Makan Tengah Hari Di Temerloh – Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak

Rodiah Amir
3

Kalau tak silap ini kali kedua Diah makan di Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak yang terletak di Temerloh.

Kali pertama adalah ketika restoran Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak masih beroperasi di lokasi lama bersebelahan stesen minyak, berdepan dengan lampu isyarat menuju bandar Temerloh.

Selama ni kalau balik kampung memang restoran ni sentiasa penuh dengan pelanggan ‘abang motor’ yang suka berkonvoi ke Pantai Timur.

Jadi tempat persinggahan mereka untuk isi perut dan berehat sebelum teruskan perjalanan. Kalau di tapak lama memang sedikit sengsara sebab berhimpit. Tempat dia sempit.



Go’Bang-Maju-Patin-Tempoyak



Makan Tengah Hari Di Temerloh – Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak


Tapi tak perlu risau sebab lokasi baru Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak lebih luas, parking pun banyak. Memang selesa lah.

Kebetulan balik bercuti tempoh hari bersama adik, jadi guna kesempatan untuk mencuba masakan restoran Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak.

Ni masa kami nak balik dah adik pick up depan pintu kedai. Baru sempat ambil gambar. 



Go’Bang-Maju-Tol-Patin-Tempoyak


Suka dengan konsep restoran layan diri yang diperkenalkan oleh Go’Bang Maju. Nama kedai pun Tol, jadi hiasan dalaman pun seakan menyerupai tol di lebuhraya.

Pelanggan perlu tolak troli dan guna dulang yang sediakan kemudian boleh ikut laluan khas untuk pilih makanan.



makan-di-Go’Bang-Maju-Tol-Patin-Tempoyak


Seakan-akan konsep layan diri di restoran IKEA. Bezanya di restoran Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak disediakan kaunter bayaran menyerupai tol di lebuhraya.

Ada Tol Gombak, Tol Bentong dan juga Tol Karak. Korang akan lalu semua tol ni kalau datang dari arah Kuala Lumpur.

Selesai buat bayaran boleh pilih meja nak duduk dekat mana. Rasa tenang sebab tempat dia tertutup dan kedai pasang rumput tiruan untuk keselesaan pelanggan.

Comel je. Anak-anak teruja nak tolak troli lalu di tol. Ibu bapa pula teruja nak pilih lauk pauk masakan kampung.


kaunter-tol-Go’Bang-Maju



Menu Makanan Makan Tengah Hari Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak


Dari segi menu, pilihan yang ada seperti Gulai Patin Tempoyak, Pais Patin tempoyak, Talapia Bakar, masak lemak pucuk ubi, ayam sambal, sup kaki ayam, Asam pedas. 

Ada juga kari Ikan Pari, Masak Lemak Daging Salai, Masak Lemak Itik Salai, Udang Galah dan pelbagai menu berasaskan ikan sungai.



lauk-kampung-Go’Bang-Maju


Dekat sini menu istimewa yang ada Diah rasa agak menarik nak cuba seperti Mee Udang Lubuk Buaya, Laksa Asam Udang, Laksa Lemak Udang, Mi Kari Udang dan Mi Udang.


menu-Go’Bang-Maju-Tol-Patin


Harga Patin Tempoyak untuk bahagian kepala, badan dan ekor dijual pada harga RM15.90 setiap mangkuk. Minta je pada pelayan tu nanti dia akan letak dalam mangkuk.


patin-tempoyak


Ada juga ulam-ulaman dan sambal tempoyak. Teringat masak Ikan Patin Tempoyak satu kuali besar untuk tetamu yang datang. 

Dah kenyang makan nasi boleh juga cuba aneka manisan yang ada seperti Cendol Gobang Tol, aneka Cheese cake, Puding Raja, dan kuih tradisional orang Pahang iaitu Kuih Pena, Kuih Dodol Kukus, Kuih Koleh kacang dan Kuih Badak Berendam.


puding-raja


Senang kedai dah pack kan kuih dalam bekas. Empat ketul dijual pada harga RM16.95. memang rambang mata.

Emak suka manisan Puding Raja, jadi belikan emak sebelum teruskan perjalanan. Dari segi harga tidak terlalu mahal walaupun menjadi tumpuan ramai.

Tahniah restoran Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak sebab mengutamakan keselesaan pelanggan. Tandas bersih, surau disediakan, sinki tempat basuh tangan pun banyak. 

Alang-alang dah sampai boleh berjalan ke Taman Tema Air di Jengka atau boleh tengok binatang di Petting Zoo - Rabitland Jengka



Pengalaman Makan Di Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak


Korang kena datang dan alami sendiri pengalaman makan di Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak. Agak tak sesuai untuk Diah komen tentang rasa Patin Tempoyak sebab cara memasak Patin Tempoyak sedikit lain dari cara emak selalu masak.

Lagipun lidah pun berbeza. Ikut tekak juga sebenarnya. Apa pun kalau nak makan Ikan Patin yang tak bau tanah, isi lembut dan fresh hanya boleh jumpa di Temerloh sahaja.


food-hunting-Go’Bang-Maju-Tol-Patin-Tempoyak


Selamat untuk beli kalau ikan Patin tu dari Sungai Pahang. Diah dah pernah terkena beli Ikan Patin di PasarTani Taman Melawati.

Ikan tu ada bau tanah. Walaupun dah basuh tapi masih hanyir bau tanah kuat sangat. Sudahnya memang buang je.

Ada ke yang pernah makan di Go’Bang Maju Tol Patin Tempoyak di Temerloh? Kalau ada cuba komen menu apa paling sedap sekali?


Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. unik tul susun atur dalaman restoran ni.. makanan pun sedap kan?

    BalasPadam
  2. sedapnya patin Temerloh, lama kak ana tak ke sana cari patin sekitar KL ni je lately ni Diah, eh kak ana baru follow Diah kat sini huhu :)

    BalasPadam
  3. menarik betul restoran ni. menu Laksa Lemak Udang macam unik je, rasa teringin pulak nak cuba hehe

    BalasPadam
Catat Ulasan