Burger Ayam Mexicana McDonald

Burger Ayam Mexicana McDonald

 McDonald’s Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan menu kedua sempena Kempen Discover the World iaitu Burger Ayam Mexicana selepas menu pertamanya iaitu Burger Rio yang diperkenalkan bulan lalu. Diah dah rasa burger Rio Daging, sedap tapi pedas sampai meleleh air mata. Sos dia serius unik rasa.

Kepingan ayam rangup bersaiz besar ini dilimpahi dengan mayonis tomato istimewa dan sos jalapeno untuk rasa yang sedikit pedas seumpama hidangan tradisional Mexico. Burger Ayam Mexicana ini juga ditambah dengan campuran lada benggala merah, salad, tomato dan keju cheddar putih. 

Disertakan dengan ban lembut, hidangan ini semestinya membawakan citarasa hebat kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Kempen tahunan Discover the World seringkali mengetengahkan keunikan rasa dan budaya berbeza dari seluruh dunia untuk penggemar hidangan McDonald’s di Malaysia. Rakyat Malaysia yang menantikan tawaran menu istimewa McDonald’s pastinya tidak akan kecewa dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana ini.

Menu baru McDonald’s Mexicana Chicken Burger




Burger Ayam Mexicana boleh didapati dengan harga RM15.95 untuk set medium dan RM12.50 untuk ala carte.

Menerusi Kempen Discover the World McDonald’s Malaysia membawakan citarasa unik dari negara luar untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia. Kempen Discover the World juga membolehkan McDonald’s memperkenalkan pelbagai citarasa antarabangsa ke restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara,”

Tidak kira menu sedia ada atau baharu, McDonald’s amat mementingkan kualiti penyediaan makanan dari awal hingga akhir – bermula dari ladang kepada pembekal, sehinggalah ke dapur dan akhirnya kepada pelanggan. 

McDonald’s percaya bahawa makanan yang baik bukan pada rasanya sahaja. Selain kenikmatan yang dirasai semasa memakan hidangan McDonald’s, pelanggan juga diberi jaminan bahawa setiap hidangan disediakan segar dengan bahan-bahan berkualiti, dan mematuhi piawaian Halal dan standard kebersihan makanan yang ketat.

Selain Burger Ayam Mexicana, McDonald’s turut memperkenalkan buat pertama kalinya hidangan pencuci mulut dengan dua jenis inti – Pai Kastard Strawberi (Strawberry Custard Pie), pai rangup berinti strawberi dan kastard berkrim. Pai Kastad Strawberi (Strawberry Custard Pie) ini boleh didapati dengan harga RM3.30.

menu baru McDonald’s Strawberry Custard Pie
McDonald’s Strawberry Custard Pie 


Selain itu, McDonald’s juga membawakan kembali hidangan pencuci mulut Strawberry Cone. Ia boleh dinikmati oleh semua penggemar aiskrim sundae strawberi dan juga mereka yang ingin merasai perisa aiskrim sundae selain vanilla dan coklat. Pai Kastard Strawberry (Strawberry Custard Pie) dan Strawberry Cone pastinya memberi kepuasan kepada penggemar hidangan pencuci mulut yang inginkan kelainan.


McDonald's Strawberry Fiesta
Pendek kata McDonald’s menawarkan hidangan menarik selera dan juga mata rakyat Malaysia. Pilihan bijak bila McDonald’s ni selalu tukar-tukar menu dan perisa untuk ice cream cone dia. Tak sabar nak rasa Strawberry Custard Pie tu. Untuk kaki makan memang kena cuba la. Apa pun jaga pengambilan gula. Nanti banyak kan minum air masak dan bersenam ok? 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Discover the World oleh McDonald’s Malaysia, sila layari Website McDonald Malaysia. 



Wow, bestnya Hotel Concorde!

Wow, bestnya Hotel Concorde!

Korang terfikir nak merancang percutian menarik dalam negara?. Bagi yang nak rasa ala-ala eksotik dan yang gemar gaya mewah, pilih je Concorde Hotel kat Shah Alam, Selangor. 

Hotel ni sudah memenangi banyak anugerah dan terletak di tengah-tengah bandaraya Shah Alam, Hotel Perniagaan yang berkelas antarabangsa lagi mewah gitu berdekatan pulak dengan bandaraya yang bersistematik. 

Jom ke Hotel Concorde Shah Alam



Bagi majoriti yang beragama Islam, tak perlu risau dan pening-pening sangat nak tempat untuk menunaikan ibadah yang tak jauh dari Masjid Biru yang telah tersedia dan berdekatan dengan 4 lapangan golf bertaraf dunia tau, jadi kalau nak beriadah dan bersukan kat area itu pun sesuailah. 

