Kempen Year End Zakat (YEZ) - Memberi Tanda Syukur

Rodiah Amir
2

Secara rasminya Kempen Year End Zakat untuk tahun 2022 (YEZ) yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ("PPZ-MAIWP") telah pun bermula semalam, 26 November 2022.

Majlis pelancaran kempen diadakan di AEON AU2, Setiawangsa (Sabtu & Ahad) yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman.





Kempen Year End Zakat (YEZ) - Memberi Tanda Syukur

PPZ-MAIWP juga mengadakan Mini Festival Year End Zakat (YEZ) 2022 selama dua hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. 

Banyak aktiviti menarik diadakan yang melibatkan selebriti dan pendakwah terkenal untuk menarik minat orang ramai untuk lebih mengenali pusat zakat seperti:

  1. Penampilan Istimewa Tyzo, Cik Piah (Penyampai Radio Suria FM) & penyanyi Lah Ahmad
  2. Sembang Santai Bersama PU Amin & Imam Muda Hassan
  3. Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
  4. Meet & Greet Omar Hana & Ustaz Amil
  5. Kuiz & Cabutan Bertuah
  6. Borak Dengan Miro Bersama Influencer & Selebriti
  7. Booth Jualan Asnaf & Pembayar Zakat

Warga KL dan yang tinggal berhampiran Setiawangsa dijemput hadir untuk memeriahkan karnival. Pada majlis yang sama, turut diadakan penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM532, 350.11 daripada:

Felcra Processing & Engineering Sdn Bh - RM375, 220.38 dan Kop. Jaya Murni Wanita Bh - RM157, 129.73

Kempen YEZ 2022 ini bermula 26 November 2022 hingga 31 Disember 2022 bertujuan menggalakkan orang rami untuk menunaikan kewajipan berzakat sebelum 31 Disember 2022.





Tema YEZ 2022 Memberi Tanda Syukur

Mengangkat tema "Memberi Tanda Syukur" PPZ-MAIWP ingin mengajak seluruh masyarakat Islam untuk menzahirkan rasa syukur dengan menunaikan zakat untuk kelangsungan hidup asnaf lebih-lebih lagi dalam situasi sukar ekonomi kini.

PPZ-MAIWP selari dengan motonya iaitu "Memudahkan Anda Berzakat" menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bayaran khususnya menjelang hujung tahun bagi memberi ruang kepada pembayar zakat untuk mendapatkan 100% rebat cukai pendapatan.





Berikut adalah perkhidmatan dan kemudahan bayaran zakat yang disediakan:

1. 10 KAUNTER PPZ-MAIWP

Bayaran zakat boleh dilakukan di 10 kaunter PPZ-MAIWP sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Sepanjang Disember ini, kaunter akan dibuka 7 hari seminggu bermula jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang.

Friday +

Istimewa pada tahun ini, PPZ-MA/WP akan melanjutkan waktu operasi kaunter pada setiap hari Jumaat sehingga jam 9 malam. 30 pembayar terawal di setiap kaunter pada hari Jumaat akan mendapat baucar KFC bernilai RM10.

2. PORTAL PPZ-MAIWP & APLIKASI MYZAKAT

Pembayaran zakat secara dalam talian melalui www.zakat.com.my atau aplikasi MyZakat yang boleh dimuat turn di Google Play dan Apple Store. Pembayar juga boleh Kira, Bayar dan Semak rekod bayaran.

3. EJEN-EJEN KUTIPAN ZAKAT

Pembayaran zakat juga boleh dibuat melalui ejen-ejen rasmi yang telah dilantik oleh PPZ-MAIWP laitu melalui perbankan internet, portal online, -wallet, kaunter-kaunter bank dan pos.





4. ZAKAT+ @MYTEMUJANJI

Zakat+ @MyTemujanji berperanan sebagai 'one stop centre" bagi memberi pilihan kepada para pembayar zakat untuk menetapkan temujanji bagi perkhidmatan iaitu Kaunter Zakat Digital, Kaunter Zakat Bergerak, Door To Door & Ride2U. Untuk tempahan bole layari link di portal https://mytemujanjizakat.com.my/

5. TALIAN ZAKAT

Nilai tambah baharu yang mana pembayar zakat bukan sahaja boleh membuat pertanyaan dan taksiran zakat, malah dengan hanya satu panggilan ke 1 300 88 5757 pembayar juga boleh menunaikan zakat.



 



Menang Hadiah Menarik Melalui Cabutan Bertuah

Pembayar yang menunaikan zakat sepanjang kempen berlangsung berpeluang untuk memenangi lebih 500 hadiah menarik. Pemenang akan dipilih melalui cabutan secara rawak tertakluk terma dan syarat.

Sempena Kempen YEZ ini juga, PPZ-MAIWP turut mengadakan beberapa program dan pengisian menarik untuk para pembayar zakat antaranya program turun padang, ZakaTalk, CEO Talk, Istimewa 12. 12 dan banyak lagi.





Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, program serahan zakat perniagaan dan sumbangan zakat kepada asnaf dalam majlis ini menunjukkan kepada masyarakat dengan jelas tentang kitaran daripada pengeluar zakat kepada pemanfaat zakat yang berhak di mana zakat yang ditunaikan menyumbang kepada pembangunan asnaf dan ekonomi masyarakat Islam.

 

Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan