Original Miniature Perfumes Enrose Collection

Original Miniature Perfumes dari Enrose Collection by Mawar

Perhatian kepada mereka yang sukakan benda kiut miut dan wangi WAJIB baca sampai habis.
Akak nak kenalkan Original Miniature Perfumes (dab on) - For HER/HIM khas dari Enrose Collection by Mawar yang didatangkan dalam size yang super duper senang nak bawa ke mana-mana terutama nak pergi travel. Korang kena ada perfume ni atleast satu sebab senang je nak campak dalam handbag.

Selalu perempuan lah ada masalah nak pilih perfumes apa nak pakai, sebab siapa yang sejenis perangai macam akak kena tengok mood dan hari nak pakai bau yang mana satu. Complicated sungguh. Tak kan nak bawa semua perfume besar gajah sumbat dalam beg kan?


Perfumes Panas


Kelebihan Miniature Perfumes

Kenapa kena pilih Miniatures perfume ni?

🌷Miniatures are loved by everyone
🌷Are best for traveling since you can simply carry them by the pocket or place it in your purse easily
🌷On standard usage, it may last up to 60 days
🌷Miniature is original & authentic made by the same original manufacturer in miniature size
🌷It retains the looks and shapes of the original standard size perfume but in a smaller form

Harga Miniature Perfumes


Harga mampu milik dan pastinya ORIGINAL ya, bukan inspired by. Paham kan beza dua tu?

Price range between RM40 to RM55 (exclude postage)
Postage rate --> SM: RM8.30 / SS: RM12.50
Postage time --> Every MONDAY and THURSDAY

Selain dari beli dan pakai untuk kegunaan diri sendiri, perfumes ni juga sesuai dijadikan hadiah untuk yang tersayang. Nak tahu lebih lagi or nak beli boleh contact or follow je facebook dan Instagram Enrose Collection by Mawar. Detail semua ada kat bawah.


Perfumes Panas

Siapa kami?

🌷We are 100% trusted seller
🌷All miniature perfumes are guaranteed to be 100% ORIGINAL or MONEY BACK GUARANTEE!
🌷Shop with confidence
Jom visit FB: Enrose Collection by Mawar/ IG: @enrose_collectionbymawar untuk original miniature perfumes yang cute-miut

🌷 To order --> 017-6188648 (Whatsapp only)


Oh ya Mawar ada mentioned Wangian paling hot untuk Wanita ialah: Chloe Fleur de Parfum, Marc Jacobs Daisy Dream, DKNY be delicious, Coach for women and Laph Lauren Midnight Romance 

Dan untuk lelaki pula adalah CK one n Polo. 


Perfumes Panas

So cepat-cepat contact Kak Mawar ok.


Tutorial Semak SEO & Performance Blog

Kalau namanya seorang blogger mesti pernah dengar tentang SEO kan? kenapa dengan SEO? Penting sangat ke? 

SEO adalah singkatan bagi satu terma teknologi maklumat iaitu Search Engine Optimization. Untuk huraian lebih panjang boleh la Google maksud dan kepentingan SEO.

Apa aku kongsi hari ini adalah berdasarkan kefahaman aku dan kalau salah minta tolong tunjukkan. Aku masih hijau dalam dunia blogging.

Tutorial Semak SEO & Performance Blog

Secara mudahnya blog yang mesra SEO akan mudah dijumpai apabila pengguna membuat carian kata kunci di Google. 

Contoh kalau cari tentang resepi buat kek, blog kita akan tersenarai dan berada paling atas sekali dalam senarai pencarian. Seronok kan?


Check SEO & Performance Blog


Sebenarnya ada banyak SEO Tools yang berbayar dan percuma yang boleh kita guna untuk tengok performance blog kita, aku guna Website Grader seperti yang dicadangkan oleh Nurrul dalam Tutorial yang dia kongsi ni Tutorial Blog Mesra SEO by Nurrul 

So Tools ni semua la akan rekomen kelemahan blog kita. Untuk semak performance blog rodiahamir aku guna Website Grader



Website Grader akan bagitahu how strong is our website dan generate Result kepada 5 aspek iaitu:

~ Overall result ~ Performance ~ Mobile ~ SEO ~ Security

Check SEO & Performance Blog

Untuk overall result, blog rodiahamir is not too shabby dan website grader akan bagi suggestion how to improve of each aspect ok. 

Ada score yang dia provide so boleh la start gali ilmu dan baiki blog sendiri. 74/100 tak la teruk sangat kan? ok ni sedapkan hati je. Lol. 

Oh setiap kali tukar template blog pasti aku akan rujuk checklist tukar template 

 ~ Performance ~

Page Size aku 3.8MB, dan dia recommend untuk optimal performance adalah page size bawah 3MB.  Sebab the heavier the site page, the slower the load. Begitu.

Page Request paling kronik sekali untuk blog aku ni, so kena fokus part ni nanti. Pun tak berapa nak paham. 
The more HTTP requests your website makes, the slower it becomes. Combine files to minimize the number of requests made.

Page Speed Best-in-class webpages should load within 3 seconds. Aku punya current adalah dua kali ganda. ok tepuk dahi. 


Check SEO & Performance Blog


~ Mobile ~

Check SEO & Performance Blog

Check SEO & Performance Blog

 ~ SEO ~ 

Blog aku pun tak full score untuk SEO so kena la cari punca dan cuba naikkan score tu. Kena focus on META Description dan juga Headings. 

