Ad Code

Kisah Eczema, Soalan Dari Pembaca Blog

Baru-baru ni Diah ada terima e-mail pertanyaan berkenaan artikel yang pernah Diah tulis berkenaan rawatan eczema pada hujung tahun 2016.

Ikutkan sekarang dah masuk tahun 2022 bermaksud hampir 6 tahun berlalu. Syukur sangat Diah banyak buat perkongsian di blog sebab ramai parent yang alami nasib sama gunakan artikel Diah sebagai rujukan.

Lebih khususnya Diah dapatkan rawatan eczema untuk anak nombor dua, Raudah. Doktor sahkan dia eczema waktu umur dia mencecah lima bulan.


Soalan-pembaca-blog


Kisah Eczema, Soalan Dari Pembaca Blog

Kami rujuk Klinik Pakar Wanita & Kanak-Kanak Desa Melawati. Doktor Dr Hasmawati yang mengesahkan Raudah ada eczema. Mestilah terperanjat sebab anak pertama tak kena pun.

Setiap saat sedih fikirkan kesakitan yang dia hadap. Bayangkan seawal lima bulan sampai umur setahun lebih perjalanan eczema dia macam roller coster.

Sebab apa tau, ada hari dia gatal-gatal dan luka tu sembuh tapi esoknya keluar pula gatal dan luka di tempat baru.

Beli ubat dan produk mandian tak usap cakaplah. Habis semua produk yang lalu lalang dekat wall socmed kita rasa nak cuba. Mahal ke murah ke semua cuba.

Sheabutter pun Diah cuba. Minyak TheMajlis pun pernah guna. Minyak Habatussauda pun sama. Asyik la ulang pusing benda yang sama cari yang serasi dengan kulit anak dan poket. 

Masa tu otak fokus nak sihatkan anak. jadi faham sangat bila reader ni mengadu tentang anak dia. tolong doakan anak dia kembali pulih ya.


lotioneczema-dermaveen


Paling penting sepanjang tempoh nak sihatkan anak ialah ketahanan jiwa, semangat dan sikap tak putus asa.

Banyak kali juga kami di uji Raudah sesak nafas, luka berdarah dan banyak sangat perkara tak boleh buat sebab risaukan dia.

Alhamdulillah, di usia enam tahun Raudah semakin elok. Eczema masih ada, seperti doktor Kevin terangkan eczema sentiasa ada.

Setiap orang ada Eczema. Ia akan bangkit bila terkejut sebab kulit kering. Jadi memang kena pastikan dia sentiasa tidur. Caranya pastikan kulit sentiasa lembap.

Eczema banyak jenis dan banyak level dia. Pergi dapatkan nasihat dari doktor.

 

Tolong Jangan Putus Asa, Dapatkan Bantuan

Tapi sebagai ibu bapa, tolonglah jangan putus asa dan down setiap masa. Boleh nak down tapi jangan lama sangat. Kita manusia bukan robot.

Anak kita perlukan kita. Kalau kita tak fight untuk dia, siapa lagi. Diah tak put blame atau nak tambahkan pressure untuk ibu bapa dekat luar sana. Kalau boleh cari support system yang betul.

Cari circle yang ada nasib yang sama, borak dan berbincanglah. Buat curhat – curahan hati. Supaya semangat tu sentiasa membara.

Untuk ibu bapa yang masih mencari ubat atau produk untuk anak eczema jangan putus asa. Ada produk yang berkesan untuk anak orang tapi bukan anak kita.


perkembangan-eczema-Raudah


Test Patch Skin Sebelum Cuba Produk

Faham sangat bila kita dengar produk A boleh rawat eczema dan ibu bapa teruja nak cuba. Tapi fahami risiko sebelum cuba pada anak ya. 

Buat test patch skin terlebih dahulu, cuba kawal pemakanan, kawal persekitaran anak dan elak benda yang boleh trigger eczema anak-anak.

Jangan lupa kesan emosi kepada anak juga. Anak jadi lebih sensitif, tak yakin, malu dan takut nak cuba semua benda. Itu normal bagi Diah.

Kalau semakin aggressive dapatkan pendapat doktor. Pergilah banyak klinik, dengar pendapat dan nilaikan sendiri.


Kesimpulan 

Boleh email Diah untuk soalan berkaitan eczema, tak banyak Diah boleh tolong. Sekadar pengalaman yang tak seberapa. 

Soalan tu sebenarnya bukan untuk mencari produk yang sesuai tapi untuk lebih faham keadaan anak. Harap membantu sangat ibu bapa yang tengah berjuang untuk anak-anak.

Post Navi

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. anak nombor 2 ammi dulu ada mild eczema masa dia kecil. sekarang dah tak nampak ada tanda2 tu lagi...tapi sekarang jadi sinus teruk pulak.

    BalasPadam

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.