Selamat datang ke blog Rodiah Amir. Aku bukan pakar, cuma seorang emak yang suka menulis tentang kehidupan, anak-anak dan pengalaman harian. Kalau ada cerita yang boleh beri manfaat, aku kongsikan di sini.
Lipas Suka Kurma?
Viral kat FB pasal kebersihan buah kurma yang selama ni Rakyat Malaysia makan bila tiba bulan Ramadhan kan?
beria kakak tu kata dia beli buah kurma dan bila belah/kupas buah tu dalam dia ada lipas. Bukan lipas aku rasa, tapi bubuk. Ala macam kutu beras tu.
lepas tu keluar pulak isu Najis kelawar, virus Corona dari najis tu la, memacam. Then ada la kenyataan balas balik dari Dr yang selamat kalau sebelum makan kau basuh. Cukup.
Lipas Suka Kurma?
Sebelum keluar isu ni tak pernah la pulak aku kupas buah kurma woi, basuh pun jarang sebab kebanyakkan kurma aku beli dan makan kelihatan bersih pada mata kasar. Alamak kantoi pengotor hahahha.
Lepas
je tahu pasal tu baru la aku basuh dan make sure aku belah dulu kurma tu takut
ada binatang. Yang dah tertelan aku pasrah jela. Hahhahah
Oh
sekarang aku addict buat kurma shake taw.
![]() |
| ehsan google image |
Dulu
masa menyusu anak sulong pernah buat kurma, susu dan badam. Lepas tu minum
sekali je sebab pekat sangat dan manis. Loya tekak.
Lepas
peristiwa tu terus tak suka susu dan kurma. Tapi sekarang dah masuk hari kedua
aku buat kurma shake. Letak 3 buji kurma dan segelas susu pastu blend. Kalau ada
ice memang heaven.
Kalau
nak rasa smooth je bila minum korang rendam dulu kurma dan buang kulit luar
dia. tapi aku suka minum jadi serdak-serdak. Sedap. Malas nak rendam terus je
blend.
Resepi
pun simple yakmat. Boleh la buat minum masa puasa nanti.
Antara
kelebihan kurma untuk kita nak berpuasa ni memang banyak. Selain memberikan
tenaga segera sebab kurma paling cepat diproses dan diserap, kurma jugak
penguat memori, penawar racun, merawat penyakit dan mengubati gangguan usus dan
sembelit.
Wah
banyak kan khasiat. Patut la RasullAllah kata Kurma bagus dan jadi makanan Sunnah.
Resepi Kek Coklat Layer Cheese yang mudah dan sedap
Resepi Kek Coklat Layer Cheese
Untuk resepi Kek ni kena buat dua adunan.
Satu untuk kek coklat dan satu untuk lapisan cheese.
Tak susah dan berbaloi kalau nak cuba.
Jom tengok bahan-bahan.
Adunan
kek
Bahan
(A) - Masak atas api perlahan sehingga gula cair dan sejukkan dahulu
1
cawan serbuk koko
1
cawan susu cair
1
cawan minyak
1/2
cawan gula
1/2
cawan susu pekat
Bahan (B) -
1 cawan tepung naik sendiri
Bahan (C) -
3 biji telur pukul sampai kembang
Cara-cara:
-
masukkan (C) dlm adunan koko (A) yg disejukkan tadi kaup balik..
-
kemudian masukkan (B) sedikit demi sedikit hingga tepung habis, kaup balik hingga
adunan mesra sebati..
Bahan
utk lapisan Cheese
250gm
creame cheese - aku guna jenama Tatura
60gm
gula kastor
25ml
air
1 bj
telur
25gm
tepung gandum
Cara-cara:
-
pukul semua bahan KECUALI telur
-
pukul sampai kembang, gebu..
-
masukkan telur pukul lg
- Kek atas ni adunan coklat dah habis. tak nampak bekas lain dah, sebat je apa jumpa. :)
*boleh
guna acuan yang dikehendaki. Jika guna
loyang lapik loyang dgn baking paper.
*masak
10 minit atau lebih ikut size acuan selang seli mcm buat kuih lapis.
*wrap
loyang/acuan supaya air kukusan tak menitik.. buat hingga adunan habis..
step
1: kukus masak adunan coklat dahulu,
step
2: lapis dengan adunan cheese pula, kukus masak,
step
3: lapiskan semula dgn adunan coklat, kukus hingga masak
SELAMAT
MENCUBA !!!
Hadiah Sempena Hari Guru
Assalamualaikum,
Ok walau dah lambat dan memang dah lepas pun Sambutan Hari Guru kat sekolah Ikhwan tapi aku masih gigih nak mencari hadiah untuk cikgu Ikhwan.
Memang busy teramat bab nak cari hadiah ni.
Ilham tu nak muncul susah. Tadi masa lunch sempat singgah beli hadiah yang aku rasa praktikal kalau kasik cikgu Ikhwan.
Kalau aku jadi cikgu dia aku suka je sebab semua benda aku boleh guna.
Aku beli bunga clip, beg plastic kot nama dia dengan kotak kayu. Walau murah tapi aku rasa ohoi puas hati kalau dapat.
Hadiah Sempena Hari Guru
Ikhwan mesti senyum simpul kalau aku bagitahu nak suurh bagi cikgu ni.
Dari tahun lepas niat nak sedekah makanan kat sekolah Ikhwan tapi masih belum ada rezeki. Moga Allah mudahkan cara aku nak bersedekah.
Aamiin.
Alhamdulillah Ikhwan ditemukan dengan cikgu-cikgu yang baik. Yang ambil berat pasal perkembangan dia.
Anggap macam anak sendiri pulak tu. ikhwan tu cikgu ingat sebab dia mulut becok.
Pastu kalau balik sekolah Ustaz suka borak dengan dia. apa la dia cerita pasal rumah kat Ustaz agaknya. Jangan yang bukan-bukan sudah. Naya.
Apa pun Jasa Cikgu memang tak terbalas di dunia. Ilmu yang dicurahkan tu di amalkan sampai dewasa begitu besar pahalanya.
Selamat hari Guru untuk semua Guru di seluruh dunia. Baik yang rasmi nya seorang guru atau guru jadian macam suri rumah tu.
ahaks.
Dah Berusaha Tapi Masih Gagal
Aku sebenarnya ada tabiat yang bila aku dah berusaha banyak benda bila benda tak jadi macam aku predict mula la aku give up.
Walhal kalau ditengok usaha memang tak banyak mana pun. Memang patut tak dapat result best. Tapi tu la namanya manusia kan?
Rasa macam dah banyak dah buat, tapi hasil masih yilek. Tengah melatih diri juga ni. Melatih agar orang menerima apa adanya aku.
Penting ke penerimaan orang?
Sebenarnya kalau in real life as long as orang dalam circle kau selesa Atau tak kena bad effect atas tindak tanduk dan kehadiran kau
Dah Berusaha Tapi Masih Gagal
Tak payah
pedulik la apa pandangan orang.
Teruskan
kehidupan.
TAPI
Kalau
kau peniaga dan kau nak barang aku laku, kau kena ambil peduli apa pendapat
orang sekeliling.
Potential
customer orang cakap.
Dah kalau
menjual syok sendiri memang hazab la. Sebab penjual ni jual pon sebab nak
selesaikan masalah orang.
Orang
ada masalah rambut gugur orang create shampoo santan, orang nak kulit flawless
beribu orang hasilkan product berasaskan kolegen, nak kurus orang buat ubat
kurus.
Macam-macam.
Sebenarnya
letih menjadi seorang peniaga/penjual, orang yang menjual bla3.
tak kire kau business owner, agent, stokis hatta dropshipper.
Sedangkan
aku yang scale nya kecil je pon dah separuh mati nak upload marketing content
kat media social, inikan pulak kalau business owner.
Hoi seram.
Zaman
sekarang dah tak banyak pilihan. Sama ada kau buat dan jalan terus atau kau
stop enjoy je apa kau ada.
Memang
betul saat diri kita dipaksa untuk move adalah moment paling banyak diri kita
belajar dan berkembang. Sakit tapi berbaloi.
Satu je
selalu aku buat kalau tengah down, tulis balik apa aku dah buat dan ingat balik
apa aku perlu kejar. Walau kadang-kadang tak berkesan pun cara tu tapi kita kan
banyak pilihan.
Selagi
boleh positive teruskan positive sampai bila-bila.
Jawab Soalan Pembaca Blog Tanya Tentang PTPTN
Ada terima email dari pembaca blog yang bertanyakan tentang PTPTN. Memandangkan aku pernah kongsi beberapa artikel berkaitan PTPTN jadi dia pun bertanya dekat aku.
Antaranya kenapa aku bertukar kepada pinjaman Ujrah. Untuk reader ni dia sedikit keliru tentang bayaran balik dan dia masih belum bekerja.
Dia dah selamat graduate pada tahun 2016 dan masih belum bekerja dan bakal menyambung pengajian ke peringkat seterusnya.
Dia belum mampu untuk buat bayaran balik walaupun dah habis belajar. Perlu di ingat aku bukan orang terbaik untuk bagi pandangan, lebih elok walk in sendiri ke Kiosk PTPTN supaya korang dapat jawapan lebih tepat.
Jawab Soalan Pembaca Blog Tanya Tentang PTPTN
Apa yang aku kongsi ini, berdasarkan pembacaan dan pengalaman aku sendiri sahaja. Mana yang aku rasa boleh dibaiki aku highlightkan dekat bawah. Rasa ralat bila banyak perkara patut aku aware tapi berlaku sebaliknya.
Antara perkara yang aku terlepas pandang jadi kat diri sendiri:
Selepas tamat belajar peringkat Diploma aku terus sambung pengajian ke peringkat Ijazah. Kesalahan pertama bila aku tak beritahu pihak PTPTN yang aku sambung belajar dan tak buat penangguhan bayaran pinjaman diploma.
Rupa-rupanya pinjaman peringkat Diploma dan Ijazah adalah berbeza. Jadual bayaran balik pinjaman diploma bermula bermula waktu aku ambil ijazah.
Sepatutnya aku kena update pihak PTPTN yang aku sambung belajar dan buat penangguhan pembayaran, kena isi borang dan lain-lain.
Restructuring or change to Ujrah. aku ambil masa agak lama sebelum aku tukar kepada Ujrah. dari segi calculation aku rugi la sebab bertangguh.
Waktu aku tandatangan perjanjian diploma dulu, masih tiada tawaran Ujrah jadi ikut interest rate lama ialah 3% sebelum bertukar kepada 1%.
Soalan Berkaitan PTPTN & Upah Pengurusan
Jadi nasihat kepada yang meminjam, jumpala PTPTN check status pinjaman anda. Berbalik kepada soalan reader tadi, dia dah graduate belum bekerja dan nak sambung pengajian. Sama situasi macam aku dulu.
Apa aku boleh cadangkan supaya hubungi PTPTN sendiri dan confirmkan status pinjaman dan minta nasihat PTPTN sendiri tentang cara pembayaran semula dan segala yang berkaitan.
Dinasihatkan untuk walk in ke kaunter dan mintak PTPTN print kan jadual pembayaran tu baru clear.
Berkaitan upah pengurusan: adakah upah pengurusan pembiayaan tu akan meningkat atau jumlahnya kekal Rm2 ribu?
Dan jika saya plan untuk membayar keseluruhan pinjaman pada tahun-tahun akan datang, masihkah jumlah keseluruhan hutang pinjaman saya Rm22 ribu atau bertambah oleh kerana tunggakan yg tidak dibayar?
Jawapan aku:
Upah pengurusan ni memang dia akan caj setiap bulan sehingga la kita habis hutang dengan PTPTN. Cara dia caj pula adalah berdasarkan jumlah baki tertunggak.
Semakin tinggi jumlah tunggakan semakin banyak lah jumlah yang harus dibayar. Jumlah pinjaman = principle + Ujrah + caj pengurusan + penalti.
