Resepi Kek Coklat Kukus Lembap Sukatan Cawan

Baru berkesempatan berkongsi resepi kek coklat kukus sukatan cawan ni dekat blog. Yang teringin macam Diah kena cuba buat sebab kalau ikut resepi kek coklat kukus ni hanya ambil masa 30 minit sahaja dan boleh di makan. 

Kalau nak meniaga kek coklat pun boleh guna resepi ni juga sebab ringkas dan bahan-bahan dia pun murah. 

Resepi Kek Coklat Kukus Lembap Sukatan Cawan


Apa yang seronoknya nak buat kek coklat ni tak perlu guna blender tapi hanya perlu menggunakan whisk atau senduk sahaja.



Kek Coklat Kukus mudah


Kek Coklat Kukus Lembap Sukatan Cawan

Sebelum ni Diah pernah cuba buat resepi kek coklat tapi versi bakar, dan Diah lebih suka kan kek coklat yang versi kukus sebab kek jadi lebih lembut. 

Lagi satu, kalau kek Diah memang prefer kek yang letak minyak dan bukan butter. Lain woo rasa dia. Tapi terpulang ikut selera masing-masing ya.


Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

Bahan-bahan Kek Coklat Kukus

1 cawan tepung gandum
1 cawan minyak
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu baking powder
1 sudu baking soda
1 sudu essence vanila

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan


Campur minyak, serbuk koko dan tepung gandum dan kacau sampai sebati menggunakan guna whisk atau senduk. Kemudian masuk kan Baking soda dan juga baking powder. Kacau lagi.



Seterusnya masuk kan susu cair dan juga essence vanila dan teruskan kacau supaya sebati.


Selepas sebati dan adunan tidak berketul, masuk kan pula telur dan juga gula dan kacau lagi sehingga betul-betul sebati. 



Diah guna kan bekas plastik dadih yang bersaiz kecil tu dan untuk satu adunan kek kukus ni boleh dapat dalam 17 bekas. Tuang adunan hanya separuh atau suku sahaja kalau nak letak topping. 

Kek ni akan kembang dengan jayanya. Kukus kek dalam anggaran 20 minit. Siap. 




Tips Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

  • Tuang adunan separuh je sebab nanti kek akan naik.
  • Diah letak susu pekat dan gula separuh cawan sahaja dan kek rasa pahit-pahit coklat tapi masih sedap. 
  • Nak kukus pasti kan air telah mendidih baru letak kan pengukus. Kukus dengan api sederhana. 



Kesimpulan

Kongsi resepi kek pun ada kesimpulan kau. Resepi kek coklat kukus sukatan cawan ni sesuai untuk beginner yang baru acah-acah nak belajar buat kek dan menjadi.

Lepas ni tak la panik kalau anak beritahu last minute kena bawa juadah untuk jamuan dekat sekolah. Terus buat kek coklat kukus sukatan cawan yang super moist ni. Nak nampak mewah tuang la coklat ganache atas kek. Confirm menawan. 

Selamat Mencuba.



Resepi Petola Goreng Garing ala Mamak

Petola ni salah satu sayur kegemaran Diah sekeluarga. Selalu beli petola mesti masak air tumis udang kering di masak bersama fucuk kering dan suun. 

Makan dengan nasi putih dan sambal kicap. Bertambah lah nasi. Sebab dah selalu sangat masak petola tumis air maka mencari lah menu lain yang berasaskan petola. 


Resepi Petola Goreng


Resepi Petola Goreng Garing ala Mamak


Selain masak tumis air, Diah suka masak Petola Goreng Garing ala Mamak. Kalau selalu makan dekat mamak mesti ada peria goreng atau petola goreng tepung garing tu kan? 

Sebab ter inspirasi dengan restoren mamak la maka terhasilnya Resepi Petola Goreng Garing ala Mamak ni. 

Masa mula-mula buat dulu selalu tak jadi rangup. Pelik jugak kenapa mamak tu buat rangup je. Lepas beberapa kali adjust baru la faham teknik nak maintain petola ni garing. 

Sebelum Diah dedahkan apa tips dia, Diah terangkan dulu resepi dia. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Petola Goreng Garing ala Mamak adalah seperti berikut. 

Hanya tiga bahan mudah iaitu, petola, tepung goreng Bestari dan sedikit air. Apa yang perlu dibuat hanyalah bancuhkan tepung goreng Bestari dengan sedikit air sejuk. 

Kemudian salutkan adunan tadi dengan petola yang di kupas kulitnya dan dihiris nipis. 



Tips Petola Goreng Garing ala Mamak


Tips penting di sini ialah, sebelum salutkan petola pastikan minyak yang digunakan untuk menggoreng betul-betul panas. 

