Favorite Biscuit – Biskut Kelapa Roma

Rodiah Amir
5

Setiap kali beli barang dapur mesti akan restock kudapan untuk sebulan. Kadang-kadang tak sampai sebulan pun bertahan, maklumlah askar ramai. 

Antara kudapan selalu beli adalah biskut dan makanan ringan. Memang la sebagai ibu bapa rasa bersalah bagi anak makanan kurang berkhasiat macam ni. 

Tapi kami cuba sebaik mungkin kawal pengambilan junk food untuk anak-anak. Beli bila masing-masing berkelakuan baik dan mendengar kata. 


Favorite-Biscuit-Biskut-Kelapa-Roma



Favorite Biscuit – Biskut Kelapa Roma

Beri kebebasan supaya tak culuture syok. Risau esok dah besar boleh beli sendiri dia makan lebih dari sepatutnya. 

Antara biskut yang kami selalu beli ialah Biskut Munchy's Oat Krunch dan biskut Kelapa Roma. Setakat hari ini, dua biskut ni dapat sambutan dari anak-anak. 

Kami akan beli salah satu. Dah habis baru beli biskut lain. Pernah beli biskut lain sebelum ni, biskut terbuang begitu je. Membazir sungguh. 

Dalam rumah ni semua orang suka Biskut Roma. Jadi tiada isu pembaziran bakal berlaku. 


Biscuit-Roma




Celebrity Consumer Biskut Roma - Lee Min Ho

At the moment, favorite biscuit dekat rumah - Biskut Kelapa Roma. Biskut ni dari Indonesia di bawah Mayora Group. Ada Halal Indonesia. 

Kalau perasan, “celebrity consumer” untuk Biskut Roma ialah pelakon Korea, Lee Min Ho. Suka dia berlakon dalam kdrama - The Legend of the Blue Sea. 

Ala cerita Ikan Duyung yang kelakar romantik, heroin dia Jun Ji-Hyun. Watak gila-gila, masuk air. Sesuai je. 

Kalau nak tahu Mayora Group juga menghasilkan beberapa jenis produk, iaitu: Senarai penuh tengok sini 

Gula-gula: Kopiko, Kis, Plonk, Tamarin & Juizy Milk

Wafer: Astor, Beng-Beng, Beng-Beng Max, Roma Zuper Keju (Cal Cheese) & Roma Superstar

Coklat: Choki-Choki & Danisa


Biskut-Kelapa-Roma



Review Favorite Biscuit – Biskut Kelapa Roma

Tak pernah sangka kami akan suka rasa kelapa sebagai biskut. Ikutkan perisa Kelapa ni biasanya orang tua je suka. 

Dulu masa kecik, selalu kalau raya mesti emak akan ajak buat biskut kelapa. Semestinya kami tak makan sangat tapi layankan saja permintaan emak. 

Biskut Roma tidak terlalu manis. Saiz dia yang sedang elok dipegang, rangup dan ada bau wangi kelapa. Sedap di makan macam tu je atau boleh cicah dengan air Teh panas. 

Tidak digalakkan sebab nanti terlajak makan. Lol. Suka pembungkusan dia, ada pilihan “Freshh Pack”. Biskut dibungkus dalam bungkusan lebih kecil. 


Favorite-Biscuit-Biskut-Roma


Takde isu biskut lemau lepas plastik dibuka. Oh kalau nak jual biskut jenama sendiri pun boleh juga tau, beli biskut siap je. 

Beli biskut borong then letak sticker brand sendiri. 



Kesimpulan

Review Favorite Biscuit – Biskut Kelapa Roma ini bukan review berbayar. Sharing sebab biskut ni betul-betul kena dengan selera kami sekeluarga. 

Apa pun, makan jangan berlebihan ya. Makan seimbang yang penting. 



Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. nieyl x penah try lagi biskut kepala roma ni..
    nanti nak try juga..

    BalasPadam
  2. Salam kak, done follow akak jugak...tq ya...
    anak suka biskut ni lagi2 ade LEE MIN HO haha

    BalasPadam
  3. CUya tak pernah try lagi biskut ni.. Cuya faham bila banyak askar memang segalanya cepat habis, Cuya pon dibesarkan bersama abg2 CUya...tahu sangat. Hahhaha

    Legend of the blue sea memang best cita dia. Cuya layan cite tu

    BalasPadam
  4. nak kena ry ni. suka juga cerita The Legend of the Blue Sea. tu

    BalasPadam
  5. Wah saya sering beli biskuit ini,rasanya manis dan terasa gurih kelapanya, enak sambil ngeteh.

    BalasPadam
Catat Ulasan