Pengaruh Drama Titian Cinta | Jadi Pembunuh

Pengaruh Drama Titian Cinta | Jadi Pembunuh

Assalamualaikum,

Aku tak baca pun Novel atau pun tonton cerita Titian Cinta yang dibintangi oleh Zul Ariffin (Umayr Harris) dan Farah Nabilah (Rahadatul Aisy). 

Trending eh drama tu? oleh sebab berepisod jadi malas nak follow. Happy ending katanya so lepas ni baru lah terhegeh nak cari dan tengok.


google image

Baju Nasi Lemak wakil Miss Universe Malaysia 2017

Assalamualaikum, Rasanya satu Malaysia viral pasal Miss Universe Malaysia 2017 yang akan pakai baju rekaan designer tempatan bertemakan nasi lemak ke pertandingan Miss Universe di Las Vegas tak lama lagi.

Dalam banyak-banyak benda; Nasi Lemak telah dipilih oleh designer yang bernama Brian ni. Mungkin dia fikir Malaysia equal tu kuat melantak. So food la jawapan yang sesuai. Kerja orang Malaysia asyik makan kot.

Masa officemate tunjuk semalam aku rasa not bad jugak la sebab colour combination sambal dengan nasi tu macam cantik, tapi bila tengok gambar close up. Oh mai. Malunya.


Baju Nasi Lemak wakil Miss Universe Malaysia 2017

Nak wakil Malaysia baju macam ni? Opsss. Sila la google sendiri kalau nak tengok.
Dan bertebaran lah comment dari serata Malaysia; orang dari bidang fashion sampai la ke bidang memasak. Hatta Dolmat dah comment, Dato Chef Wan pun comment.

Bila baca comment dari Dato Chef Wan ni; kelakar pun ye, dan ada juga betulnya. Dah alang-alang buat baju nasi lemak, bagi la meriah sikit. Ni nasi lemak telur rebus/ telur mata je. Tambah la lauk lain. Baru meriah.

Bila tengok rekaan yang seolah ditampal tu, tengok kacang tanah, sambal, telur, paling kelakar ikan bilis rasa nak tergelak besar. Yelah kang comment lebih-lebih bukan aku ada qualification bab fashion ni.

Kalau la dia ubah kepada tema nasi lemak muslimah dah macam mana la pulak kan? sambal jadi tudung ke telur rebus jadi turban. Ok nak gelak.

Ni comment Dari Dato Chef Wan:


image google



Jangan Layan Panggilan Scammer Bank

Sebelum ni aku pernah kongsikan tentang panggilan individu menyamar jadi kakitangan SKMM yang menyamar jadi SKMM  yang menawarkan Program Perintis Pengenalan Awal Tentang Program E/KIOSK (E/TEKNOLOGI) Keusahawanan. 

Kali ni sekali lagi aku mendapat panggilan dari scammers juga tapi dari institusi perbankkan. Tak lain tak bukan Maybank. 

Jangan Layan Panggilan Scammer Bank

Wah elok je dia call time lunch hour. Memang scammer suka bercakap dengan aku barangkali.  Memang suami dah pesan jangan angkat nombor yang tak dikenali. 

Memang kebiasaan aku tak angkat pun nombor pelik-pelik. Tapi disebabkan aku sedang menunggu panggilan untuk urusan lain terpaksa la aku maniskan mulut angkat panggilan telefon.  




credit : harian metro Online


Scammer Bekukan Account Maybank

Macam biasa operasi scammer lepas mangsa jawab panggilan, akan ada operator / machine bercakap memaklumkan berita sedih. 

Jadi, hari tu aku juga mendapat pberita sedih tentang account Maybank aku. Dia kata account Maybank aku telah dibekukan dan untuk bercakap lebih lanjut dengan pegawai bertugas kena tekan satu. 

Elok je aku dengar suara operator wanita yang aku rasa fake sangat tu terus aku letak. Dah la tah apa-apa script dia, tak menyakinkan langsung gaya intonasi dia. 

Nak menipu pun cuba la jadi professional sikit. Masa ni juga tengah viral, scammer santau mangsa melalui panggilan telefon. 

Cuak punya pasal takut di santau terus aku tamatkan panggilan. Puas hati tak terkira. Padan muka kau. Letak je terus block no tersebut. Senang kerja. Korang please alert nombor di bawah ni. 

03 2141 4834 – Scammer Maybank


Semak Dengan Pihak Bank

Untuk hilangkan rasa takut account Maybank aku ada masalah aku hubungi customer service Maybank nak pastikan kesahihan berita yang scammer sampaikan. 

Aku cerita la apa yang terjadi dari A sampai Z. Sesi luahan perasaan la kiranya. Customer service Maybank tu pun mengiyakan yang call aku tu adalah scammer. 

Dah ramai yang hubungi dan cerita perkara yang sama. Dah alang-alang call minta dia check kan status account. So far active dan tiada masalah. Pantas kan scammers ni buat kerja. 

Baru je pagi tadi baca berita tentang laporan mengenai kebocoran data peribadi kira-kira 46.2 juta pelanggan pengguna telefon mudah alih.

Aku selalu bayangkan mak ayah aku yang dapat panggilan scammer. Kasihan kalau orang-orang tua yang kena tipu. 

Mesti percaya je diaorang ni kan? Jadi anak-anak rajin kan diri tanya khabar dan nasihatkan ibu bapa supaya apa jua perkara yang meragukan cari pihak yang betul untuk rujuk. 


Baca Juga Guru Di tipu Sindiket Parcel


Kisah cinta Perigi Cari Timba

Kisah cinta Perigi Cari Timba


Baru lepas baca artikel pasal perigi cari timba dekat satu website hiburan ni. Pengakuan seorang perempuan yang berusaha untuk menawan hati  lelaki  yang dia suka dan dia take first step untuk jayakan hubungan tu. Kiranya dia beranikan diri meluahkan cinta dia. 

Usaha dia mengambil hati lelaki tu selama 5 tahun membuahkan hasil. Akhirnya mereka selamat bertunang dan menunggu masa untuk di ijab kabulkan. Add friend di Facebook, rajin comment dekat timeline dan mulakan perbualan. 

Salah satu perangai perempuan, sekali dia nekad nak sesuatu perkara memang dia akan nekad nak buat sampai berjaya. Kalau tengok rupa paras, Perempuan dan lelaki tu sesuai la bersama. Tak la cantik kebabom tak la sakit mata memandang. Sedang elok.

google image