Rancang Cuti Panjang 2018

Sebenarnya nak tergelak baca email dari AirAsia ni. subject dia "Rodiah, Kemana Awak pergi? (insert sad icon)" Kemain tanya aku macam tuh. 

Kengkonon macam nak pujuk kekasih merajuk hati membawa diri yang berduka lara. Apa kau ingat ini drama pukul 7 malam  ke #AirAsia ? apa pun terima kasih sebab bertanya khabar. chewah.

Tahu sangat dah,  tanya tu ada maksud lain kan? nak suruh akak bercuti naik kapal terbang awak la tuh. Cer sponsor percutian akak sekeluarga, dengan seikhlas hati akak sudi menerimanya. 

Rancang Cuti Panjang 2018

Lama dah tak berjalan ni. Last trip ke Terengganu, itu pun tak puas hati sangat.



Tahun ni aim nak ke Langkawi sekali lagi, setelah beberapa kali pergi tapi Langkawi ni akak tak pernah jemu. Tataw nak cakap macamana. 

Ada je la tarikan nak ke sana. In sha Allah. Kalau ada rezeki sampai la ke sana. Rugi pulak tak sempat update entry masa berjalan ke sana. Sempat share pengalaman kali pertama je.



Memang teringin nak ke oversea, tapi dengan keadaan anak kecik dan keadaan kewangan yang kurang memberangsangkan kita tangguh dulu, kena menabung banyak sikit. 

Dulu berdua kos kecik tapi tak teringin, sekarang dah nak masuk berlima. Besar perbelanjaan tu.

Korang dah ada plan bercuti ke mana tahun ni? Meh la share. Kot terkenan sekali boleh la akak usulkan pada En suami.


Kalau ikut Calendar cuti 2018 ni, Bulan Mei, August dan Bulan September cuti meriah. Memang bertambah special la; 

Bulan Mei Bulan Birthday Suami dan Raudah, then Bulan September Bulan Birthday Ikhwan. syok juga kalau pergi berjalan kan? 

Apa pun memang kena rancang dan simpan duit dari sekarang. Sikit-sikit nanti penuh jugak kan? Jom bercuti. 



Review Stand Mixer Singer

Review Stand Mixer Singer


Aku rasa setiap wanita harus ada stand mixer dekat rumah terutama untuk mereka yang rajin buat kek mahupun biskut. Aku rasa sangat-sangat membantu dan berguna jimatkan tenaga serta masa.

Oleh sebab memang aku minat buat kek terutama bila aku dalam keadaan stress, lebih penting tak semua kek aku menjadi tetapi tidak menjadi halangan untuk aku beli stand mixer. 

Hand mixer memang dah ada kat rumah, aku beli stand sebab lenguh weh kalau nak kena beat telur sampai gebu. Kalau guna stand mixer kau tunggu jelah, tak perlu pegang.

Sempena birthday aku yang dah lepas, akhirnya beli juga stand mixer yang di idamkan untuk dihadiahkan buat diri sendiri. Kira self-reward la ni. Berapa banyak rewards jangan tanya eh. 

Lepas baca banyak review di  Lazada, akhirnya terpikat hati beli jenama Singer SM330 Stand Mixer 3.3L dengan harga hanya RM103.00. Murah la kan?

Aku dapat sebiji macam dalam gambar dan tak ada aksesori tambahan.




Perkara Perlu Tahu Sebelum Beli Stand Mixer 

Meh aku senaraiakn apa perlu korang consider sebelum buat keputusan nak beli stand mixer. Aku kongsikan pun lepas banyak kali fikir, harap membantu korang yang ragu-ragu nak beli. Tak kisah apa jenama yang korang suka, dan ikut kemampuan bajet masing-masing kena bijak sebelum membeli.

1. Review- Baca review orang yang pernah beli dan berapa star diaorang bagi. Bagi aku ini adalah step paling penting. Melalui pengalaman orang lain kita boleh tahu jenis penjual dan kualiti barang yang dijual. Lagi bagus kalau review beserta gambar. 

2. Warranty - Rajinkan lah diri untuk baca product description dan semak tempoh warranty. Kebiasaan barang elektrik ada warranty paling tidak 3 bulan. Penting sebab kalau terjadi apa-apa kerosakan. bolehlah elak kerugian. Lagi lama tempoh warranty lagi bagus untuk pengguna.

3. Trusted Brand - Seram juga kalau nak beli barang yang jenama dia belum pernah kita dengar. Cubalah cari la yang popular dan dipercayai. Lagi bagus beli dari company yang establish dan trusted. Memang ada perbezaan harga tapi lebih berbaloi bayar lebih sedikit untuk kualiti daripada beli barang murah tapi cepat rosak.

4. Harga - Bandingkan harga yang kita berkenan nak beli dengan harga kat pasaran. Berbaloi? Sila grab tanpa segan-segan


*Tips Bonus :Bowl Mixer - Untuk Stand mixer salah satu criteria yang selalu orang tengok adalah, adakah BOWL mixer tu akan berpusing atau static. 