Harap sedikit sebanyak dapat bantu korang.
Eczema Journey Dan Menuju 1 Tahun Raudah
Eczema Journey Dan Menuju 1 Tahun Raudah
Lompat
bintang 10 kali. Alhamdulillah
lagi 2 hari Raudah genap satu tahun. Menuju 1 tahun yang penuh dengan liku. 20
May 2017. Jauh lagi perjalanan in sha Allah. Bersyukur
di atas segala rezeki yang Allah kirimkan. Perjalanan
membesarkan Raudah walau baru nak menapak 1 tahun amatlah mencabar.
Kerana
pertama kalinya menjaga anak yang ada eczema. Semua
yang Allah aturkan cukup cantik Alhamdulillah. Kalau
masih ingat aku mula berkongsi pasal Raudah kena Eczema pada Nov 2016. Mula start
teruk pada usia 5 bulan.
Perjalanan Raudah Sakinah
Kali ni
aku nak kongsikan dan recall balik perjalanan untuk setiap entry yang aku
pernah tulis:
Nov 2
2016, Raudah di sahkan Eczema oleh Pakar Kanak-Kanak Taman Melawati. Menggunakan
sepenuhnya Steroid dan waktu ni masih buta pasal Eczema dan bahaya steroid.
Nov 7
2016, tak sanggup tengok anak sengsara berkenalan dan jumpa Doctor Kevin di
Klinik Mediviron.
March
6 2017, dari Nov16 ke tarikh ini telah beberapa kali beli cream dari Doctor
Kevin. Kesihatan Raudah ok sehingga kami jadi lalai dalam menjaga Raudah. First
time handle anak kena serangan eczema, more to food allergic.
March
16 2017, cuaca Malaysia sangat la panas dan cuaca adalah factor terbesar Eczema
datang semula. Masa ni mental up and down sebab kalau Raudah selesema confirm
dia akan jadi kuat menggaru dan eczema dia pon naik sekali. memang non stop dia
selesema
Mar 17
2017, mental down habis. Sebelum tu dah berjinak-jinak dengan pembacaan pasal
bahayanya Steroid dan cuba tak mahu nak bergantung dengan ubat doctor dan rawat
secara semulajadi. Tapi beli semula cream doctor bila rashes tak elok jugak.
berair.
March
20 2017, join group sokongan eczema di FB. Mula kenal ramai penjual dan pesakit
eczema. Mula start membaca lebih lanjut dan banyak dihujani penjual cream
eczema homemade.
Apr 2
2017, beli Habibi oil tapi tak beri kesan pada Raudah, dan ada kenalan FB yang
suruh cuba Lafiera Serum. Pun saiko gila orang-orang yang approach. End up
semua aku tak percaya.
Apr 08
2017, mencuba Minyak dari Dubai. Mahal tapi nak sihat punya pasal. Sebab tak
mampu maka cuba sebotol je la.
Apr 13
2017, minyak TheMajlis dah nak habis dan dapat idea nak cuba habbatussauda. Tahu
tentang full moon dan banyak lagi.
Masih
belum berkesempatan nak review pasal minyak Habbatussauda tapi yang pastinya
aku suka. Alhamdulillah. Harap yang baca dapat manfaat. Aamiin.
Ketagih Minum Nescaffe Ais Waktu Pagi
Assalamualaikum.
Ko taw pagi ni kemain
lapar rasa nak telan gajah kasik cepat kenyang. Tapi lepas minum nescaffe
ais terus perasaan lapar tu berlalu pergi. Memang dari dulu tabiat
ada ketagihan minum nescaffe ais di waktu pagi. Bila dapat minum tu
pergh..
Rasa macam sel-sel otak
bercantum terus emosi tak terkawal. Kau tahu perasaan jadi
hyper active?? Bila rasa perasaan tu nak
meletup kat dada. Terlebih gula/manis
agaknya.
Minggu lepas aku tak tahu
mana silapnya. Gatal-gatal eczema ke?
Menyerang. Habis merah gatal-gatal
di muka, bintik di tangan dan kaki. Menyirap je nak garu.
