Bulan Ogos berlalu begitu saja.
Sibuk betul hidup sampai sebulan aku tak menulis dan tak berkongsi di blog.
Selalunya menulis jadi cara aku untuk release segala overthinking dalam
otak, tapi kali ni memang otak pun tak sempat nak berfikir. Jadi ikutlah flow
dulu. Mana yang sempat.
Lately aku perasan apa saja keputusan yang perlu dibuat terutama berkaitan kehidupan, otak macam dah simpan satu template berdasarkan apa pernah jadi sebelum ni. Tak pasti benda tu baik atau sebaliknya tapi aku seram jugak lah.
Recap Apa Jadi Di Bulan Ogos
Dua bulan lepas aku memang struggle
nak imbangkan kesihatan mental. Nak berehat tapi tak cukup masa. Nak berhenti
je tapi tetaplah kena teruskan. Bersyukur mental tak pecah je. Alhamdulillah. Pengajaran
terbesar ialah tak semua benda kita boleh kawal, tapi kita boleh pilih cara nak
respon.
Perkara-perkara penting Di Bulan Ogos
Kejohanan Olahraga Sekolah
Sekolah anak aku baru je selesai Sukan Sekolah. Ikut tarikh asal sepatutnya sukan adalah pada bulan Mei tapi disebabkan hari tu kes HFMD meningkat naik jadi sekolah ambil langkah selamat untuk tangguh. Macam biasa aku sibuk jadi sukarelawan bantu sekolah.
Pest Control & Anai-Anai
Akhir Ogos lepas, aku baru selesai uruskan hal rumah. Nak cerita panjang pasal pest control sebab rumah aku diserang anai-anai. Pengalaman yang berharga dan menakutkan juga. Penat dia, Tuhan saja yang tahu.
Terminate Unifi Selepas 4 Tahun
Lepas tu, sekarang pula dalam proses terminate Unifi. Yes, selepas hampir 5 tahun bersama Unifi, kami decide nak tamatkan kontrak sebab beberapa sebab tertentu. Masih lagi belum selesai sebab ambil masa sebulan juga. Harapnya aku rajin nak tulis posting penuh tentang pengalaman terminate Unifi nanti.
Kelas Silat Sekolah
Perjalanan yang panjang bila
menulis tentang kelas silat ni. Kenapa bukan Kelab Silat tapi Kelas Silat? Aku
sendiri tak berani memandai-mandai mewujudkan “Kelab” tu. Masih banyak
dokumentasi nak kena lalu. Tapi Alhamdulillah bersyukur kami melangkah ke depan
satu tapak lagi. Ada yang murah hati nak pinjamkan peralatan untuk training. Alhamdulillah
murah rezeki murid-murid.
Doakan aku ya, sebab apa jua perkongsian aku, harapan aku cuma satu. Semoga setiap apa aku kongsi atleast bawa manfaat kepada yang membaca. Life is too short jadi nak guna peluang sebaik mungkin sebarkan benda baik.
0 Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.