Tips Legakan Pedih Ulu Hati


Assalamualaikum, 

Well Esok masuk minggu ke 34 mengandung. Kali ni mengandung anak ke tiga memang penat lain maciam sangat. Faktor umur dan juga nak kena handle anak lagi dua orang tu memang mencabar jiwa dan raga mak. 

Nak duduk berehat memang tak dapat la. Tapi mak gigihkan diri juga memasak, suap makan anak-anak dan kemas rumah apa yang mampu. Masih lagi datang bekerja tapi memang dah apply cuti selang-selang sebab kena habiskan cuti tahun ni. 

Aku tak tahu ibu mengandung lain, tapi di saat ini aku masih lagi sengsara dengan heart burn. Ala-ala gastric dan angin memang banyak gile dalam badan. Asyik la sedawa tapi tak selesa tetap ada. Bila dah macam ni mula la asyik nak muntah. 

Apa aku selalu buat bila kena macam ni ialah: 

1. Minum Eno - Memang aku selalu standby Eno kalau perut mula tak selesa. Minum sepeket lepas tu sedawa in sha Allah membantu. 

2. Kunyah Chewing Gum - Ini memang dari dulu aku buat. Kena beli yang ada mint and less sugar. kalau tak ada mint rasa loya pulak. Kunyah jangan sampai setengah jam. agak-agak hilang loya and sedawa stopla. 

3. Minum air batu - Minum air yang sejuk. Bukan suhu bilik tapi air yang diletak dalam fridge. Minum sedikit-sedikit tapi kerap. 

4. Paksa diri muntah - bila muntah angin sekali akan keluar baru lega isi perut. 

5. Berjalan - Bangun dan berjalan ambil angin. Biar otak tenang. 

6. Sapu minyak angin - kalau dah start tak sedap perut tu aku akan letak minyak dekat belakang telinga, atas bahu, betis, dada, dan hidung. 

Bila mengadu pada suami, dia kata ni pengorbanan jadi seorang ibu. Maka redhakanlah supaya mendapat ganjaran di sisinya. In sha Allah. 

Selamat mencuba untuk siapa yang senasib dengan aku. 

6 comments:

  1. Waaa , tk lame dh tu nk branak. 4weeks away 🙂 Salam kenal pnggil sy mek 😉
    Mek time pregnant dlu pun memang bnyk angin jugak. Tp tk pernah minum eno. Biasa berurut je la and pastikan perut tk kosng. Makan je keje smpai naik 20kg 😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahha sebab nak hilangkan gastric memang mengunyah aje kerja nya. Salam ukhwah sis Ayunie. Tq sudi singgah

      Delete
  2. Semoga sgala urusan dipermudahkan yer :)

    ReplyDelete
  3. Tq for the tips. Wawa urut dengan minyak panas, lega sikit. Tak pun, minum esp. Cepat je lega.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah saya pun sapu. Cuma kalau jadi tengah balik kerja dlm public transport yg xtahan tuh

      Delete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.