Keputusan AJL32 Tahniah Hael Husaini


Assalamualaikum, 

Habis sudah AJL32. Tahun ni host dia best so tak bosan la nak tengok. Si Sherry AlHadad dengan Alif Satar. 

Tapi aku still tertidur awal lepas habis je persembahan Hael Husaini. Terjaga sekejap masa persembahan Ernie dengan Syamel. 

Opening tahun ni dipersembahkan oleh Stacy. Banyak lagu pula tu. Aku rasa tahun lepas Stacy juga kan? Ke aku salah? Bosan la, kenapa Stacy? Dia duta AJL ke? 

Jangan salah sangka ye aku bukan benci Stacy, cuma macam terfikir dah boleh tukar kot buat benda lain atau gantikan dengan artis lain. 


Tapi masa umumkan nak tunjuk trophy dan baju rekaan Rizman Ruzaimi tu rasa macam lawak bila Nasha Aziz buat pose yang macam terlentik sangat. Aku ingat dia nak buat lawak rupanya memang itu aksi dia. Dah hampir nak jatuh aku tengok. 

Rasa macam krik krik bila Hazama buat persembahan. Dia pakai baju hitam, tapi seluar pendek macam orang main bola tu. Lepas tu pakai lense warna biru avatar. Memang biru habis mata. Dah macam tema makhluk asing dan angkasa lepas je. 

Itu je kot yang melekat kat otak bila sebut AJL32. Ramalan aku lagu Ara Johari menang, tak pun Wani Hasrita. Tapi performance Wani kureng aku rasa malam tadi. Macam dia lebih focus kepada lakonan atas pentas tu pulak. 

Bawah ni adalah senarai pemenang. Bagi aku Lagu Azmi layak menang tapi dah rezeki Hael. Lagu Jampi memang favourite kami anak beranak. 


JUARA: Hael Husaini (Jampi)
NAIB JUARA: Azmi Caliph Busker  (Sejati)
TEMPAT KETIGA: Haqieum Rusli ( Tergantung Sepi)
VOKAL TERBAIK: Syamel & Ernie Zakri ( Aku Cinta)
PERSEMBAHAN TERBAIK: Altimet (Amboi)


Kalah menang adat pertandingan. Semoga industri terus bijak memilih lagu dan lirik yang berkualiti. Mujur lagu Sajat dan Alif Syukri tak masuk bertanding. Kalau masuk dan menang boleh demam satu Malaysia. Jangan marah peminat Sajat ye. 

3 comments:

  1. sha xtgk sgt haha..ntala makin mnyerlah industri seni kita..hihi

    ReplyDelete
  2. bestnyaaa leh tengok AJL. kite tak sempat tgok dah krohhh kroohh. hehe

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.