Blood Sugar Result Dan Jumpa Doktor

Dapat call dari London weight Management offer pakej nak kuruskan badan. Macamana dia tahu aku gemuk sekarang ni. Hahhahaha.  

Ok back to topic last Monday monthly check up di Klinik Kesihatan Setapak. As routine, check urine for sugar & protein then HB, pastu dah menjengah 28 weeks so kena jumpa doctor untuk scan.

Dapat jugak MGTT result (minum air gula);  alhamdulillah bebas diabetes. Aku ada cerita aku kena minum air gula. 

Blood Sugar Result Dan Jumpa Doktor

My Fasting blood sugar is 4.4 with reference range (3.5 – 6.0) [First cucuk]
Modified Glucose Tolerance Test is 7.3 with reference range <7.8 – normal, 7.9 – 11 Impaired Tolerance, >11.0 Diabetes Mellitus. [Lepas 2 hours minum air gula]



Keesokkan hari baru sedar yang lab test report ni ic number aku ada salah. ok cuak. Kang tetibe dia ckp kena buat lagi skali memang tak nak la.

Panic call lab KK Setapak then dia explain yang its ok result still valid Cuma typo sahaja. KK Setapak hantar blood ke panel poliklinik untuk dapatkan result.

Yg terjadi typo bila tulisan nurse macam cakar ayam then bila staff poliklinik buat data entry maka terjadilah typo.

Tapi no ic bukanlah satu-satunya rujukan untuk blood test tu. dia ada la no reference lain.
Lab kata boleh call direct poliklinik suh dia anta semula result test yg baru.

Apesal aku yang kena call? Bukan klinik? Tp soalan tu dalam hati jela. As long as result valid Tarik nafas lega.

Setel check klinik then terus lunch and menuju Gombak Medical Centre.
Pilihan aku dan suami untuk bersalin anak ke dua ni.

Sebab apa pilih, sebab dia Islamic concept, doctor pakar perempuan, agak dekat dengan rumah sewa sekarang, harga yang masih mampu.

Nak tengok detail tengok pamphlet bawah ni.tu je aku dapat kongsi.
Sila la rajin pergi soal siasat tentang pakej lebih puas hati.

Deposit kena letak ialah RM1K. Aritu staff kata tak payah lagi tunggu second check up baru bayar. 
Oh untuk booking standard term is minimal check-up dengan doctor pilihan adalah sebanyak dua kali.

Ada dua doctor, aku pilih Doc Zana since dia Doc pakar kat situ dan sorang lagi Doc Hamizah kalau xsilap.

Doc Hamizah pun tengah mengandung expect due date bulan June.
So amik precaution pilih doctor yang tak mengandung dan pakar la. Senang.
Doc Zana cantik, peramah, dan dia baca Bismillah. So ok la. Sejuk hati aku, sebab sebelum tu tunggu 3 jam sebab ada kecemasan.

It je kot nak share kali ni. Sekian.




Pengalaman Apabila Anak Kena Chicken Pox

Pengalaman Apabila Anak Kena Chicken Pox

Alkisah Jumaat (19 Feb) lepas Ikhwan ditumbuhi bintik-bintik berair dekat badan.
Hati mula tak sedap dan terus bawa jumpa doctor favourite dekat kilinik dalam Aeon Alpha Angle Wangsamaju.

Tak lain tak bukan Klinik Ng dan Lee.  Dr. Abdul Rahman kalau tak silap nama dia.
Selain ubat yang sangat murah dan alhamdulillah ubat-ubatan serasi untuk kami sekeluarga.
Consultation pon ok tapi memang kena banyak tanya sebab doctor macam pendiam je. Hiihih.
Doctor sahkan Ikhwan kena chicken pox. 

Alahmdulillah dia tak merengek cuma few days before kena memang dia layu aje.
Pastu memang kuat berangan. Rupanya biji-biji tu nak keluar.
Tanya serba sikit dan of course panic la takut berjangkit kat aku.

So far doctor kata ibu mengandung yang 3 bulan kebawah ada risiko affect heart baby dalam kandungan.

Ikhwan doctor nasihatkan jangan makan seafood. Yang lain doctor tak sebut pun.
Alhamdulillah.

So bergilir ganti cuti dengan husband. Nak cuti straight je macam tak best pulak.
Ini first time Ikhwan kena so aku expect dia mesti longlai habis.
Ternyata salah. Ikhwan steady aje, cergas alamdulillah.
google la jugak apa ubat/petua traditional.

Ada suruh minum air kelapa suruh keluar semua biji-biji tu.
Cari daun semambu untuk buat mandi dan kibas(apa nama perbuatan tu xtahu) bila gatal.
Pantang lain macam tak boleh menggoreng, menumis  takut nanti pesakit gatal merenyam.
Sehari aku tahan la tak menumis, goreng bagai.

Lepas tu aku kan jaga dia kat rumah, nak tak nak ada je aku goreng-goreng tumis-tumis ni.
Tawakal ajelah. 

Air kelapa aku tak kasik, aku takut nanti kasik dia keluar banyak then Ikhwan tak tahan.
So slow2 tunggu biji-biji keluar sambil tak tinggal ubat doctor.

Hari ke7 Ikhwan kena dia dah boleh pergi sekolah. Alhamdulillah.
Hopefully tak ada la meninggalkan parut kat kulit dia. 

Kesabaran kena tinggi bila jaga anak sakit ni. 

Pedih Ulu Hati Tak Mahu Hilang

Setelah beberapa minggu ni bertarung dengan sakit pedih ulu hati akhirnya aku surrender jugak makan Gaviscon. aku tak suka rasa dia.. yarkk

Sebelum makan Gaviscon macam-macam aku try and telan kot-kot serasi.
Tapi haprak. Tidak la jugak ok nya. 


Pedih Ulu Hati Tak Mahu Hilang

Mungkin la sikit kurang sakitnya tu disini. Eh.
Masa mengandung anak first dulu aku memang kena masa kandungan 6 bulan dan ke atas.

Last time aku tahan je kot sampai la dia hilang sendiri.
Tapi now dah berusia ni tak kuasa nk menahan je sakit tuh. 


Kalau ikut pembacaan aku, ramai suggest:

  • kunyah chewing gum – habis je gula chewing gum terus rasa sebu pedih tu muncul kembali. Macam kurang dari 5 minit je sakit dia hilang. Pastu rasa semula.
  • Minum susu Dutchlady – full cream buat aku jadi pedih ulu hati + muntah, tapi minum low fat aku ok untuk setengah hari. Alhamdulillah. Sebab asyik lupe nak beli susu jadinya sakit tu selalu la.
  • Minum yakult dan seangkatannya – effect sama macam susu tapi sebab malas nak beli.
  • Letak minyak angin kat dada – ini selalu aku letak, dan kena usahakan untuk sedawa. Once sedawa gas keluar pedih t upon kureng.
  • Gaviscon – aku makan satu paket kecik tu. aku memang tak suka rasa dia. tapi sebab dah tak tahan makan jugak la. Aku makan dalam 11.30 pagi till now aku menaip pukul 4.34 petang rasa sebu dah tak ada alhamdulillah. Dengan izin Allah.

Harapla sangat dapat bebas dari pedih ulu hati ni.
Start awal mengandung sampai 4 bulan aku muntah-muntah yang teruk.

Dari 4 bulan ke 5 aku dapat merasa rehat jap. Selera makan ok.
5 bulan ke atas slow-slow pedih ulu hati ni hinggap.
Alhamdulillah selera makan bertambah baik.

Semoga kandungan dan kesihatan aku baik-baik sahaja. 

*beli gaviscon tp yg tablet ambil yg normal after pharmacist ckp tak elok makan selalu. takut effect apa-apa. 


Makan Nasi Arab Di Restoran Aroma Hijrah Shah Alam

Memang dasar kuat makan, teori mengatakan makan dapat gembirakan hati memang terbukti benar untuk aku. Untuk kali ke berapa aku mencari Nasi Arab yang sedap. 

Aku nak kongsikan throwback bawa mak ke Restoran  Aroma Hijrah yang terletak di Shah Alam. Kami ke sini berdasarkan cadangan rakan yang pernah makan di restoran ni. 

Alang-alang tu ajak sekali adik aku sekeluarga. Lagi ramai lagi meriah bukan? 


Makan Nasi Arab Di Restoran Aroma Hijrah Shah Alam

Kebetulan ada rezeki lebih maka gigih drive dari Kuala Lumpur ke Shah Alam dalam misi mencari nasi Arab sedap. Waze je Restoren  Aroma Hijrah boleh sampai dengan mudah. Orang paling happy semestinya anak bujang si Ikhwan Hafeez. 


Nasi Arab sedap


Teringin Makan Nasi Arab Sedap

Suami dari hari tu cakap nak lepas hajat makan nasi Arab. So tanya la rakan office mana nasi Arab sedap. Dia lah yang cadangkan Restoren Aroma Hijrah.  Kaki melangkah masuk ke restoren disambut dengan dessert dan barang-barang makanan lain yang kebanyakkan kedai Arab juga jual.

Susun atur kedai dan hiasan dalaman suami aku suka, cuma Permaisuri je kata lampu mentol kuning tu sakitkan mata. Tak buang masa, tengok menu dan order nasi set untuk 4 orang . Banyak pilihan dan harga juga berpatutan.

Aku pernah makan nasi Arab di Taj Hadramawt Taman Melati pun sedap. Restoran Qasar Balqis tetap jadi pilihan no satu kami sekeluarga kalau teringin nak makan nasi arab. 


Masa makan nasi macam tak sedar dah banyak kali tambah. Nasi dia panjang-panjang ok. Ringan dan cepat mendarat di perut. sos, sup, salad dia semua aku suka. 

Aku bagi 5 bintang. Permaisuri makan bertambah maksudnya kena la selera dia. Alhamdulillah.




Restoren Aroma Hijrah Menurut Tekak Aku

Hasil pembacaan ramai blogger kata air paling laris pineapple plum. Kami amik set untuk 4 orang dan tukar je air.  Dapat nasi dalam dulang dan kambing dia bagi dua jenis (Grill dan moist masak dengan nasi). 

Memang tak menyesal langsung.  Kena la makan kambing pastu air masam-masam. Kalau order ala carte pon tidak la mahal sangat.

Husband kata boleh jadi our favourite place untuk lepas rindu pada nasi Arab in future. Tempat ni aku recommend untuk buat reunion, makan bersama family. Staff friendly, service cepat, dan makanan sedap.

 Nak tahu detail gambar & update post boleh lawat Aroma Hijrah Facebook dan siapa nak call atau waze boleh guna address bawah ni. 

Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya, Shah Alam
+603-78321524
 Nasi Arab, Masakan Arab, Kambing
 Sun - Mon 11:00am - 10:30pm