Bila minyak dah betul-betul panas baru salutkan petola. Kalau salut kan petola terlalu awal, petola akan ber air dan hasilnya petola tidak akan garing. Ulang langkah yang sama sehingga siap.

Tips kedua ialah goreng dalam minyak yang panas dan api besar. Masa menggoreng jangan la sibuk nak membasuh kain atau tonton televisyen pula ya. 

In sha Allah kalau ikut tips yang Diah kongsi petola yang di goreng akan kekal garing. 

Untuk cadangan, Petola goreng garing ni sedap di makan dengan nasi beriani, kuah kari dan dalca. Lepas tu ada ayam goreng. Memang terbaik. 

Nak makan dengan nasi putih pun tiada masalah. In sha Allah kalau ada tips-tips lain yang menarik akan Diah kongsikan lagi nanti. 

Selamat mencuba. 

Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh

Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh 

Kami sempat jejak kan kaki ke Taman rekreasi Gunung Lang masa hari terakhir berada di Ipoh. Selepas selesai urusan check out di hotel M Boutiqe Ipoh, sebelum lunch ajak suami singgah sekejap untuk tangkap gambar nak jadikan kenangan. 

Kami sampai sekitar 1 tengahari dan masa tu barisan untuk naik bot dah panjang. Malas nak bersesak jadi kami hanya bersiar-siar di kawasan sekitar. Sekadar nak habiskan masa dan lokasi Taman rekreasi Gunung Lang ni memang tak jauh untuk ke lebuhraya balik KL. 


Bekas lombong Taman rekreasi Gunung Lang Ipoh


Lokasi Gunung Lang Ipoh 

Taman Rekreasi Gunung Lang ni terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman (dahulu Jalan Kuala Kangsar), dibuka pada Oktober 2000, meliputi kawasan seluas 30.35 hektar di mana 14.16 hektar terdiri daripada tasik, taman itu dibahagikan kepada dua bahagian. 

Ia dibangunkan di sekitar bukit batu kapur Gunung Lang dan Gunung Kamare yang indah.

Tarikan-tarikan utama Taman Rekreasi Gunung Lang adalah air terjun buatan manusia yang terletak di atas bukit batu kapur, jarak 2 km di atas menara pandang dan meninjau.

Terdapat juga kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak, tapak perkhemahan, zoo mini, bilik solat dan bilik air. Untuk sampai ke sana, seseorang perlu membayar RM3 (dewasa) / RM1.50 (Warga Emas) untuk menaiki bot dari jeti. (Sumber Pelancongan Ipoh). 


Taman rekreasi Gunung Lang Ipoh


Untuk mereka yang suka kan alam semulajadi, Taman rekreasi Gunung Lang adalah destinasi yang perlu ada dalam senarai bila datang ke Ipoh. Walaupun air terjun tu buatan manusia, tapi tetap cantik dan sesuai sangat dengan kawasan bukit batu kapur. 

Sila datang awal pagi dan untuk elak kan beratur panjang boleh rujuk waktu operasi bot. Tambang pun murah memang berebut la orang nak mencuba. 


Waktu Operasi Taman rekreasi Gunung Lang Ipoh


In sha Allah kalau kami ada rezeki untuk melawat Ipoh lagi di masa hadapan nak datang semula ke Taman rekreasi Gunung Lang ni dan cuba sendiri naik bot serta nak pergi ke semua list ikut itenary bercuti Ipoh.



Seronoknya Bercuti ke MAPS Ipoh

Serius memang seronok bawa anak-anak bercuti ke Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh ni. Memang berbaloi. 

Sebelum ni baca pengalaman yang datang ke sini dari tahun pembukaan sehingga lah kami sendiri rasai baru-baru ni memang banyak perubahan. 

Banyak penambah baikan yang MAPS buat dan ada zone yang dah dibuka macam Dream Zone dan penambahan Rumah Hantu. 

Seronoknya Bercuti ke MAPS Ipoh



Stage Center Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh

Panorama Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh


Harga Tiket Movie Animation Park Studios (MAPS)


Day Pass – RM 50 untuk semua peringkat umur sempena Promosi Malaysiaku Merdeka, 
Evening Pass  - RM35 untuk semua peringkat umur dan dibenarkan masuk bermula jam 5 petang sehingga jam 10 malam (untuk hari minggu dan cuti umum) 
Matta Fair 2018 – RM40 untuk semua peringkat umur bersempena Promosi Matta Fair 2018. 

Harga tiket pada hari biasa mencecah RM114. Semak la website MAPS untuk dapat harga promosi. Kami beli dengan Trip Murah Online je dah tak perlu susah payah mereka uruskan. 