Lokasi Hotel Concorde

Perjalanan 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Concorde Hotel Shah Alam mempunyai 381 bilik dengan suite.

Setiap biliknya pula dihias dengan elegan menawarkan pelbagai kemudahan moden untuk memastikan pengunjungnya menginap secara santai, termasuk penghawa dingin penuh dan akses Wi-Fi percuma. 


Masjid Biru dekat dengan Hotel Concorde


Untuk keseronokan makan pulak, nikmati aroma dan perisa masakan yang berbeza dari lima kedai makanan dan minuman yang unik dan sedap. 

Concorde Hotel Shah Alam adalah satu-satunya hotel di bandaraya dengan bangganya memperoleh tiga sijil HALAL untuk dapurnya (Pastry, Melting Pot Café & Main Kitchen). Pasti pengalaman penginapan percutian tidak akan dapat dilupakan. Ingat bercuti Ingat Concorde eh.

Sikit lagi berkenaan Concorde Hotel Shah Alam, hotel ini menyediakan penginapan yang luas dan selesa di Selangor, dalam jarak 10 minit drive dari Sunway Lagoon Theme Park. Untuk sesiapa yang minat atau cintakan membeli-belah yang kerap kali ada sale, tempatnya adalah kat Sunway Pyramid.

Tak menang tangan dan kaki koranglah kalau bershopping kat pasaraya terbesar di Malaysia tu. 


Shopping di Sunway Pyramid Mall


Tarikan Hotel Concorde

Dengan menawarkan 6 restoran (Pavilion Terrace, Xin Cuisine, Raku Japanese dan lain-lain) yang terbaik selain beroperasi 24 jam, kolam renang terbuka dan perkhidmatan ulang-alik kenderaan secara percuma ke beberapa pusat membeli-belah. 

Tambahan tempat letak kenderaan bawah tanah dan lobi disediakan dengan berbayar mengikut masa. Bilik-bilik kat Hotel Concorde ini pulak dilengkapi dengan pemandangan ke Blue Mosque atau Tab kolam hotel. 

Setiap bilik juga turut tersedia dengan TV, peti deposit keselamatan dan bar mini. Wifi berkelajuan tinggi juga boleh dinikmati dengan bayaran. 

Bila perut dah berbunyi kelaparan, lagi sekali korang tak perlulah risau pening-pening stress berfikir sebabnya Melting Pot Café ada menawarkan hidangan bufet dengan kepakaran tempatan mahupun Barat. 

Restoran-restoran lain menyajikan makanan citarasa Asia, Cina dan Jepun. Banyak pilihan kan? 
Korang juga boleh layan Muzik secara langsung setiap malam kat Crossroads Bar yang tersedia ye. 

Kepada brother-brother dan kakak-kakak yang berbadan sado ataupun fit lah orang kata yang suka dan nak bersenam tu, jangan risau dan sedih sebab kat hotel ini ada jugak Pusat Kecergasan Sukan yang serba lengkap dan terbaik, tambahan pula kelas latihan yoga, litar larian, serta bilik sauna dengan wapnya sekali di sediakan. Fuhh merecik habis.  

Meja tempahan penginapan serta urusan, perkhidmatan concierge dan limusin disediakan untuk kemudahan tambahan kepada pelanggan. 

Concorde Hotel Shah Alam ni jarak anggaran masanya akan memakan masa 45 minit kalau korang driving dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. 
30 minit pulak kalau korang driving dari Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya Lembah Klang Utara.

Cerita balik Hotel berkelas perniagaan yang mewah ini, kedudukan strategik kat tengah-tengah bandar di seberang Masjid Biru Shah Alam. Traveller macam korang akan dapat akses mudah untuk pergi ke Taman Tema Sunway Lagoon dan beriadah kat Resort Golf Sultan Abdul Aziz Shah jugak. 

Concorde Hotel Shah Alam ini, sediakan jugak pengangkutan percuma secara berjadual ke beberapa lokasi setiap hari, menjadikannya mudah untuk dikunjungilah, memang berbaloi-baloi. 

Kalau nak bergerak ke Petaling Jaya atau ke Kuala Lumpur memang senang dari hotel ini. Makanan di hotel ini adalah yang terbaik yang korang akan rasakan, standard level dia lebih daripada lima restoran, korang boleh makan dan rasa pelbagai makanan. 

Concorde Hotel Shah Alam ini jugak tempat yang sesuai bagi sesiapa yang mahukan persekitaran yang glamor, suasana damai, dan lokasi yang strategik. 

Apa lagi, jom book hotel murah di Traveloka sekarang and selamat bercuti dan travel ye, beb!


