Pengaruh Drama Titian Cinta | Jadi Pembunuh
Assalamualaikum,
Aku
tak baca pun Novel atau pun tonton cerita Titian Cinta yang dibintangi oleh Zul
Ariffin (Umayr Harris) dan Farah Nabilah (Rahadatul Aisy).
Trending eh drama
tu? oleh sebab berepisod jadi malas nak follow. Happy ending katanya so lepas
ni baru lah terhegeh nak cari dan tengok.
Tahu
jalan cerita pun sebab baca synopsis dan suruh kawan yang minat giler cerita ni
cerita kat aku jalan cerita dia. berapa banyak cerita da… sebab terbaca ada seorang
lelaki yang taksub dengan novel ni dipercayai telah membunuh suami kekasih dia.
Menyeramkan
sangat. Difahamkan yang jalan cerita menyerupai kehidupan suspek.
Mangsa dan isteri
adalah wargnegara Indonesia dan sedang mengalami konflik rumah tangga.
Mangsa nak
bawa isteri pulang ke Indonesia, dan demi membuktikan cintanya, suspek nekad
menembak mangsa dengan senapang buatan sendiri.
Dunia
semakin menyeramkan kan? jaga diri. Orang tak fikir panjang bila syaitan asyik
hasut lakukan kejahatan kan? tugas kita tebalkan diri dengan ilmu agama.
Biar iman
jadi banteng kepada kejahatan. Apa yang berlaku sila la ambil iktibar dan
pantau keluarga kita.