Resepi Kerabu Tomato Sardin dari Puan Zeeda Aziz

Terjumpa resepi kerabu tomato sardin yang dikongsi oleh Puan Zeeda Aziz di Facebook. Memang kena betul la dengan tekak Diah. Ada sardin, sayur-sayuran, dan rasa masam-masam pedas macam tu. Membangkitkan selera. Bayangkan kerabu tomato sardin ni pun dah kecur air liur. 

Sebelum ni pernah jumpa kerabu perut dan kerabu kaki ayam je, ini sardin pula di jadikan kerabu, memang lain dari kebiasaan. Nak buat pun senang kerabu tomato sardin ni. Jom lah cuba. Berikut antara bahan-bahan dan cara nak buat Kerabu Tomato Sardin dari Puan Zeeda Aziz. 

Kerabu Tomato Sardin
Resepi Kerabu Tomato Sardin

Kerabu Tomato Sardin

Bahan-bahan:

Sardin dalam tin (ambil ikan sahaja tanpa sos. Seketul ikan mencukupi. Tumis jika kamu ada alahan pada sardin belum masak)
2 biji tomato besar
6 biji tomato ceri
Bawang besar
Cili burung
Limau Nipis
Daun Selom
Bunga Kantan 
Gula
Garam

Sardin dilecek dan digaul dulu dengan asam limau. Gabungkan semua bahan. Hidang.
Kalau ada kacang panjang, daun ulam-ulaman lain, boleh gaulkan sekali.
Sedap dimakan dengan nasi panas. 

Masa artikel ni di tulis berita tentang sardin mengandungi cacing masih belum terbongkar. Masa tu masih selamat nak makan sardin. Lepas kecoh berita 6 jenama sardin yang ada cacing tu terus berhenti sekejap niat nak makan sardin. Kali ni selera tu datang semula. Cuma nak kena cari jenama sardin yang bebas cacing atau buat sardin sendiri la lepas ni. 

Selamat mencuba!

1 comment:

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.