Ketagih Minum Nescaffe Ais Waktu Pagi
Ingat tak ada yang
perasan tapi ada dah yang tegur pagi tadi. Terasa artis sangat. Mungkin gabungan hormone
nak period pun bergabung maka terhasil lah. Muka gatal nak garu tapi
hati meronta kata jangan.
Sesambil google pasal
eczema google la jugak kesan minum nescaffe: Sumber Saripetua
Prof Suhaila Mohamad dari
Fakulti Sains dan Sains Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata
kafein bersifat diuretic (tindakan yang menyebabkan banyak air dikumuhkan).
"Bagi orang dewasa
pula lazimnya sifat yang diuretic menyebabkan individu yang mengambil kafein
akan kerap membuang air kecil," katanya.
Kesan pengambilan kafein
yang sedikit:
1.Mengganggu corak tidur.
2.Meningkatkan degupan
jantung.
3.Meninggikan tekanan
darah.
4.Kerap membuang air
kecil.
5.Tangan terketar-ketar
perlahan.
6.Kurang selera makan.
Kesan pengambilan kafein
dengan jumlah yang banyak:
1.Resah dan gelisah.
2.Sukar menumpukan
perhatian.
3.Sakit kepala.
4.Sukar tidur.
5.Keliru dan kadang-kala
berhalusinasi.
Kafein dalam pemakanan:
Secara umum kafein lebih
banyak ditemui dalam kopi (54 peratus), teh (43 peratus), minuman kola dan ubat-ubatan
(3 peratus).
Fakta:
- Kafein adalah
sejenis ‘ubat’ (drug) yang dihasilkan secara semula jadi dalam daun dan biji
benih. Ia juga boleh dihasilkan secara tiruan dan ditambah ke dalam sesetengah
makanan.
- Kafein dikategorikan
dalam kumpulan ubat yang sama dan kadang kala digunakan untuk merawat
lelah.Bertindak menstimulasi sistem saraf tengah menyebabkan peningkatan dalam
degup jantung dan sifat waspada (alertness).
Kebanyakan orang yang
sensitif dengan kafein mengalami pertambahan dalam tenaga dan ‘elevation mood’.
Ada dalam daun teh, biji
kopi, coklat, kebanyakan minuman soda dan sesetengah ubat melegakan kesakitan.
Lepas baca info kat atas
ni terus macam angguk-angguk sendiri. Harap menambah ilmu korang jugak.
Apa pun kalau nak benda
ber caffeine janganlah over. Yang teruk diri sendiri ok.
Sambutan Hari Lahir Suami
Sambutan Hari Lahir Suami
Berjaya habiskan hari tanpa suami selama 3 hari 2 malam.
Wah macam bercuti kan bunyi dia..
Tapi hazabnya jaga dua makhluk bernyawa ni.
kus semangat.
Suami
ada team building di Taman Negara for 2nd time.
Tahun
lepas pon pergi Taman Negara, tahun ni repeat lagi.
Best la
agaknya kot kat sana.
Aku even
orang Pahang tak pernah jejak kaki ke sana.
Dan kebetulan
tanggal 14 May adalah ulang tahun kelahiran suami.
Hari Ahad.
Selamat
ulang tahun suami.
Oleh sebab
timing tak kena maka sambutan untuk suami
sekadar
buku/card ucapan + kek yang dibuat dengan kasih sayang.
Chewah.
Alhamdulillah
menjadi kek kukus.
Kalau
tak jadi confirm makan sendiri tak tunjuk suami.
Hahhahah.
Walau penat suami happy dan suka.
Ikhwan as usual excited nak tunjuk apa yang dibuat khas untuk abah dia.
Dah tua
nak buat surprise pon habis idea.
Mungkin tunggu Celebration
dengan anak dara 20 May ni.
Cukup
setahun umur in Sha Allah.
Later aku share resepi kek Coklat layer cheese ni.
In sha Allah.
Untuk Suami:
Saya tak pandai melahirkan kata-kata romantik untuk tunjuk kasih sayang saya,
Saya doakan segala yang terbaik untuk awak.
