Keputusan AJL32 Tahniah Hael Husaini

Keputusan AJL32 Tahniah Hael Husaini


Habis sudah AJL32. Tahun ni host dia best so tak bosan la nak tengok. Si Sherry AlHadad dengan Alif Satar. 

Tapi aku still tertidur awal lepas habis je persembahan Hael Husaini. Terjaga sekejap masa persembahan Ernie dengan Syamel. 

Opening tahun ni dipersembahkan oleh Stacy. Banyak lagu pula tu. Aku rasa tahun lepas Stacy juga kan? Ke aku salah? Bosan la, kenapa Stacy? Dia duta AJL ke? 

Jangan salah sangka ye aku bukan benci Stacy, cuma macam terfikir dah boleh tukar kot buat benda lain atau gantikan dengan artis lain. 


Cara Merawat Anak Prolong Jaundice

Prolong Jaundice adalah antara perkara kritikal dan boleh sebabkan ibu bapa berada dalam tekanan sebab kena buat keputusan yang terbaik untuk anak. 

Bagi ibu bapa yang pertama kali berada dalam situasi ni aku harap korang lapang dada. Akan ada situasi buat kita berada di hujung tanduk, sebab salah langkah nyawa anak jadi taruhan.

Masa genting ini lah kewarasan ibu bapa menjadi taruhan. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku dan suami baru je lalui pengalaman menakutkan tu. 


Cara Merawat Anak Prolong Jaundice

Hati akan berbelah bahagi apabila terdapatnya tekanan dari orang sekeliling yang asyik sarankan pelbagai cara untuk dicuba. 

Kita risau akan memudaratkan kesihatan bayi tapi dalam masa yang sama nak bayi kita segera sembuh. 



Pengalaman Anak Prolong Jaundice

Kena fikir dari sudut positive yang mereka mengambil berat dan sayangkan kita. Bermula saat ibu mengandung dengan ujian  alahan, check-up kesihatan sehinggalah saat bayi dilahirkan. 

Masih ada lagi perkara yang perlu ibu bapa siapkan diri iaitu tahap kesihatan anak dan biasanya bayi dikaitkan dengan Jaundice ataupun kuning.

Berkongsi pengalaman aku sendiri untuk anak ketiga, pertama kalinya aku mengenal apa itu Prolong Jaundice. Anak pertama dan kedua kena juga Jaundice tapi tak dikategori sebagai Prolong. 

Perkara baru dan pengalaman baru. jadi aku nak kongsikan apa perlu di buat kalau hadapi masalah yang sama.


Apa perlu buat bila anak prolong Jaundice?


1. Rujuk di Klinik Kesihatan dan ikut cakap doctor yang merawat. Banyakkan membaca mengenai Prolong Jaundice. 

2. Susukan anak sekerap mungkin (sejam sekali, dan paling lewat ialah dua jam) dan pastikan anak kerap buang air besar. Semakin kerap membuang semakin cepat kuning hilang.

3. Elakkan makan Lada hitam, kunyit, halia, jamu, air akar kayu dan sebagainya sehingga anak betul-betul bebas kuning. Emak aku kata semua bahan tu bersifat 'panas'. 

4. Jangan berikan bayi makanan lain selain dari susu ibu. Ada berlaku kes yang membahayakan kesihatan bayi apabila diberi makanan selain dari susu ibu.  Susu ibu adalah yang terbaik. 

Kalau nak juga ikhtiar menggunakan kaedah alternatif seeloknya hanya ibu yang minum atau makan. Aku hanya amalkan susu kambing yang aku minum dan kerapkan susukan baby.

5. Mandikan anak dengan air rebusan daun kucai, ubat kuning (serbuk herba) yang dibeli dari kedai ubat cina, air rebusan kundur, air rendaman agar-agar. 

Aku cuba serbuk herba Cina tapi tak serasi jadi aku mandikan dengan air rebusan Kucai. Alhamdulillah turun kuningnya. Tak tahu apa kaitan tapi selagi bukan bayi kena minum/makan aku sanggup cuba. 

6. Selepas usia bayi 14 hari dan bacaan kuning masih lagi di atas 100 bayi akan di rujuk ke hospital besar untuk pemeriksaan darah dan air kencin. 

Ini untuk pastikan hati, buah pinggang dan lain-lain bebas dari penyakit berbahaya. Sila ikut cakap doctor dan jangan teragak-agak supaya apa jua penyakit dapat dikawal dari awal.

7. Tabahkan hati dan kuat demi bayi. Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Sayur, buah, susu kena ambil dalam setiap hidangan.

8. Jangan putus doa dan sentiasa positif. Dapatkan sokongan suami dan ahli keluarga terdekat.

Itu sahaja yang dapat aku kongsikan. Semoga perkongsian yang tak seberapa ni membantu ibu bapa kat luar sana.

Pengharaman Alat Mainan Shock Chewing Gum

Pengharaman Alat Mainan Shock Chewing Gum

Masa menonton berita malam tadi, terpampang satu berita mengenai alat mainan yang telah diharamkan di Georgetown, Malaysia. Alat mainan yang dimaksudkan adalah Shock Chewing Gum.

Apa sebenarnya Shock Chewing Gum ni?




~ Alat mainan ini berbentuk seperti gula-gula getah dan mempunyai kepingan getah menjulur keluar untuk ditarik.



Dipercayai, apabila kepingan getah itu ditarik, ia akan mengalirkan arus elektrik melalui tapak tangan individu terbabit. Kesan akibat renjatan elektrik masih tidak dapat lagi dipastikan seteruk mana kesannya.  Jadi elok la mencegah dari terjadi perkara yang buruk-buruk.

Harga pun dijual sekitar RM6 di kedai runcit dan boleh dibeli lebih murah di dalam talian. Selain daripada Chewing Gum, alat permainan ini ada juga dalam bentuk pen dan pistol.

Pesanan terhadap ibu bapa kat luar sana, sila pantau apa yang anak anda beli. Pesanan untuk kami sebagai penjaga juga ni. Anak-anak akal mereka masih cetek. Mereka hanya fikirkan keseronokkan mengenakan kawan-kawan je. Jangan biar Nasi menjadi bubur ya. 

Drama Lafazkan Kalimah Cintamu

Drama Lafazkan Kalimah Cintamu

Aku ni kalau tengok cerita kat Astro memang akan pilih channel Masak memasak, Say Yes To the Dress, NCIS dan of course Drama Melayu jadi pilihan last sekali. Bukan apa aku rasa drama Melayu ni bosan asyik la cerita anak orang kaya hensem kena paksa kahwin. Berepisod panjang pula tu.

Tapi semenjak terpaut dengan Drama Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Nelydia Senrose dan Farid kamil terus melekat follow setiap episod. Hero dan heroin bukan favourite tapi sebab jalan cerita dan keberkesanan watak yang mereka bawa tu yang buat aku follow je cerita ni. Suami pun terlibat sekali.