Check SEO & Performance Blog

~ Security ~

Check SEO & Performance Blog

Kesimpulannya Website Grader akan cadangkan kita untuk kita baik pulih untuk setiap aspect tadi. Oleh sebab blog aku full mark untuk mobile dan security so aku kena tengok bahagian Performance dan juga SEO untuk jadikan blog aku mesra SEO. 


Check SEO & Performance Blog


Harap entry kali ni membantu dan aku izinkan untuk kongsi entry ni cuma minta jasa baik anda dan jangan lupa kasik credit/ letak link blog aku ya.  

Keputusan AJL32 Tahniah Hael Husaini

Keputusan AJL32 Tahniah Hael Husaini


Habis sudah AJL32. Tahun ni host dia best so tak bosan la nak tengok. Si Sherry AlHadad dengan Alif Satar. 

Tapi aku still tertidur awal lepas habis je persembahan Hael Husaini. Terjaga sekejap masa persembahan Ernie dengan Syamel. 

Opening tahun ni dipersembahkan oleh Stacy. Banyak lagu pula tu. Aku rasa tahun lepas Stacy juga kan? Ke aku salah? Bosan la, kenapa Stacy? Dia duta AJL ke? 

Jangan salah sangka ye aku bukan benci Stacy, cuma macam terfikir dah boleh tukar kot buat benda lain atau gantikan dengan artis lain. 


Cara Merawat Anak Prolong Jaundice

Prolong Jaundice adalah antara perkara kritikal dan boleh sebabkan ibu bapa berada dalam tekanan sebab kena buat keputusan yang terbaik untuk anak. 

Bagi ibu bapa yang pertama kali berada dalam situasi ni aku harap korang lapang dada. Akan ada situasi buat kita berada di hujung tanduk, sebab salah langkah nyawa anak jadi taruhan.

Masa genting ini lah kewarasan ibu bapa menjadi taruhan. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku dan suami baru je lalui pengalaman menakutkan tu. 


Cara Merawat Anak Prolong Jaundice

Hati akan berbelah bahagi apabila terdapatnya tekanan dari orang sekeliling yang asyik sarankan pelbagai cara untuk dicuba. 

Kita risau akan memudaratkan kesihatan bayi tapi dalam masa yang sama nak bayi kita segera sembuh. 



Pengalaman Anak Prolong Jaundice

Kena fikir dari sudut positive yang mereka mengambil berat dan sayangkan kita. Bermula saat ibu mengandung dengan ujian  alahan, check-up kesihatan sehinggalah saat bayi dilahirkan. 

Masih ada lagi perkara yang perlu ibu bapa siapkan diri iaitu tahap kesihatan anak dan biasanya bayi dikaitkan dengan Jaundice ataupun kuning.

Berkongsi pengalaman aku sendiri untuk anak ketiga, pertama kalinya aku mengenal apa itu Prolong Jaundice. Anak pertama dan kedua kena juga Jaundice tapi tak dikategori sebagai Prolong. 

Perkara baru dan pengalaman baru. jadi aku nak kongsikan apa perlu di buat kalau hadapi masalah yang sama.


Apa perlu buat bila anak prolong Jaundice?


1. Rujuk di Klinik Kesihatan dan ikut cakap doctor yang merawat. Banyakkan membaca mengenai Prolong Jaundice. 

2. Susukan anak sekerap mungkin (sejam sekali, dan paling lewat ialah dua jam) dan pastikan anak kerap buang air besar. Semakin kerap membuang semakin cepat kuning hilang.

3. Elakkan makan Lada hitam, kunyit, halia, jamu, air akar kayu dan sebagainya sehingga anak betul-betul bebas kuning. Emak aku kata semua bahan tu bersifat 'panas'. 

4. Jangan berikan bayi makanan lain selain dari susu ibu. Ada berlaku kes yang membahayakan kesihatan bayi apabila diberi makanan selain dari susu ibu.  Susu ibu adalah yang terbaik. 

Kalau nak juga ikhtiar menggunakan kaedah alternatif seeloknya hanya ibu yang minum atau makan. Aku hanya amalkan susu kambing yang aku minum dan kerapkan susukan baby.

5. Mandikan anak dengan air rebusan daun kucai, ubat kuning (serbuk herba) yang dibeli dari kedai ubat cina, air rebusan kundur, air rendaman agar-agar. 

Aku cuba serbuk herba Cina tapi tak serasi jadi aku mandikan dengan air rebusan Kucai. Alhamdulillah turun kuningnya. Tak tahu apa kaitan tapi selagi bukan bayi kena minum/makan aku sanggup cuba. 

6. Selepas usia bayi 14 hari dan bacaan kuning masih lagi di atas 100 bayi akan di rujuk ke hospital besar untuk pemeriksaan darah dan air kencin. 

Ini untuk pastikan hati, buah pinggang dan lain-lain bebas dari penyakit berbahaya. Sila ikut cakap doctor dan jangan teragak-agak supaya apa jua penyakit dapat dikawal dari awal.

7. Tabahkan hati dan kuat demi bayi. Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Sayur, buah, susu kena ambil dalam setiap hidangan.

8. Jangan putus doa dan sentiasa positif. Dapatkan sokongan suami dan ahli keluarga terdekat.

Itu sahaja yang dapat aku kongsikan. Semoga perkongsian yang tak seberapa ni membantu ibu bapa kat luar sana.