Hadis Palsu Popular Dalam Kalangan Masyarakat

Rodiah Amir
8

Masyarakat kita memang terkenal dengan budaya suka sebarkan maklumat yang belum dipastikan kesahihan sumbernya. Dah jadi macam budaya pula.

Tak kisah la apa jenis maklumat sekalipun seperti pemberian voucher percuma, fakta, hukum agama dan banyak lagi termasuk lah penyebaran hadis palsu yang kini semakin berleluasa.

Pasti pernah alami situasi dapat mesej berantai melibatkan hadis yang tidak dapat dikenalpasti kesahihan dia?

Dihujung ayat pula pasti ada ayat berunsur ugutan seperti penerima bakal ditimpa bencana jika tak sebarkan kepada orang lain?


7 Hadis Palsu Popular Dalam Kalangan Masyarakat

Perbuatan mengadakan hadis palsu diharamkan oleh agama Islam seperti penegasan Nabi s.a.w dalam hadis mutawatir:

إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ، مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”. (Riwayat al-Bukhari)


Hadis-Palsu-Popular


Dapat bayangkan tak jika kita tersalah kongsi maklumat terutama perkara melibatkan hal agama seperti hadis palsu adalah berdosa besar dan boleh menjurus ke arah kemudaratan?

Memang wujud situasi yang mana hadis yang popular di kalangan masyarakat yang selama ni kita sangka sahih rupa-rupanya sebenarnya adalah hadis palsu.

Sedih betul bila difikirkan.Bertahun-tahun kita hidup dengan percaya sesuatu yang salah. Tertarik dengan perkongsian Metro  tentang senarai hadis palsu yang popular di kalangan masyarakat kita.  


Senarai  Hadis Palsu Popular Dalam Kalangan Masyarakat

❌ Isteri yang benarkan suami berkahwin lain akan dapat payung emas

❌ Tak elok makan bercampur makanan darat dan laut

❌ Tuntutlah ilmu dari buaian sampai liang lahad

❌ Siapa yang bercakap hal dunia dalam masjid gugur amalannya selama 40 tahu

❌ Sesiapa yang gembira dengan masuknya bulan Ramadan, akan diharamkan jasadnya ke atas api neraka.

❌ Nabi SAW ketika menghampiri sakaratulmaut menyebut "Ummati, Ummati...

❌ Sesiapa yang memberi perkhabaran tentang masuknya bulan- bulan Islam diharamkan api neraka ke atas jasadnya.

Senarai-Hadis-Palsu-Popular


Nombor satu paling kerap aku baca di media sosial. Ramai para suami guna hadis ni dalam memujuk hati isteri supaya dapat berkahwin lebih dari satu.

Hadis palsu yang lain pun kerap orang kongsi. Cuma bila dah tahu lepas ni boleh la kita betulkan yang mana salah. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Hadis-dhaif-Popular


Senarai Hadis Dhaif

👀 Puasa tidak diterima jika tak bayar zakat fitrah

👀 Tidur selepas asar penyebab gila

👀 Tidur selepas Subuh halang rezeki masuk

👀 Sabar itu separuh daripada iman

👀 Tuntutlah ilmu hingga ke China

 

Cara Nak Kenal Hadis Palsu

Suka aku kongsikan penerangan dari Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkenaan cara untuk kenali hadis palsu (Ciri-Ciri Hadis Palsu ) melalui Matan. 

Hadis palsu dapat diketahui melalui dua cara; pertama: kajian terhadap sanad (rangkaian perawi). Kedua; kajian terhadap matan atau kritik teks (textual criticism).


Ciri-Ciri Hadis Palsu:

Mengandungi unsur mujazafah iaitu berlebih-lebihan dalam penetapan pahala dan dosa. Perkara yang kecil diletakkan hukuman yang terlalu besar, ataupun ganjaran yang terlalu besar yang tidak munasabah.

Ciri hadis palsu yang lain yang dinyatakan oleh Ibn Qayim apabila sesuatu hadis itu bercanggah dengan hadis sahih yang lain secara nyata.

Hadis yang menyebut Nabi Khidir masih hidup.

 

Kesimpulan

Dalam era teknologi yang pesat, kesedaran terhadap penyalah gunaan hadis palsu haruslah ditentang. Pesanan untuk semua termasuklah diri sendiri ialah berhati-hati dan jangan mudah memutuskan kedudukan hadis-hadis tersebut tanpa menyelidik tentang kesahihanya.

 

Catat Ulasan

8Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Sebab tu kadang2 ada hadia yg org share lalu lalang kat Medsos ni SA x share, x tau kesahihan ayat hadia tersebut

    BalasPadam
  2. betul diah..makin maju teknologi makin banyak penyebaran hadis-hadis palsu ni..terutama yang mesej berantai tu..geram je kadang tu..nak di marah kadang yang fwd tu orang-orang berumur...dapat mesej-mesej macam ni, memang di abaikan je sebab kita pun tak pasti kesahihan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang-kadang geram kan. Nak hormat yang tua ni mencabar sikit

      Padam
  3. Yang no 1 tu memang.. Terima kasih kongsi info..

    BalasPadam
Catat Ulasan