Fabric Perfume Serbaguna Bloomer Queen

Dulu masa bujang pernah juga la hantar baju ke dobi bila sibuk sangat dan tak ada masa nak membasuh. Sebenarnya pemalas lol. 

Lagi satu masa musim hujan. Bila kain baju tak kering mula la berbau kepam. Tak lalu ok. tahu kepam? Ala bau hapak tu.

Fabric Perfume Serbaguna Bloomer Queen 

Paling syiok bila cium bau baju yang lepas dobi basuh lepas tu lipat comel-comel. Terharu sangat. Feeling anak orang kaya macam drama TV3 pukul 7 tu. 

Scene baju dibasuh oleh orang gaji. hahhahah ok berangan. Ha dapat bayangkan tak wangi baju tu macamana? Akak suka ok, ketagih.


Perfume bloomer


Beli Bloomer Queen Dari Trusted Seller 

Tapi sekarang dah bekeluarga dengan anak tiga sila la simpan impian hantar ke dobi. Koyak poket suami nak membayornya. Nak jimat kan? so kena la bijak basuh sendiri. 

Lepas tu kalau nak feeling bau dobi yang dirindui, kak Diah cadangkan guna Bloomer Queen – Fabric Perfume ni. Confirm terjatuh hati dengan bau dia.

Bestnya Bloomer Queen ni selain menghilangkan bau tidak enak, bau dia juga tahan lama tau dan anda akan berasa segar sepanjang hari. 

Jangan ragu-ragu dengan kandungan yang terdapat di dalam fabric perfume ni sebab ianya dijamin Halal dan merupakan produk Bumiputera. Dengan harga hanya RM18 sebotol (500ml) boleh lah dapatkan dari Kak Ada

Trusted Seller Bloomer Queen
Sila Whatsapp Segera
~ Kak Ada 012-5393985 ~


Yang paling best product ni serbaguna..semua tempat bole sembur tau.

FABRIC PERFUME dirumus khas untuk:

🏵 Untuk Wangian Toto / Cadar / Comforter / Blanket
🏵 Untuk Wangian Carpet / Sejadah
🏵 Untuk Wangian Sofa
🏵 Untuk Wangian Langsir
🏵 Untuk Wangian Baju (bg menghilangkan bau hapak/ lembap)
🏵 Untuk Wangian Baju2 / Tudung / Selendang / Telekong
🏵 Untuk Wangian Kasut (bg menghilangkan bau kepam)
🏵 Untuk Wangian Kusyen Kereta
🏵 Untuk Wangian Bilik Tidur / Ruang Tamu

Agak-agak perfume badan dan habis kau sembur jela Bloomer Queen ni. Wangi jugak. Lol.


Tips Menulis dari Hati

Tips Menulis dari Hati

Pernah dengar kan orang kata dari mata turun ke hati? Kalau membaca pula macamana ya? Dari mata ke otak turun ke hati la agaknya. Sebab kena lalu otak untuk proses, nak tentukan fakta atau auta kemudian baru melekat kat hati. Itu pun kalau memberi kesan la. Kalau tak, babai je la.

Kebiasaan kalau content yang menyentuh hati orang yang membaca ni (selain ikhlas, letakkan jiwa dan usaha) bila apa yang dikongsi tu kebetulannya pernah dilalui oleh orang yang membaca dan gaya penulisan tu ikhlas, santai tapi sampai. Ha begitu, dah macam pakar motivasi ya. 

Pokok Chrismast


Bagi aku, Tips atau Benda penting bila nak menulis ni sebenarnya kita perlu letakkan komitmen untuk setiap apa yang kita tulis. Bahasa mudahnya; letakkan usaha untuk setiap apa yang kita kongsi. Contohnya; kalau kita kongsi resepi, selain gambar yang kita tangkap tu cantik (lepas berjuta kali edit) kita juga kongsi rahsia lain yang menjadikan resepi kita lebih sedap dari biasa. Eh macam berbelit kan penerangan aku. Harap tak pening baca.

Yelah, cuba bandingkan kalau kita sekadar tempek je resepi dan dengan ayat yang kaku tapi tak letak jiwa dalam penulisan. Tak ada usaha nak cantikkan gambar makanan yang dah jadi. Mesti hambar kan? Ada beza tau. Aku ada follow satu blogger ni, berusia dari aku semestinya; dia suka berkongsi resepi, gambar pun tak la se cantik gambar professional photographer tapi sebab dia letak jiwa/soul dia dalam entry tu buat aku tertarik nak baca dan cuba resepi dia kongsi.  Kan ada beza tu.