*Credit gambar - Website Hotel Concorde Shah Alam
Google Image 

Cara Buat Keropok Lekor Menggunakan Mee Segera

Memang kalau makan tu dah jadi hobi maka kalau terjumpa resepi yang mudah dan sedap memang harus la Diah mencuba. 

Kali ni Diah cuba resepi keropok lekor yang dibuat dengan menggunakan mee segera. Amat mudah untuk disediakan. Bahan-bahan yang digunakan pun memang dah ada di dapur. 

Dari segi bentuk, kekenyalan memang menyerupai keropok lekor tapi rasa ikan memang tiada sebab tidak melibatkan mana-mana ikan. 


Cara Buat Keropok Lekor Perisa Ayam Guna Mi Segera  

Resepi asal menggunakan perencah mee segera tu, tapi resepi Diah cuba ni Diah masukkan serbuk pati ayam knorr. 

Jadi terhasil lah keropok lekor perisa ayam. Di cicah dengan sos keropok lekor yang dibeli masa berjalan ke Terengganu dulu, memang terasa macam makan keropok lekor Terengganu. 


Keropok Lekor Mee Segera




Resepi keropok Lekor Perisa Ayam

Untuk resepi ni boleh dapat dalam sepinggan besar keropok dan boleh dimakan oleh tiga orang. Kalau tak cukup boleh ganda kan bahan-bahan. 

Bahan utama adalah satu paket mee segera tak kisah apa jenama, ikut selera tekak masing-masing, sebiji telur, tepung ubi dan tepung gandum. 

Diah gantikan serbuk perasa dengan serbuk ayam knorr dan tambah sedikit garam. 


Resepi Keropok Lekor Menggunakan Mee Segera


Masak mee segera sehingga lembut dan toskan. Masukkan mee segera, telur, bahan perasa dan kisar sehingga hancur. 

Tuang ke dalam mangkuk dan masuk kan 8 sudu tepung ubi dan 3 sudu tepung gandum. Masuk kan sedikit demi sedikit sehingga adunan berjaya di uli menjadi doh. 

Tambah kedua-dua tepung jika perlu. Bentukkan mengikut kesukaan dan rebus dalam air yang mendidih. Biarkan seketika sehingga doh tadi timbul. 

Angkat dan tos dan biarkan sehingga sejuk. Potong doh menjadi ketulan kecil dan goreng sehingga keperangan. Keropok yang siap di uli.



Keropok lekor


Keropok lekor ni sesuai di makan pada waktu petang atau pun sarapan pagi. Makan masa panas-panas memang tak sedar habis sepinggan. 

Suami dan anak-anak suka kan nya. Boleh jadi hidangan bila malas nak masak. Selamat mencuba. 

Resepi Kerabu Tomato Sardin dari Puan Zeeda Aziz

Terjumpa resepi kerabu tomato sardin yang dikongsi oleh Puan Zeeda Aziz di Facebook. Memang kena betul la dengan tekak Diah. 

Ada sardin, sayur-sayuran, dan rasa masam-masam pedas macam tu. Membangkitkan selera. Bayangkan kerabu tomato sardin ni pun dah kecur air liur. 

Sebelum ni pernah jumpa kerabu perut dan kerabu kaki ayam je, ini sardin pula di jadikan kerabu, memang lain dari kebiasaan. 


Resepi Kerabu Tomato Sardin dari Puan Zeeda Aziz

Nak buat pun senang kerabu tomato sardin ni. Jom lah cuba. Berikut antara bahan-bahan dan cara nak buat Kerabu Tomato Sardin dari Puan Zeeda Aziz. 

Kerabu Tomato Sardin


Kerabu Tomato Sardin

Bahan-bahan:

Sardin dalam tin (ambil ikan sahaja tanpa sos. Seketul ikan mencukupi. Tumis jika kamu ada alahan pada sardin belum masak)
2 biji tomato besar
6 biji tomato ceri
Bawang besar
Cili burung
Limau Nipis
Daun Selom
Bunga Kantan 
Gula
Garam

Sardin dilecek dan digaul dulu dengan asam limau. Gabungkan semua bahan. Hidang.
Kalau ada kacang panjang, daun ulam-ulaman lain, boleh gaulkan sekali.
Sedap dimakan dengan nasi panas. 

Masa artikel ni di tulis berita tentang sardin mengandungi cacing masih belum terbongkar. Masa tu masih selamat nak makan sardin. 

Lepas kecoh berita 6 jenama sardin yang ada cacing tu terus berhenti sekejap niat nak makan sardin. Kali ni selera tu datang semula. Cuma nak kena cari jenama sardin yang bebas cacing atau buat sardin sendiri la lepas ni. 

Selamat mencuba!