahayaan sungai Melaka pada waktu malam ditemani kemeriahan bot yang bawa penumpang.

Setiap kali bot lalu mesti anak-anak akan lambai tangan ke arah bot. Semua sporting dan melambai kembali kepada kami.


Melaka-Rivercruise


Sampai je sini terpesona dengan reka bentuk dan hiasan yang berkonsepkan Melayu Klasik. Bangunan kedai dua tingkat dan tingkap kayu yang terbuka luas menggamit kenangan berada di kampung.

Korang ada pilihan makan dekat dalam kedai, makan betul-betul depan sungai atau makan di open space. Kalau makan dekat dalam kena tahan panas ya.





Makan Malam Tepi Sungai Melaka


Awalnya kami nak makan betul-betul depan sungai, dekat balkoni. Memang cantik sebab bawah kaki kami tu Sungai Melaka. 

Tapi kerusi dia tak selesa (jenis kerusi tinggi) dengan meja ala bar. Orang bujang sesuai lah. Panas ok walaupun waktu malam.

Jadi kami pilih makan di ruangan terbuka lebih sesuai untuk kami sekeluarga. Memang meriah suasana dekat sini, sambil makan mata dijamu dengan pemandangan cahaya lampu sambil telinga layan lagu-lagu lama yang dipasang tidak terlalu kuat.

Kalau datang ke sini, konsep yang mereka amalkan adalah layan diri. Perkara pertama perlu buat adalah cari meja kosong nanti pelayan akan bawa buku menu untuk dipilih. 

Pesan makanan yang berkenan dan kemudian terus bayar setelah makanan sampai di meja.


Menu Restoran Waronk Avenue


Ada lebih 100 menu yang ditawarkan dan banyak gerai yang menjual makanan Melayu, makanan Western, India dan makanan Baba & Nyonya. Memang satu Malaysia la konsep dia. 

Banyak makanan fusion dekat sini. Menu Asam Pedas memang wajib cuba kalau datang Melaka. 

Kami cuba nasi lemak ayam berempah, meatball, ayam grill dan juga burger. Semua makanan kena dengan selera. 

Macam biasa nasi lemak orang Melaka ada sayur kangkung. Ayam grill dia aku suka kuah cicah dia.  







Kalau nak makan seafood fresh dan celup tepung tak crowded boleh pergi ke Restoran Ikan Bakar Klasik Umbai

Sepanjang aku makan tu punya la ramai orang jogging dan melintasi Waronk Avenue. Sambil kunyah sambil insaf menangisi lemak yang semakin bertambah di badan.

Memandangkan Waronk Avenue ni menjadi tumpuan ramai jadi jangan datang dengan perut kosong. Alas perut dan bersedia jika terpaksa menunggu lama. Anak-anak puas hati dan gembira sangat.

Datang sini waktu siang lebih menarik sebab café dan dinding yang di lukis mural dekat sini instagrammable. Cuma satu je cabaran dekat sini adalah kawasan parkir kereta yang sangat terhad. Nak senang tempah GRAB jelah eh.





Datang sini boleh singgah Cendol Hulu tau sebab dekat sangat dah.

Jadi untuk korang yang bercuti di Melaka, jangan lupa untuk singgah makan di Waronk Avenue kedai makan tepi sungai Melaka.


Waronk Avenue

118, Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka

Kedai mula beroperasi pada pukul 12 tengah hari sehingga 12 malam.


Catat Ulasan

15Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Baru balik dari Melaka, tak dan nak try makan kat sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melaka kena datang banyak kali sebab memang tak sempat dengan orang ramainya

      Padam
  2. cantiknya kedai dia..klasik..makanan pun nampak macam sedap tu..pelbagai pilihan..rambang mata...part nak jalan-jalan kat melaka ni yang leceh sikit sbb sentiasa jammed...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. dia kena jadi orang paling awal keluar, kena laju je semua

      Padam
  3. Saya duduk di Melaka pun baru. Hehe tapi saya pernah makan tepi sungai tapi kedai makan lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kedai mana tu? best tak? next time boleh pergi

      Padam
  4. Nice juga santai makan-makan kat sini. haaa waronk gitu. fusion pun ok, asalkan sedap dan berbaloi harga

    BalasPadam
  5. rasa macam ada ternampak kedai ni masa ke cendol hulu dulu. nampak makanan sedap2 boleh try nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia dekat dah dengan cendol hulu tu.. boleh la kalau nak cuba

      Padam
  6. Menarik! Kalau singgah Melaka nanti boleh try....Seronok makan kat tempat camni..hehe

    BalasPadam
Catat Ulasan