Terima Komen Negatif Di Media Sosial

Rodiah Amir
2

Hari ni Diah teringin nak melepaskan bebelan di blog sendiri. Nak menulis, menjawab comment di medsoc lain terlalu pendek ruangan disediakan kalau nak taip luah dekat situ. 

Ceritanya begini. Baru-baru ni Diah dapat komen kurang menyenangkan dia Instagram. Komen menegur tentang food hunting mencari Asam Pedas di Melaka. 

Comment yang Diah rasa tidak beradap dan kurang bijak. Comment tu Diah masih belum padam. Harap siapa yang nampak akan belajar sesuatu. Nak mengaibkan jauh sekali. 

Berbalik pada comment yang diterima. Back to basic, bila kita berada di alam maya, nampak posting orang di socmed tolonglah jaga adap. Kawal jari tu. 



Terima Komen Negatif Di Media Sosial

Nak tegur ni kena ada adap. Ibarat datang ke rumah orang dan kita cakap perkara yang tak baik contohnya kita kutuk langsir tuan rumah buruk atau susun atur perabot bersepah. 

Beri komen dengan tujuan ingin menjatuhkan, menyakitkan hati. Bukan ke tak baik macam tu. dalam Islam sendiri ada adap kalau nak menegur. 

Video reel Instagram tu adalah tentang pengalaman Diah dan keluarga makan di Rumah Asam Pedas yang terletak di Melaka. 

Kami suka kedai tu sebab masih lagi ada vibe kampung. Jadi dah boleh agak kedai tidaklah secantik restoran yang gah. Pengalaman Diah masa makan dekat situ ada Diah kongsi dalam blog juga. 

Teringat ceramah Ustaz Azhar Idrus tentang adap menegur. UAI terangkan tentang hadis “Agama itu adalah nasihat”. 

Dari Abi Ruqayyah Tamim bin Ausin Al-Dari (radhiallahu’anh), bahawasanya Nabi sallahu’alayhi wa sallam bersabda: Agama itu nasihat. Kami berkata: Bagi siapa? Ia bersabda: Bagi Allah dan bagi KitabNya dan bagi RasulNya dan Imam-Imam kaum muslimin dan bagi orang ramai mereka.

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Antara adap yang digalakkan ialah: 

  1. Betulkan niat menegur kerana kesalahannya bukan disebabkan dengki dan dendam serta bukan juga untuk mengaibkan seseorang. 
  2. Beri nasihat dan teguran dengan bahasa dan nada yang sopan bukan dengan nada yang kasar dan angkuh. 
  3. Beri nasihat dengan melihat kedudukan seseorang. Sesuai atau tidak. Perlu dapatkan bantuan pihak ketiga atau tidak. 


Adap menegur Di Media Sosial Dalam Islam 

Boleh baca comment yang ditaip oleh saudara ni: 

“Ikan tak fresh, takde rasa ikan langsung. Isi ikan keras macam dah frozen terlalu lama dan warna isi bukan putih dah kuning, Telur mayong kecik dan hanyir. 

Kedai sedikit kotor. Saya tak pernah makan asam pedas sepelik ni. “

Weh Diah tak boleh nak digest apa dia cuba nak sampaikan. Dia nak complain makanan tak sedap tapi kenapa tak bagitahu terus kedai makan tu? Waktu ni Diah masih tak dapat jawapan.




First, Diah nak jelaskan Diah buat review, share reel bukan sebab dibayar oleh kedai makan. ini reel peribadi kenangan makan-makan dengan keluarga.

Berkongsi di socmed dengan niat kalau dapat bantu kedai makan tu dikenali dan ramai pergi makan tu kira rezeki akak kedai makan tu.

Bila baca ayat last dia kata dia tak pernah makan asam pedas sepelik itu rasa macam hinaan sangat. Apa saudara makan asam pedas dia rasa masak lemak labu ke?  

Mungkin masa awak pergi, rezeki awak dapat hidangan yang tak kena di tekak awak. Mungkin ada kekurangan di pihak kedai makan tapi tak baik sangat beri komen macam tu.

Masa ni rasa macam nak marah sangat jadi Diah jawab comment dia dan terperanjat dengan alasan dia. Mudah betul manusia nak mengeluarkan kata-kata.

Diah cadangkan untuk bagitahu terus akak kedai makan tu. DM, whatsapp, email atau waktu nak buat bayaran tu cakaplah dengan berhikmah.

Terima atau tidak terpulang pada akak kedai makan untuk baiki mana kelemahan kedai dia.




Salah Niat Untuk Menegur

Tapi sedihnya dia banyak buat andaian. Dia boleh kata peniaga tak kisah, dia tunggu akak peniaga tu tanya feedback tapi akak tu tak tanya. 

Dia andaikan lagi kalau dia tegur, akak tu tak terima. Ini berdasarkan pengalaman dia yang lepas. Weh apeni, jangan la macam tu. Pandai-pandai membuat sangkaan. Lain orang lain la response. 





Point paling penting dalam comment dia ialah: 

“atleast kat sini saya harap bila orang dah kurang datang, peniaga tau nak buat research and rnd. Saya bukan doakan kedai dia jatuh, tapi saya peniaga Melayu lebih menjaga kualiti.. tu je” 

Diah pula bila baca macam tu, otak terus fikir. Jadi kau sanggup tengok peniaga Melayu yang konon ko ambil berat tu rugi, perniagaan jatuh dan mati terseksa perlahan-lahan sebab orang tak dah tak pergi kedai dia ke?

Itu ke maksud kau? Arghhh tak dapat nak terima alasan tu. Kalau betul prihatin, kau nak tengok bangsa kau maju kau cakap benda benar. Bukan ko tengok dia slow-slow jatuh tersungkur. 

Last komen saudara tu dia kat reply "as you wish" lepas tu gelak. Lah. 




Sedih la macam ni. Diah lebih sanggup terima teguran untuk penambahbaikan dari dibiarkan terkapai-kapai macam tu. 

Sebab tu setiap kali buat perkongsian di blog terutama tentang makanan, sedaya upaya Diah akan ulang ayat rating diberikan berdasarkan selera dan tekak sendiri. 

Kalau berlainan selera janganlah marah. Sama juga dengan produk lain. Kecantikan contohnya, ada yang guna okay tapi sesetengah yang lain tak serasi naik jerawat. 

Apa pun kita ini manusia, hidup bagai roda. Cuba letakkan kita di tempat orang lain. Nak tegur boleh berpada-pada, guna saluran yang betul. Jangan sampai menjatuhkan orang pula. 


sumber hadis: edakwah.kelantan

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan