Baju Nasi Lemak wakil Miss Universe Malaysia 2017

Rodiah Amir
Assalamualaikum, Rasanya satu Malaysia viral pasal Miss Universe Malaysia 2017 yang akan pakai baju rekaan designer tempatan bertemakan nasi lemak ke pertandingan Miss Universe di Las Vegas tak lama lagi.

Dalam banyak-banyak benda; Nasi Lemak telah dipilih oleh designer yang bernama Brian ni. Mungkin dia fikir Malaysia equal tu kuat melantak. So food la jawapan yang sesuai. Kerja orang Malaysia asyik makan kot.

Masa officemate tunjuk semalam aku rasa not bad jugak la sebab colour combination sambal dengan nasi tu macam cantik, tapi bila tengok gambar close up. Oh mai. Malunya.


Baju Nasi Lemak wakil Miss Universe Malaysia 2017

Nak wakil Malaysia baju macam ni? Opsss. Sila la google sendiri kalau nak tengok.
Dan bertebaran lah comment dari serata Malaysia; orang dari bidang fashion sampai la ke bidang memasak. Hatta Dolmat dah comment, Dato Chef Wan pun comment.

Bila baca comment dari Dato Chef Wan ni; kelakar pun ye, dan ada juga betulnya. Dah alang-alang buat baju nasi lemak, bagi la meriah sikit. Ni nasi lemak telur rebus/ telur mata je. Tambah la lauk lain. Baru meriah.

Bila tengok rekaan yang seolah ditampal tu, tengok kacang tanah, sambal, telur, paling kelakar ikan bilis rasa nak tergelak besar. Yelah kang comment lebih-lebih bukan aku ada qualification bab fashion ni.

Kalau la dia ubah kepada tema nasi lemak muslimah dah macam mana la pulak kan? sambal jadi tudung ke telur rebus jadi turban. Ok nak gelak.

Ni comment Dari Dato Chef Wan:


image google



Tags