Ad Code

Kotak Komen Blog Hilang Versi Mobile View

Buat ke sekian kali terjadi lagi masalah kotak komen blog versi mobile view hilang, dia tak keluar. Rasa nak marah ya. Pembaca tak boleh nak comment nak tinggal jejak.  

Setakat ini kalau pembaca nak tinggalkan comment menggunakan laptop atau desktop memang tiada masalah.

Kotak komen tidak muncul dan terdapat masalah dengan konfigurasi (setting) penyemak imbas untuk log masuk. Tidak pasti adakah ianya merupakan masalah template blog mahupun browser.


kotak-komen-blog-hilang-versi-mobile-view


Kotak Komen Blog Hilang Versi Mobile View

Ikut hasil carian ada juga blogger lain yang mengalami nasib yang sama. Setakat ni belum jumpa solusi. Geram juga sebenarnya.

Salah satu option yang aku baca kena betulkan konfigurasi chrome. Kena tetapkan “allow all cookies” di security setting.

Masalahnya adalah untuk setting chrome di laptop aku berjaya jumpa tapi versi mobile entah mana perginya. Lama aku telek, end up aku bosan aku tinggalkan saja.

Macam dekat bawah ni, kotak comment jadi macam tu. Bila tekan Log masuk dengan Google dia keluar la error tu. 

Kotak-Komen-Blog-Hilang


Tidak dapat masuk untuk mengulas kata kau. 
Kotak-Komen-Blog-ada-masalah


 

Siapa Boleh Comment Di Blog?

Buat masa sekarang, untuk blog Rodiah Amir aku tetapkan hanya benarkan user dengan google account sahaja yang boleh comment. Tak lain tak bukan nak elak comment spam semestinya.

Bila timbul masalah macam ni aku terpaksa tukar kepada konfigurasi sesiapa sahaja boleh comment, malangnya fungsi itu pun ada masalah.

Apa yang jadi ialah selepas pembaca masukkan URL terus keluar error dan tak boleh masukkan komen. Entah apa yang merasuki blog.

Jadi aku tetapkan kembali setting comment hanya benarkan gmail user sahaja. Oh ya sebelum ni blog aku pernah hadapi Masalah Thumbnail Post Tidak Keluar Di Recent Post

 

Tukar Template Blog

Setakat ini aku belum terfikir lagi nak tukar template lain. Template blog ni aku baru guna bulan Ogos yang lepas. Setakat ni aku suka dengan performance blog. Tak kan nak tukar lagi?

Kalau lah nak tukar template tu sekelip mata sahaja boleh siap, pasti hari-hari aku tukar. Tapi sebaliknya.

Checklist Tukar Template Blog

Untuk kawan-kawan dan juga reader lain yang baca blog ni tapi mengalami kesukaran nak comment, nak tinggalkan jejak aku minta maaf sangat-sangat.

Terima kasih atas sokongan anda semua. Moga Allah balas yang baik-baik. Insha Allah dari masa ke semasa aku akan baiki dan tetap mencari penyelesaian. 

Post Navi

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Harap2 masalah dah dapat diselesaikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedihnya masih belum selesai ye Wak.. Nanti agaknya

      Padam
  2. oo versi mobile pun ada masalah mcm ni ye.. tq for sharing rodiah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa saya kerap kena versi mobile mama. Kalau versi laptop dia mudah nak fix

      Padam
  3. Sebelum ni memang ada masalah cik Ash xleh komen guna mobile, ni sekarang dah boleh

    BalasPadam
  4. kadang2 setting di fon kalau berubah memang tak boleh comment

    BalasPadam
  5. sebab tu sy jarang blogwalking guna hp.. ntah apa punca tak boleh komen blog org kdg.. sampai skrg masi fikir solusi dia

    BalasPadam
  6. blog wak yg lama tu dh kaput xtau apa masalahnyerr., huhuhu

    BalasPadam
  7. aida akan blogwalking guna laptop.
    phone jarang. sebab masalah gini la, x boleh komen.
    pepun, moga masalah dpt selesai ek.

    BalasPadam
  8. Ammi kalau BW guna fon memang tak boleh comment sbb memanjang je dia suruh ammi login with google padahal memanglah dah tersedia login ke google. ntahlah

    BalasPadam

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.