Sambut Hari Merdeka Cara Kami

Rodiah Amir
10

Sana sini meriah dengan cerita sambutan Hari Merdeka terutama Abang Bomba yang tengah viral dekat media sosial terutama TikTok. 

Rasanya tahun ni terpaling merdeka la kiranya. Tengok sajalah lautan manusia yang memenuhi lokasi perarakan di Dataran Merdeka. Jadi kira okaylah kan masih nak kongsi kisah merdeka kami. 

Katanya seawal jam lima pagi dah ada yang menunggu di Dataran Merdeka. Respek betul dengan semangat patriotik yang ditunjukkan. Tapi tak bermaksud mereka yang tak turun ke lokasi tiada semangat cintakan negara tau. 

Dua minggu sebelum Hari Merdeka kami mencari bendera tapi semua tempat sold out. Baik di Kuala Lumpur mahupun Pahang. Meriah masing-masing nak sambut Merdeka. 



Sambut Hari Merdeka Cara Kami

Ramai juga kawan-kawan yang update di media sosial pengalaman masing-masing merebut tempat terbaik nak tengok perarakan. Ada yang tak dapat keluar dari stesen LRT dan tengok dari jauh je. 

Kami sekeluarga ambil pendekatan untuk sambut merdeka di rumah sahaja. Ada juga terfikir nak bawa anak-anak untuk rasai sendiri pengalaman tengok perarakan depan mata. 

Tapi kena sedar diri yang anak-anak masih kecil. Risau keselamatan mereka dan pastinya akan jadi pengalaman tak menyeronokkan sebab anak-anak tak tahan panas. Kalau status bujang ringan je kaki ni ikut kawan-kawan. 


Malaysia Merdeka Syukur Masih Aman

Apa mampu aku buat ialah pagi tu kejutkan anak-anak dan sama-sama tengok live Perarakan Hari Merdeka di saluran Youtube TV1. Sekurang-kurangnya dapat tengok dengan selesa dan paling penting dapat tengok semua yang terlibat. 

Masa kecil dulu tak faham kenapa emak dengan abah teruja ajak tengok sama-sama. Bila dah berusia, dah ada anak sendiri, baru mengerti perasaan mereka. 

Semangat cintakan negara tu dipupuk sedikit demi sedikit seiring pertambahan usia. Bersyukur hidup di negara yang tiada peperangan, walaupun hidup berbilang bangsa tapi masing-masing masih menjaga keharmonian negara. 

Selesai menonton baru kami teruskan aktiviti harian macam biasa. Rancangan awal sepatutnya anak-anak sertai program sambutan Hari Merdeka dekat sini. 

Tapi di saat akhir kena tarik diri atas faktor kesihatan. Anak-anak kurang sihat dan asyik bersin. Risau nanti berjangkit pada anak lain. Rasa bersalah pula. 

Tahun ni sambutan Hari Merdeka luar biasa memandangkan dah dua tahun tiada sambutan disebabkan PKP. Masing-masing balas dendam nak melaram, berarak dan berkumpul. 

Macam Raudah, masa awal bulan Ogos hari tu cikgu Pra Sekolah beri dia sajak untuk dihafal. Satu kelas kena hafal kata dia. Ada la dalam tiga perenggan. 

Awal tu dia menangis risau tak dapat hafal, pendek kata dia tertekan lah. Puas abah dia ajar sehinggalah sekarang dia hafal dan non-stop baca sajak Merdeka. 

Bayangkan eh, waktu makan dekat kedai, dia dah habis makan. Lepas tu dia mendeklamasikan sajak tanpa rasa segan silu. Adoi lah anak. Emak dengan abah redha tadah telinga. 


sambut-kemerdekaan-sampai tertidur


Keluar Makan Sambut Birthday

Memandangkan 1 September adalah tarikh hari ulang tahun anak sulung yang ke sebelas tahun ni jadi kami bercadang nak bawa anak-anak keluar makan dan cari hadiah. 

Tapi, bukan semua perkara kita akan dapat kan? Begitulah kisah kami. Lepas makan di Menate kami menuju Melawati Mall (MM). Tujuan utama nak window shopping tapi tiada satu pun yang menarik perhatian kami. 

Akhir sekali lepas penat berjalan terus balik rumah. Tunggu cuti hujung minggu pula tengok macamana. 

Rezeki kami sampai di Menate orang dah mula ramai. Masing-masing nak rebut promosi sempena bulan Merdeka. Berbaloi la makan. 

Walaupun simple je sambutan tahun ni tapi cukup bermakna. Anak-anak semakin membesar dan mula faham tentang banyak perkara. 

Selamat Hari Merdeka. 


Tags

Catat Ulasan

10Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Hari merdeka kalut pergi shopping barang dapur penuh manusia dekat Tesco, terlepas peluang nak tengok pembarisan secara live, tengok keesokan dekat YouTube RTM. Kalau nak diingat balik zaman kecik dulu2 paling semangat nak pergi stadium nak tengok pembarisan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok kan? hajat memang nak tengok dekat Dataran tapi risau ramai sangat

      Padam
  2. selamat hari merdeka.. moga kita terus kekal harmoni dan sejahtera..

    BalasPadam
  3. yea betul meriah sambutan merdeka tahun ni lepas 2 tahun tak sambut sebab PKP..rasa semangat tengok kat sosial media terutama tt, melaut rakyat malaysia turun sambut merdeka...semangat patriotik sungguh..Merdeka Merdeka Merdeka..

    haha, tergelak jap baca part raudah tu. akak boleh bayangkan..haha bertabah je lah..anak tengah semangat nak menghafal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus dah semangat cintakan negara kita ni, anak kecil pon terikut

      Padam
  4. Memang meriah sungguh Sambutan Merdeka kali ini..
    Sha dan keluarga sambut dirumah je.. hehehe..
    Sejak Pendemik memang tak berapa selesa berada di tempat yang sesak.. Rasa lemas.. Mampu tengok di TV jelah.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la belum ada kekuatan nak turun padang semua

      Padam
  5. Tahun nie mmg meriah.. pepe pun kita sambut cara kita.. Happy Merdeka Day Diah..

    BalasPadam
Catat Ulasan