Cakoi Berlauk, Golden Stick Pasar Malam Taman Melawati

Rodiah Amir
4

Masih terbayang kesedapan Cakoi Berlauk yang Diah makan tadi. Kena betul dengan tekak. Ini pertama kali kami jumpa gerai yang menjual Cakoi berlauk macam ni. 

Kisahnya kami ke Pasar Malam Taman Melawati. Pusing-pusing nk cari makan malam. Siang dah makan nasi jadi malam rancangnya nak makan ringan-ringan je. 

Kalau dah namanya rezeki memang dapat juga lah merasa. Kami dah lalu depan gerai Cakoi ni beberapa kali. 

Memang wajib pusing pasar malam banyak kali baru putuskan nak beli apa. Pernah jadi sebelum ni buat pembelian sebab terpaksa. Sebab habis idea.


Cakoi-daging-blackpaper


Cakoi Berlauk, Golden Stick Pasar Malam Taman Melawati

Nama gerai ini kalau ikut sepanduk ialah Golden Stick. Kalau korang pernah dengar, ada orang panggil Kayu Keramat. 

Kayu keramat atau nama lain Cakoi. Maaf saya tak tahu beza tapi macam lebih kurang sama je. Kalau salah betulkan eh, boleh drop komen dekat bawah. 

Kebiasaan kita nampak orang jual cakoi cicah dengan pencicah manis, kaya warna hijau. Ada juga yang buat cicah kuah kari. 

Tapi Golden Stick pula dia go to next level sebab buat Cakoi berlauk. Bukan kuih Cara je ada yang berlauk, Cakoi pun ada tau. 


golden-stick



Review Cakoi Berlauk, Golden Stick

Penjual Melayu, Muslim pakai tudung. Dia susun cakoi dalam dulang. Jadi meriah nampak dan menggamit perhatian orang nak beli. 

Ini pertama kali jumpa Cakoi macam ni. Anak yang buat keputusan nak cuba. Ikhwan beli Cakoi Daging Blackpaper. 

Gabungan cakoi yang ringan tekstur dan rangup, makan pula dengan daging hancur blackpaper yang memang ngam. 


cakoi-taman-melawati


Tak terlalu masin jadi cukup rasa. Gabungan masin berlemak Cakoi dengan daging. Rasa blackpaper tak pedas sesuai anak kecil nak makan. 

Satu biji cakoi berlauk dijual pada harga RM6. Memang tak cukup satu nak kongsi sebab sedap. 


Cakoi Berlauk Pelbagai Perisa

Selain Daging Blackpaper ada juga Cakoi Ayam Blackpaper, Cakoi Daging Kurma, Cakoi Tuna special, Cakoi Mayo dan Cakoi sausage Jumbo. 



cakoi-sausage-jumbo


Nak special sikit sila pilih Cakoi Kambing Merah, harga pun semestinya mahal sikit (RM9). Tak mahu berlauk, Cakoi original pun ada. 


cakoi-daging-kambing


Pau Goreng Kacang merah dan Kacang Hijau juga ada dijual. Satu biji saiz tapak tangan dijual pada harga RM2. 


kuih-cakoi


Kesimpulan korang kena cuba Cakoi Berlauk / Golden Stick terutama Daging Blackpaper kalau ke Pasar Malam Taman Melawati. 

Landmark Pasar Malam ialah lokasi yang sama Pasar Tani Taman Melawati, berhadapan dengan Melawati Mall. 

Tak Pasti dekat mana akak ni buka gerai kalau hari biasa. Lupa nak tanya. 


Catat Ulasan

4Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Ya Allah kak Diah, cuma bisa terliur saya lihat iniiiii 🤤🤤😍😂😂. Kenapalah jauh sangat. Rasa nak terbang kesana 😄.

    Di sini cakoi disebut cakwe , tapi biasanya hanya digoreng lalu makan pakai saus asam pedas. . Itu saja sedap, apalagi diksh isian lauk macam niiih 😍😍😍. Aiiish. Jadi nak beli, tapi cakwe disini tak ada yg berlauk hahahaha

    BalasPadam
  2. Inilah dinamakan inovasi....macam sesuai juga kerana seimbang...ada karbo dan protien ( ada lauk)

    BalasPadam
  3. biasa tgk cakoi biasa je..yg ni cakoi berlauk 1st time tgky...mearik nmpknya

    BalasPadam
  4. aduhaiiii....ini la gambar yang menggoda SA kat FB, kali ni baca plak kat sini ha...mana la SA nak cari..jauhnya Taman Melawati..hahahah....cakoi kat area Seremban xde yang ada inti macam ni....Diahhhh......terliur...nasib x preggy tau...

    BalasPadam
Catat Ulasan