Insya Allah.
![]() |
| hitam-hitam si tampuk manggis, walau hitam rasanya manis..eh |
![]() |
| buku/card ucapan untuk abah..special |
![]() |
| happy birthday suami |
Latest trend camping jadi Glamping
Tadi baca blog Vivy Yusof. Dia cerita pasal dia Glamping dengan bff dia kat hutan mana tah. Masa baca tajuk terus google kepebenda la Glamping ni. Hoi ketinggalan sungguh tataw.
Rupanya Glamping adalah singkatan untuk Glamarous Camping. Lol.
Glamping is a portmanteau of glamour and camping and describes a style of camping with amenities and, in some cases, resort-style services not usually associated with "traditional" camping.
Latest trend camping jadi Glamping
Ha jangan tak tahu kalau kat oversea dah ada company yang offer this type of service. Macam-macam types of glamping they provide.
Kalau kebiasaan camping kita bayangkan kena pacak khemah, makan dalam bekas besi, bawak megi keliling unggun api kan? pastu nak membuang kena korek lubang dan cari kawasan semak.
Tapi kini kalau glamping semua tu dah perlu ok.
Pendek kata glamping ni similar to stay at hotel/resort tapi nak merasai suasana berkhemah yang dilengkapi facility hotel. Fiuh mengada betul. Hahhaha.
As long
as u have money, semua boleh sekarang ni.
Mana
taw one day aku terjebak jugak dengan glamping kan? J
Gambar ehsan google:
Merajuk Susah Nak Move On
Merajuk Susah Nak Move On
Aku
punya perangai memang susah gila nak move on.
Aku selalu teringat apa je orang
buat kat aku.
tambah lagi sakit hati bila orang tu selalu berlegar atau benda
tu terbayang-bayang je kat mata ni.
Kalau
orang yang rapat dengan aku akan nasihat dah la tu.
cukup-cukup la kenangkan
benda yang lepas.
Tiada gunanya.
Macam
berdendam pon ye jugak.
Yela masa ni la terbayang semua benda yang dibuat
bersama, segala peristiwa dikongsi bersama. Kenangan tu.
aku pulak jenis kalau
sekali berkawan terus melekat dalam hati.
Payah oi kalau tiba-tiba nak buang.
Fikirkan
positive memang dah tak berjodoh nak berkawan sebenarnya.
Ada la tu Allah
jauhkan kita dengan seseorang kan?
Apa
aku tulis ni pun bukan tuju untuk sesiapa.
Harapnya tak ada yang salah paham.
Apa
yang aku share dalam blog biasanya apa yang aku nampak apa yang terjadi di
sekeliling aku.
aku jenis bila berkawan, terus bersaudara ikat janji darah.
Aku
anggap macam saudara aku sendiri.
Bila
di tinggalkan aku rasa, separuh nyawa dibawa pergi.
Amboi terus masuk lirik
lagu hahahha.
Ok
la akak doakan untuk semua yang memilih untuk pergi dan tak stay dengan akak
semoga anda berbahagia dengan pilihan, berjaya dunia akhirat.
Akak halalkan
segalanya. Selamat hari raya ya.
Eh..
kau fikir menang award nak ucapan bagai. Ok bai.
Makan-Makan di Me'nate Setapak
Memang one of our favourite menu suami isteri ialah lamb. Berbanding beef kami lebih enjoy makan lamb. entah.
Hari tu rindu nak makan lamb jadi ajak suami ke Me'nate cawangan Setapak. Tempat luas dan selesa cuma yang tak best parkingkena bayar. Bukan parking dalam mall pun.
Oleh sebab Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati merupakan our current favourite place kalau makan western ni so bila sampai Me'nate dalam otak dah set expectation yang dari segi taste wise and presentation kena at par atau lebih sedap.
Berdasarkan viral dan review-review pelanggan la kami sampai ke sini.
Makan-Makan di Me'nate Setapak
Malam
tu makan lamb. Suami cakap kat Me'nate kena makan steak (selain lamb) baru
sedap. Tapi macam biasalah kalau peminat lamb payah nak curang.
