Rancang Cuti Panjang 2018

Assalamualaikum,

Sebenarnya nak tergelak baca email dari AirAsia ni. subject dia "Rodiah, Kemana Awak pergi? (insert sad icon)" Kemain tanya aku macam tuh. Kengkonon macam nak pujuk kekasih merajuk hati membawa diri yang berduka lara. Apa kau ingat ini drama pukul 7 malam  ke #AirAsia ? apa pun terima kasih sebab bertanya khabar. chewah.

Tahu sangat dah,  tanya tu ada maksud lain kan? nak suruh akak bercuti naik kapal terbang awak la tuh. Cer sponsor percutian akak sekeluarga, dengan seikhlas hati akak sudi menerimanya. Lama dah tak berjalan ni. Last trip ke Terengganu, itu pun tak puas hati sangat.

Tahun ni aim nak ke Langkawi sekali lagi, setelah beberapa kali pergi tapi Langkawi ni akak tak pernah jemu. Tataw nak cakap macamana. Ada je la tarikan nak ke sana. In sha Allah. Kalau ada rezeki sampai la ke sana. Rugi pulak tak sempat update entry masa berjalan ke sana. Sempat share pengalaman kali pertama je.



Memang teringin nak ke oversea, tapi dengan keadaan anak kecik dan keadaan kewangan yang kurang memberangsangkan kita tangguh dulu, kena menabung banyak sikit. Dulu berdua kos kecik tapi tak teringin, sekarang dah nak masuk berlima. Besar perbelanjaan tu.

Korang dah ada plan bercuti ke mana tahun ni? Meh la share. Kot terkenan sekali boleh la akak usulkan pada En suami.


Kalau ikut Calendar cuti 2018 ni, Bulan Mei, August dan Bulan September cuti meriah. Memang bertambah special la; Bulan Mei Bulan Birthday Suami dan Raudah, then Bulan September Bulan Birthday Ikhwan. syok juga kalau pergi berjalan kan? 

Apa pun memang kena rancang dan simpan duit dari sekarang. Sikit-sikit nanti penuh jugak kan? Jom bercuti. 



4 comments:

  1. Betul..Dgn ekonomi skrg..Nak berjalan jauh2 kena fikir bykkkk kali...Kalo yg dekat2 ok lg..Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena yg bekerluarga besar lagi parah so kena bijak

      Delete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.