Baden Baden Bundle Taman Melawati

Rodiah Amir
4

Peminat bundle / barang-barang terpakai mesti kenal dengan jenama Baden Baden Bundle. Dalam artikel kali ni Diah nak kongsikan pengalaman Diah ke cawangan Baden Baden Bundle yang terletak di Taman Melawati.

Seperti sedia maklum Baden Baden Bundle menjual pakaian dan perabut terpakai dari Jepun, Amerika Syarikat dan Australia.

Taman Melawati merupakan cawangan terbaru Baden Baden Bundle yang dibuka kepada orang ramai. Lebih tepat lagi kedai dia betul-betul terletak dalam Wisma LJT Taman Melawati bersebelahan dengan restoran Elcantina Mexican Cuisine.


Baden-Baden-Bundle-Taman-Melawati


Baden Baden Bundle Taman Melawati

Berdepan dengan tapak Pasar Tani Taman Melawati, dekat sangat dengan Melawati Mall. Boleh jalan kaki je.

Baden Baden Bundle ni dah banyak cawangan dia buka. Ada di Lembah Klang (Setapak, Gombak, Subang, Shah Alam, Petaling Jaya).

Selain tu ada juga cawangan di Negeri Sembilan (Port Dickson, Teluk kemang), Perak (Tanjung Malim) & Melaka (Masjid Tanah).

Sebelum ni Diah pernah ke cawangan Baden Baden Bundle Port Dickson, waktu bercuti di Ancasa Residences. Lepas makan Char Kuetiau - King’s CKT Jalan Pantai yang popular tu kami singgah sekejap. Tapi masa tu tak beli apa pun, sekadar temankan suami. 

Kalau ikutkan antara Diah dan suami, minat terhadap bundle atau pakaian terpakai lebih digemari oleh suami.

Baden-Baden-Bundle


Lama kelamaan Diah pun jatuh suka juga disebabkan kepuasan membeli tu. Kalau bijak buat pilihan, ada je pakaian yang berjenama dapat dibeli pada harga yang murah.

Tapi sejujurnya Diah bukan hanya melihat pada jenama sahaja. Lebih kepada konsep asalkan pakaian tu masih elok, design pula kena dengan selera memang rugi kalau tak beli.

harga-Baden-Baden-Bundle-Taman-Melawati


Cuci Mata Di Baden Baden Bundle

Seronok cuci mata dekat Baden Baden Bundle sebab kedai dia agak luas dan banyak pilihan. Ada baju, seluar, kasut, bag dan aksesori untuk lelaki dan perempuan.

Baju kanak-kanak pun ada tapi tak banyak pilihan. Pilihan baju untuk muslimah juga terhad. Tak kisah bab tu sangat sebab tujuan asal ke sini Diah nak cari kasut boots.

Nak beli yang baru takut menyesal, tak berkenan dan risau pakai sekejap je. Jadi pilihan lain ialah cari boots bundle. Dengan harapan kalau tak selesa, kurang rasa menyesal beli dan tak membazir.

kedai-Bundle-Taman-Melawati

Waktu kami berada dalam kedai, ramai juga pelanggan yang berkunjung ke Baden Baden Bundle. Ada seorang pelanggan wanita tu beli lebih 10 helai blouse.

Ada juga yang datang bersama keluarga beli baju berbulu untuk musim sejuk. Nak melancong ke luar negara agaknya.

Seronok tengok mereka pilih baju. Selepas lama mencari akhirnya Diah berkenan dengan kasut boots berwarna hitam.

Suami pula mencari kasut basahan orang kata. Kasut kalau nak keluar pergi mall atau keluar santai-santai. Rezeki jumpa juga yang berkenan. 

kasut-Bundle


Beli Kasut Boots & Seluar Jeans Bundle

Memang rezeki sebab saiz sedang elok dengan kaki dan kasut boots tu masih dalam keadaan baik. Tapak dia tak ada kesan haus pun.

Diah juga beli dua helai seluar jeans cutting besar. Kain jeans agak tebal dan selesa bila dipakai. Keadaan masih elok dan macam seluar baru.

Boots-Baden-Baden-Bundle

Waktu nak buat pembayaran sempat juga kami berborak dengan adik yang jaga cashier. Saja ringan mulut tanya tentang kerja.

Berbudi bahasa orang kata sebab adik tu layan soalan kami dengan baik. Kerja pun nampak ikhlas, barang dia pegang elok susun letak dalam bag plastik.

Adik tu ada kongsikan yang setiap barang dalam kedai Baden Baden Bundle tu akan di label dengan kod khas merujuk kepada harga barang tersebut.

Ada bahagian tertentu mereka akan tandakan supaya staff dapat kenal pasti harga sebenar barang tersebut.

Pernah berlaku sebelum ni kes kecurian, yang mana pelanggan tukar tag harga barang murah dengan barang mahal.

topi-Bundle

Berani sungguh manusia kan? Sebab tu mereka buat tanda dekat barang, untuk elak kejadian macam tu lah. Terbayang penatnya nak label setiap satu barang yang ada dalam kedai.

Jadi untuk korang yang sukakan baju bundle, barangan rare atau suka kumpul barang berjenama boleh lah cuci mata dekat Baden Baden Bundle.

Cari cawangan yang berdekatan dan selamat shopping. Oh boleh follow Facebook Baden Baden Bundle Taman Melawati kalau nak tahu latest promotion mereka.

Baden-Baden-Bundle-Melawati

Catat Ulasan

4Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. kemasnya dia susun! Pernah pergi yang dekat shah alam tu tapi tak dapat cari apa pun sebab takde saiz yang sesuai haha. nak try pergi sini pulak lah

    BalasPadam
  2. Kat PD pun ada Baden baden bundle ni kalau x salah...SA x pernah ada experienced lagi beli kat sini

    BalasPadam
  3. masa remaja n belajar di UM dulu ada je beli brgan bundle tp sejak bekerja ni x minat plak beli pakaian bundle..

    BalasPadam
  4. tak pernah jumpa baden bundle ni di utara.. berani buat kerja2 jahat mcm tu.. nasib ada peningkatan dr segi label

    BalasPadam
Catat Ulasan