Majlis Maulid Nabi - Sambut Israk Mikraj

Rodiah Amir
8

Ikut kalendar, hari ini ialah ulang tahun peristiwa Israk dan Mikraj, peristiwa yang merupakan mukjizat dianugerahkan kepada Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Dulu waktu dekat sekolah Agama, ustazah dan ustaz sering bercerita tentang ajaibnya peristiwa Isra’ Mikraj.

Setiap kali itu lah Diah akan terpegun membayangkan Baginda menaiki Buraq, haiwan di syurga naik ke langit bertemu Allah.

Sebelum perjalanan, Jibril bawa Nabi ke telaga Zamzam di belah dada Nabi untuk Kali kedua. Di cuci hati nabi, kotoran zahir dan batin di isi dengan iman, yakin, hikmah serta ilmu.

Membayangkan pun dah seram sejuk. Hebat betul. Jadi bila surau dekat rumah, buat Majlis Maulid Nabi untuk sambutan Isra’ Mikraj mestilah tak lepaskan peluang.


Majlis-Maulid-Nabi-Sambut-Israk-Mikraj



Majlis Maulid Nabi - Sambut Israk Mikraj


Lagi satu kalau sebut Israk dan Mikraj mesti akan ingat tentang kisah solat yang sepatutnya 50 waktu sehari tetapi mendapat pengurangan dari Allah.

Nabi minta daripada Allah SWT secara terus tanpa perantaraan malaikat. Sungguh sifat Allah itu Maha Pemurah.

Israk mikraj adalah suatu perjalanan penuh mukjizat yang di malam itu Nabi Muhammad SAW menjadi Imam solat kepada 124,000 para Nabi & Rasul di Masjidil Aqsa.

Solat di Masjidil Aqsa bernilai 500 kali ganda. Masjidil Aqsa juga termasuk dalam 3 masjid paling mulia di dalam Islam termasuklah Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Masjidil Aqsa menjadi perebutan 3 agama terbesar dunia kerana 3 agama tersebut adalah agama Samawi (agama dari langit) tetapi yang masih terjaga kesucian & ketauhidannya cuma agama Islam.

Masjidil Aqsa kini dah sepenuhnya ditawan oleh pihak penjajah. Cuma mereka sengaja cipta persepsi yang ianya belum pun ditawan. 

Dan ya, memang mereka masih menggali di bawah Masjidil Aqsa. Ni bukan mitos. Memang real.

Tak ramai tahu orang yang pertama membebaskan Masjidil Aqsa ni adalah Umar Al Khattab r.a pada tahun 16 Hijrah/637 Masihi. 

Umat Islam memerintah selama 462 tahun selepas dibebaskan oleh Umar Al Khattab r.a.

Tak ramai juga tahu pembebasan kedua Masjidil Aqsa ni berjaya dilakukan pada malam Isra' Mikraj oleh pahlawan tersohor Islam yang bernama Salahuddin Al-Ayyubi selepas 88 tahun Masjdil Aqsa dijajah oleh tentera Salib

Dulu 88 tahun je dijajah, kita dah boleh buka balik Masjidil Aqsa tapi sekarang ni dah lebih 100 tahun dah tapi semua orang membisu dan mendiamkan diri sahaja.

Mungkinkan generasi anak anak kita nanti yang bakal menjadi pembebas Masjidil Aqsa? Ataupun mungkin generasi kita?

Perkongsian poster dari JAKIM.


pensyariatan-solat-peristiwa-Israk-Mikraj



pensyariatan-solat-peristiwa-Israk-Mikraj-2

pensyariatan-solat-peristiwa-Israk-Mikraj-3





Bersyukur sangat Allah jemput untuk hadir ke majlis ilmu. Kalau tahun sudah kami agak sibuk tapi tahun ni Allah beri kelapangan dan terbuka hati nak sertai.

Tak tahu nak terangkan rasa seronok tu, moga Allah jemput lagi untuk hadir ke majlis-majlis ilmu lain.


Majlis-Sambut-Israk-Mikraj


Ramai jiran turut hadir memeriahkan majlis memuji Nabi. Rezeki juga sebab dapat mengeratkan silaturrahim.



Majlis-Maulid-Nabi



 

Mengenali Maksud Israk dan Mikraj


Semalam sempat juga mendengar perkongsian ilmu dari ustaz jemputan yang terangkan secara ringkas maksud Israk dan Mikraj dan ingatkan kembali secara ringkas peristiwa penting yang berlaku.