Crew dia cakap malam tu cara
masakan adalah BBQ. Masa tu tak dengar pon apa crew tu explain dan masa order mintak steak
dimasak Well done.
Kami suami isteri tak makan kalau steak masih ada merah-merah darah.
Apa yang aku kongsi adalah berdasarkan apa yang aku rasa. Review ni pun suka-suka je. Mungkin salah aku tak minta explanantion cara masakan,
Review Me'nate Setapak
Apa yang aku kongsi adalah berdasarkan apa yang aku rasa. Review ni pun suka-suka je. Mungkin salah aku tak minta explanantion cara masakan,
perisa tak kena dengan tekak aku dan lain-lain. Almaklumlah la tekak lain-lian.
Bila sampai ke meja, lamb kami jadi dry sangat, jus dia hilang masa BBQ tu kot. Dia jadi garing. Tak hangus dan tak pahit.
Bila sampai ke meja, lamb kami jadi dry sangat, jus dia hilang masa BBQ tu kot. Dia jadi garing. Tak hangus dan tak pahit.
Menyesal pula suruh masak well done. Dari segi rasa ok lah, even sejuk daging masih boleh dikunyah. Jadi aku simpulkan salah kami yang tak tahu pilih cara masakan daging yang kami order.
Dah Pernah Cuba Smoked BBQ Beef Rib IKEA??
Dah Pernah Cuba Smoked BBQ Beef Rib IKEA??
Apa yang best dekat Me'nate??
Air free flow. Teh Tarik terbaik. Cuba kopi durian for
first time. Pilihan daging yang banyak dengan range harga mampu milik.
Apa yang kornag perlu buat bila sampai restoren ni lepas ambil seat, pergi ke fridge dan pilih daging. Nanti akan ada crew layan korang untuk pilih cara masakan.
Hanya anak bujang je makan meatball. Dia kata sedap. Kena la tuh dengan selera dia. Kids menu yang berharga Rm9.90.
Kalau
makan di Restoren Sixty9 Islamic Steakhouse rasa macam exclusive dan layanan pon sangat
warm. Tapi di Me'nate tak rasa sangat friendly tu.
Tak
ada la aku nak kata Me'nate tak best langsung. Aku tengok meja lain meriah je
makan. Seronok.
Sedap la tu, Cuma tak kena tekak aku dan suami je. Apa pun tak rugi nak cuba. Kalau kata nak suruh repeat, kita tunggu orang belanja ah. ahaks.
Sesekali tukar angin tak makan nasi. Apa salahnya. Makan Sedap Kat Mana Di Melaka Kalau bukan di ~ Restoran Ikan Bakar Klasik Umbai
Resepi Aiskrim Malaysia Sumi Mudah
Setelah sekian lama baru dapat tahu resepi sedap untuk buat Ice cream Malaysia atau ice cream batang yang popular masa zaman kita kecik-kecik dulu.
Paling penting rasa tak muak dan berbaloi bila nak makan atau nak jual. Hari tu aku buat untuk berniaga masa hari sukan sekolah. Alhamdulillah laku.
Resepi Aiskrim Malaysia Sumi
Ok jom check resepi:
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air masak
Secubit garam
Sumi dua bungkus kecil
*bahan atas ni boleh buat 20batang ice cream sumi ya.
*boleh ganti sumi dengan Choki-choki
Kacau
semua bahan-bahan kecuali sumi sehingga garam larut.
Sumi
potong kepada 4 bahagian, tak nak potong tapi nak hancurkan pon boleh. Terpulang ikut selera masing-masing. Anggaran 2 biji sumi dalam satu batang ice cream.
Isi sumi dahulu kemudian baru masukkan cecair yang dimasak tadi. Boleh masuk dalam fridge untuk keraskan. Makan sejuk-sejuk masa waktu panas memang layan.
Selamat mencuba.
Langgan:
Catatan (Atom)






.webp)
.webp)