Yang aku beli BOWL ni berpusing. Best sangat. Penting sangat ke bowl tu kena pusing? Kalau dah automatic pusing dah tak perlu kau nak kacau-kacau adunan dalam tu. menyenangkan kerja. Jangan malas baca description sebab orang selalu terlepas pandang. 



BACA aku review ~ Mudahnya Masak Guna Pressure Cooker Giselle

So far itu je yang boleh aku kongsi. Elakkan jadi pengguna yang menyesal lepas beli barang. Ini berdasarkan pengalaman sendiri ok. Memang nampak remeh dan leceh lah nak kena study semua benda, tapi apa salahnya untuk ketenangan di masa hadapan. Kecuali korang kaya gila belilah sesuka hati. lol 

Resepi Ayam Bakar Mudah

Resepi Ayam Bakar Mudah

Oleh sebab dah bosan ulang makan ayam goreng, ayam masak sup, sambal ayam dan gulai maka malam minggu lepas terfikir nak bakar ayam pulak. Dah bakar ayam ni lauk lain tak perlu dah kot, lepas tu makan sekali dengan ulam timun Jepun. Memang berselera makan nasi.


Ikhwan Hafeez first day school | Darjah 1

Ikhwan Hafeez First Day School

Alhamdulillah. Jumaat minggu lepas selesai urusan orentasi anak sulong masuk ke darjah satu. Aktiviti pada hari tu hanyalah murid-murid diperkenalkan dengan kawasan sekolah, bertemu rakan-rakan, dan taklimat oleh pihak guru kepada ibu bapa.

Mulai tahun 2018 dah tak ada pengasingan kelas. Maksudnya tiada lagi ujian saringan untuk menduduki kelas pertama, kedua dan seterusnya. 

Inisiatif kerajaan katanya supaya anak-anak dapat bergaul/ bersosial dan lebih berdaya maju. Jujurnya aku dulu bersekolah memang budaya pengasingan kelas ni wujud. 

Selain dari kesan emosi kepada pelajar tu sendiri; merendah diri, rasa tak yakin, memberontak, kesan akibat treatment yang cikgu berikan juga berbeza.



Pengalaman Pertama Di Sekolah


Kalau time aku sekolah dulu cikgu akan utamakan kelas yang bijak dahulu untuk segala info dan bantuan. Dapat bayangkan macamana perasaan pelajar aliran kurang glamour macam Sastera;Perdagangan tu? 

Mestilah rasa cikgu pilih kasih. Itu pendapat peribadi aku ya. Walaupun sekarang dah tak ada pengasingan kelas tapi anak-anak akan dipantau dengan segala jenis ujian yang Kementerian dah tetapkan. 

Kalau dulu UPSR adalah segalanya, lambang kecemerlangan murid di sekolah kali ni UPSR tidak dimansuh kan tetapi menjadi sebahagian result untuk pencapaian pelajar. 

Aku lupa apa nama dia. Yang pastinya pelajar perlu cerdik dalam akademik, aktif bersukan, aktif dalam kelab dan lain-lain.

2hb January 2018, hari pertama Ikhwan jejakkan kaki ke sekolah dan bercampur dengan pelajar yang lain. Ada dua kelas, (Cemerlang & Dedikasi) Ikhwan ditempat di kelas 1 Cemerlang. 

Hari pertama abah yang teman. Mama dah tak larat. Hantar pagi tu dan abah monitor semasa rehat untuk tengok dia beratur beli makanan. 

Balik pun abah tengok dari belakang sebab jarak ke rumah pengasuh tak sampai 5 minit berjalan kaki.
Tanamkan dalam hati nak bekalkan anak setiap hari. Selagi mampu la. 

Abah dia kata kantin jual ok la tapi terlalu ramai pelajar nak beratur dan beli. Ikhwan ni makan perlahan sangat takut tak sempat. Better bawak bekal dan air.




Sehingga hari ni kalau bawa bekal duit belanja memang tak di usik. Ok jimat la sekarang. Masa balik sekolah, abah dia sempat complaint perangai ibu bapa kurang didikan masa waktu rehat, potong barisan pelajar yang kecil molek, semata-mata nak beli makanan untuk anak dia. 

Patutnya ajarlah anak untuk beratur bersama-sama. Golongan semacam ini wujud ya. Realitinya.

So far kelas darjah satu masih lagi belum start belajar. Sesi pengenalan, pengagihan buku teks, tag nama, dan lain-lain akan diberikan dalam 3 minggu ni. 

Lepas tu nanti baru pembelajaran sebenar bermula. Semoga barang-barang sekolah dapat dia jaga sebaiknya. Dah banyak kali pesan jaga baran sendiri elok-elok. 

Mama dan abah doakan Ikhwan Hafeez diberikan kecerahan hati dan minda menyerap segala ilmu, berkawan dan berjumpa dengan orang yang baik dan dipermudahkan lah segala urusan.

Sekejap je masa berlalu dan anak dah masuk darjah satu. Di usia mama 33 tahun dan abah 35 tahun. 

Wow tua nya.