Israk bermaksud perjalanan baginda Rasulullah SAW dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa, Palestin dengan menaiki tunggangan yang bernama Buraq.

Mikraj pula membawa maksud perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha (langit ketujuh).

Sebelum naik ke langit ketujuh Nabi singgah ke beberapa tempat dan melakukan solat sunat. Ini menunjukkan tempat berkenaan penting bagi menghubungkan umat Islam.


Madinah Al-Munawwarah (Thayyibah) – Tempat Nabi Muhammad SAW berhijrah

Bukit Tursina - Bukit Tur Saina’ adalah tempat Nabi Musa AS bermunajat dan bercakap-cakap dengan Allah SWT (al-A’raf: 143).

Bait Lahm, Palestin – Tempat kelahiran Nabi Isa ‘alaihissalam

Kota Madyan – Kisah Perjalanan Nabi Musa ke Negeri Madyan


Biodata Nabi Muhammad SAW


Maulid-Nabi




Tarikh Peristiwa Israk Mikraj


Peristiwa Israk dan Mikraj dialami oleh Nabi Muhammad SAW berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah, tahun ke-10 kerasulan Baginda.

Peristiwa ini berlaku selepas kewafatan bapa saudara Nabi SAW, Abu Talib dan isteri kesayangan baginda, Saidatina Khadijah, di mana tahun ini dikenali sebagai Tahun Dukacita.

 

peristiwa-Israk-Mikraj


Peristiwa Penting Sepanjang Israk Mikraj

Banyak sangat peristiwa yang berlaku jadi sebaiknya rujuk pada yang arif (ustaz) dan boleh baca kitab, buku yang tulis tentang Israk Mikraj.

Tapi Diah nak kongsi antara peristiwa penting dan yang melekat dalam otak bila ditanya tentang peristiwa bersejarah ini.

Apabila Nabi Naik kelangit Nabi berhenti dan berjumpa Nabi berlainan di setiap langit. Nabi juga melawat Syurga dan Neraka.

Semasa di dalam syurga, Nabi dipelawa minum samada susu, khamar atau madu. Nabi pilih susu.

Naik ke sidratulmuntaha, melawat BaitulMakmur iaitu Kaabah para Malaikat.

Semasa naik bertemu Allah, Jibril tidak mengiringi Nabi.


  1. Langit 1, berjumpa Nabi Adam.
  2. Langit 2, berjumpa Nabi Isa dan Yahya
  3. Langit 3, berjumpa Nabi Yusuf
  4. Langit 4, berjumpa Nabi Idris
  5. Langit 5, berjumpa Nabi Harun
  6. Langit 6, berjumpa Nabi Musa
  7. Langit 7, berjumpa Nabi Ibrahim

 

Boleh baca perkongsian ringkasan kisah hidupNabi sehingga peristiwa Israk Mikraj 


Kesimpulan

Sambutan Israk dan Mikraj dan menghadiri majlis Maulid Nabi tahun ini sangat istimewa buat Diah. Dapat recall semula ilmu dan kisah Nabi dan paling penting dapat kenalkan anak-anak dengan majlis cintakan Rasulullah SAW.

 

Catat Ulasan

8Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. seronok kan dapat pergi majlis2 ilmu agama ni. dapat tambah ilmu.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Diah, menarik perkongsian ni. Sama² kita hayati pengorbanan Nabi SAW dan peristiwa penting ni agar bertambah Iman & taqwa kita

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah seronok dapat turut serta majlis ilmu mcm ni :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, seronok kan dapat turut serta dalam majlis ilmu di masjid. Tenang je perasaannya

    BalasPadam
  5. salam israk mikraj.. ldy xpernah hadiri majlis untuk israk mikraj.. mesti meriah kan.. ade byk perkongsian ilmu di dalamnya..

    terima kasih sis atas nukilannya.. wlpun kite dah tahu bile kite baca lagi baca lagi, ia menjadi segar di ingatan. Semoga ilmu ini sentiasa berpanjangan untuk tatapan anak2 generasi mendatang.

    BalasPadam
  6. alhamdulillah...dapat hadir ke majlis ilmu dah beruntung sangat..pernah terdengar, org yang menghadiri majlis ilmu nie pun adalah daripada kalangan orang2 yang terpilih.Allahuakbar

    BalasPadam
Catat Ulasan