Jadi untuk entry aku kali ni dan seterusnya aku cuba untuk baiki dan semestinya apa aku buat bukan untuk orang lain tapi nak puaskan hati sendiri. Yang mana baik ambillah jadikan tauladan yang tak elok jadikan sempadan yo.

Tutorial Compress Picture Online

Kalau hari tu dah bebel tentang SEO dan Performance blog kali ni nak kongsi pula tentang website online untuk meng ‘compress’ kan gambar-gambar yang di upload di website/blog korang.

Tanpa menjejaskan kualiti/pixel gambar. Gambar akan maintain cantik dan tak pecah. BACA SINI ~ Semak SEO dan Performance Blog

Kenapa penting ke compress gambar ni?

Ala malas la kak nak compress bagai baik upload je terus. Leceh la. Ok jawapan akak terpulang kat korang ya, blog korang. Yang berat nak loading blog korang.


compress gambar


Wajib Ke Compress Gambar?


Salah satu sebab utama kenapa kena compress atau kecik kan gambar yang diupload adalah supaya page speed nak loading tu tak lama. 

Berat blog pun cun so tak la orang menyampah nak tunggu page korang keluar. Ha begitu. Akak pun tak pandai sangat nak explain detail dan korang boleh refer kepada yang pakar ya.

Oh ye, nak compress bukan hanya untuk upload dekat blog and website tapi kalau nak send file bergambar atau masukkan gambar dalam resume pun perlu compresskan mengikut kesesuaian. So amat berguna.


Senarai Website Compress Gambar

Dua website yang jadi favourite akak sekarang adalah si Panda dan io Compress. Dua-dua ni tak perlu register dan paling penting dia free untuk digunakan. T
ak perlu tutorial untuk guna, just upload gambar yang korang nak dan tunggu selesai compress boleh la download dan save.

Untuk compress picture Guna si Panda tekan sini Tiny si Panda
Untuk compress picture Guna si Io Compress tekan sini io Compressor

Itu sahaja untuk perkongsian kali ni. Moga bermanfaat.

Original Miniature Perfumes Enrose Collection

Original Miniature Perfumes dari Enrose Collection by Mawar

Perhatian kepada mereka yang sukakan benda kiut miut dan wangi WAJIB baca sampai habis.
Akak nak kenalkan Original Miniature Perfumes (dab on) - For HER/HIM khas dari Enrose Collection by Mawar yang didatangkan dalam size yang super duper senang nak bawa ke mana-mana terutama nak pergi travel. Korang kena ada perfume ni atleast satu sebab senang je nak campak dalam handbag.

Selalu perempuan lah ada masalah nak pilih perfumes apa nak pakai, sebab siapa yang sejenis perangai macam akak kena tengok mood dan hari nak pakai bau yang mana satu. Complicated sungguh. Tak kan nak bawa semua perfume besar gajah sumbat dalam beg kan?


Perfumes Panas


Kelebihan Miniature Perfumes

Kenapa kena pilih Miniatures perfume ni?

🌷Miniatures are loved by everyone
🌷Are best for traveling since you can simply carry them by the pocket or place it in your purse easily
🌷On standard usage, it may last up to 60 days
🌷Miniature is original & authentic made by the same original manufacturer in miniature size
🌷It retains the looks and shapes of the original standard size perfume but in a smaller form

Harga Miniature Perfumes


Harga mampu milik dan pastinya ORIGINAL ya, bukan inspired by. Paham kan beza dua tu?

Price range between RM40 to RM55 (exclude postage)
Postage rate --> SM: RM8.30 / SS: RM12.50
Postage time --> Every MONDAY and THURSDAY

Selain dari beli dan pakai untuk kegunaan diri sendiri, perfumes ni juga sesuai dijadikan hadiah untuk yang tersayang. Nak tahu lebih lagi or nak beli boleh contact or follow je facebook dan Instagram Enrose Collection by Mawar. Detail semua ada kat bawah.


Perfumes Panas

Siapa kami?

🌷We are 100% trusted seller
🌷All miniature perfumes are guaranteed to be 100% ORIGINAL or MONEY BACK GUARANTEE!
🌷Shop with confidence
Jom visit FB: Enrose Collection by Mawar/ IG: @enrose_collectionbymawar untuk original miniature perfumes yang cute-miut

🌷 To order --> 017-6188648 (Whatsapp only)


Oh ya Mawar ada mentioned Wangian paling hot untuk Wanita ialah: Chloe Fleur de Parfum, Marc Jacobs Daisy Dream, DKNY be delicious, Coach for women and Laph Lauren Midnight Romance 

Dan untuk lelaki pula adalah CK one n Polo. 


Perfumes Panas

So cepat-cepat contact Kak Mawar ok.