Review Kerepek Sayuran Bendi Kering

Rodiah Amir
5

Sebelum ni dah pernah viral kerepek sayuran dekat sosial media terutama dekat TikTok. Ramai la yang buat mukbang dan ASMR makan keropok sayur sihat.

Ramai la terpengaruh termasuk aku. Kerangupan sayur tu yang buat ramai terliur. Bukan setakat sayur je, kerepek buah pun ada juga. 

Ada sayur bendi, cendawan, lobak, keladi, peria, nangka, kacang panjang, pisang dan pelbagai lagi.

Yelah kan makanan sihat apa salah kalau nak cuba. Kerepek sayur ni sebenarnya dah lama wujud dan popular sebagai snek untuk kanak-kanak.



Review Kerepek Sayuran Bendi Kering Viral

Kerepek sayur dan buah sesuai untuk seisi keluarga kerana jumlah kalori yang rendah dan tiada kolestrol. 

Kiranya pilihan selamat untuk anak kecil makan dan bebas pewarna. Tiada campuran bahan berbahaya.

Banyak penjual ambil kesempatan untuk bungkus semula (repack) kerepek sayur dan jual semula di Shopee dan juga TikTok Shop.

Apa yang aku tahu biasanya penjual beli dari negeri Jiran iaitu Thailand dan Vietnam. Kebanyakkan yang dibungkus semula saiz dia lebih kecil.


mix-chips


Cuma yang tak seronok bila baca review, kerepek sayuran tu berbau hapak. Jadi memang kena bersabar sampai jumpa review yang baik.

Setakat ni aku jumpa peniaga lokal (dalam Malaysia) tapi harga dia boleh tahan urut dada. Aku belum jumpa yang mesra poket lagi. 

Gigih aku cari kerepek sayur dekat kedai dan rezeki aku terjumpa kedai menjual makanan ringan berdekatan dengan rumah.


Kerepek Sayuran Mix fruit Chips

Terus capai sepekat mix fruit chips jenama Thap Cham Say dari Vietnam (logo halal Vietnam). Dalam banyak-banyak sayur yang aku cuba, peria paling tekak aku tak boleh terima.




Sedihnya yang aku jumpa ni tiada sayur bendi dan cendawan. Dua sayur tu paling aku teringin nak rasa sebab semua orang berebut nak beli.

Katanya sedap. Baru-baru ni aku terjumpa penjual dekat TikTok yang jual kerepek bendi sahaja dan paling penting harga dia murah.

Jadi food hunting seterusnya aku nak cuba kerepek cendawan. Cendawan yang bulat tu. Kerepek sayur ni banyak versi. Ada yang dah ada jenama, harga boleh tahan tapi puas hati sebab semua sayur ada. 

Kalau jenis kerepek sayur repack tu yang kurang seronok ialah selain bau, pembeli pernah merungut sebab dapat banyak kerepek pisang. Dah la keras pula. Jadi sebelum beli baca review betul-betul. 

Dekat kedai tu juga aku nampak bungkusan freeze dried yogurt bites - Strawberry. Beli juga akibat terpengaruh. Kira okay sebab 30gram je. Kalau tak kena dengan tekak atleast tak seksa nak habiskan. 




Rasa dia macam makan yogurt dekat pasaran tu, rasa macam frozen yogurt llaollao pun ya juga. Bukan semua akan suka lah maksudnya, sebab suami dan anak aku tak suka. 

Untuk tekak aku, rasa sekali cukuplah. Tidak lah teruk sangat rasa dia. just nice. 


 

Kerepek Sayur Hilang Khasiat? Betul Ke?

Waktu awal-awal dulu banyak baca komen dan soalan tentang khasiat kerepek sayur dan buah akan hilang bila dah bertukar jadi kerepek. 

Kalau nak tahu, sayur dan buah yang dijadikan kerepek tu dihasilkan dengan menggunakan teknologi pengeringan vakum. Bukan digoreng dalam minyak ya. 

Ini bertujuan untuk mengekalkan rasa dan warna buah tanpa sebarang perasa, pewarna dan mahupun bahan pengawet.

Jadi tak timbul isu hilang khasiat sayur dan rasa sayur semulajadi tu kekal je. Bila makan memang terasa manis sebenar sayur tu.

Boleh lah makan tanpa rasa bersalah. 


kerepek-sayur



Rasa Sebenar Kerepek Sayur Bendi

Kalau tanya aku apa rasa kerepek bendi tu? Sedap sangat ke? Sukar juga nak terangkan sebenarnya tapi aku cuba.  

Kalau dibandingkan dengan kerepek atau jajan yang ada di pasaran, rasa kerepek Bendi ni agak mendatar je rasa dia. 

Kerepek, jajan tu dia tambah garam, gula, serbuk perasa memang la sedap. Kalau tak jaga makan tanggung lah akibatnya. 

Tapi dia jadikan kita ketagih nak makan lagi dan lagi. Perkara ini diakui oleh adik aku sendiri. Sempat bawa balik kampung bagi emak rasa.

Rasa dia manis-manis bendi (buah) dan bila dah habis kunyah baru terasa bendi sebenar. Sayur Bendi sifat dia berlendir, masa makan tu dia kering dan rangup. 

Seronok kunyah dan bila dah telan baru terasa licin dalam mulut.



Makan banyak-banyak akan jadi bosan. Sedap kalau penjual buat variasi pedas pula. Salut dengan serbuk cili ke contohnya atau makan dengan chili flakes.

Seperti yang aku kata, kerepek Bendi ni buatkan kita jadi ketagih. Elok sangat makan masa buat kerja menghadap laptop mahupun menonton televisyen.

Aku sokong sangat kerepek sayuran ni diberikan kepada anak-anak. Yelah, bukan mudah nak suruh anak-anak makan sayur segar.

Ini adalah salah satu cara untuk pujuk anak-anak supaya sukakan sayur. Sekurang-kurangnya ada pilihan untuk anak.

Kalau nak cuba boleh dapatkan dari penjual ni. Lebih mudah kalau ada akaun TikTok. Klik je dekat beg Oren dalam VTT tu.. Siapa beli kali pertama dekat TikTok boleh jimat banyak sebab boleh guna voucher TikTok bagi.

Tak ada TikTok pun tak apa sebab kerepek Bendi ni ada di Shopee nak cuba kerepek Nangka pun ada. Kadang-kadang ada penghantaran percuma juga. Rugi tak cuba. 

Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. haritu ada cuba makan buah yang dikeringkan jadi kerepek ni...tapi ammi mcm tak gemar sgt rasanya sbb semua jadi manis. atau mungkin otak dah set asal kerepek je kena masin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kena selera lah tu kan maksudnya. hihihi buah paling saya suka nangka

      Padam
  2. kalau ada versi pedas mesti sedap kan, atau cheese/bbq hihi.. tak sangka bendi pun udah ada jenis dried

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum jumpa lagi dekat pasaran, kot lepas ni ada okay la nak cuba

      Padam
Catat Ulasan