Boleh baca senarai lokasi menarik di Ipoh boleh anda kunjungi bersama keluarga. 



Cafe Tok Aba MAPS



Waktu Operasi Animation Park Studios (MAPS)


Isnin sehingga Jumaat - 10:00 pagi - 6:00 Petang
Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah - 10:00 pagi – 10:00 malam


6 Tarikan Theme Zone di Movie Animation Park Studios (MAPS)

Ada 6 theme zone dalam MAPS ni perlu anda tahu iaitu Animation Square, Dream Zone, Blast Off Zone, Live Action Zone, Lakeside Zone, dan Fantasy Forest Zone


Boboiboy 4D Adventure Theatre MAPS



#1 Animation Square 

Masuk je dari pintu utama anda akan melalui zone Animation square iaitu kawasan tengah-tengah MAPS tu. Anda akan nampak Center Stage, Boboiboy 4D Adventure Theatre, Boboiboy Hero Akademi, dan Rumah Hantu. 

Boboiboy character dan persembahan brass band di adakan dekat Center Stage. Banyak waktu persembahan berubah dari yang di beritahu. 

Animation square juga tempat laluan paling cantik nak tangkap gambar. 

Peminat Boboiboy kena masuk Boboiboy 4D Adventure Theatre sebab serius best. Kerusi bergerak-gerak dan ada kesan khas lain serta sesuai untuk kanak-kanak yang boleh duduk sendiri. 

Rumah Hantu full house. Tak masuk sebab penakut. 



#2 Blast Off Zone 

Jika pandang ke kiri anda akan melalui StarShip Restaurant sebelum berjumpa dengan The Smurfs Theatre, The Smurfs Park. Sesuai untuk anak-anak kecil. 

Sedikit bosan untuk Diah yang tak minat kartun Smurf. Sepatutnya ada sesi beramah mesra dengan character Smurfs tapi di gantikan dengan persembahan tarian dari BBoy. 

Smurfs theater menceritakan Papa Smurfs buat tonik magik nak lawan penjahat. Ada pencerita dan kita macam tengok TV dekat rumah. Smurfs Park pula sesuai untuk anak-anak kecil untuk ride dalam tu. 


Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh


#3 Lakeside Zone 

Permainan ini sesuai untuk remaja belasan tahun ke atas yang berjiwa kental.  Hanya suami dan anak yang naik, 

Diah tak suka permainan yang boleh pening kan kepala. Anda boleh cuba Space x-plorers, Hyperspin, Astroid attack dan The Adventures Bumper Park.

Masa nak mencuba bumper car dekat The Adventures Bumper Park kena beratur panjang, jadi niat terpaksa di batalkan. Kalau anda sempat cuba la semuanya. 



Movie Animation Park Studios (MAPS) - Lake Side Zone


#4 Live Action Zone - Stunt Legends Arena

Ini adalah yang paling Diah nantikan. Hari kami pergi adalah hari paling ramai orang datang. 

Waktu tayangan adalah pukul 4.30 petang dan ulangan pada pukul 8.00 malam tapi bergantung pada cuaca. Kalau hujan memang tiada tayangan langsung. 


Tarikan Legends Stunt di MAPS Ipoh


Walaupun teruja nak tengok dan beratur panjang kalah tengok game bola dekat stadium Diah hanya mampu duduk 5 minit sahaja sebab kasihankan baby. 

Bunyi aksi yang bising dengan letupan, busuk dengan asap, dan bersesak. Tak sesuai untuk kanak-kanak bawah 2 tahun. Tapi serius seronok dengan aksi berani mereka. 



#5 Fantasy Forest Zone 

Tempat paling kami seronok sebab ia se akan fun fair untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Ada Zugos Crystal Quest (Roller Coster kanak-kanak), Red Baron, Kapal terbang untuk ibu bapa teman anak-anak, Fantasy Carousel, Cave of wonders, Coliseum Water Play, Upside Down Pyramid, Coral Kingdom, dan Tree House. 

Dalam Coral Kingdom ada café dan juga playground untuk anak-anak bermain. 


#6 Dream Zone - Tower Drop a.k.a Megamind Megadrop, Dream Theatre

Ini merupakan zone yang baru yang dibuka. Ramai juga yang menantikan Dream Zone ni. Di zone ni ada satu permainan untuk remaja berjiwa kental juga iaitu Tower Drop. 

Nama lama dia ialah Megamind Megadrop dan untuk kanak-kanak Dream Theatre, persembahan teater muzikal. Rasanya ada lagi yang belum di buka. 





Tips masuk Movie Animation Park Studios (MAPS)
  1. Datang awal supaya boleh main semua permainan dan tengok semua persembahan. 
  2. Pakai pakaian yang bersesuaian dengan cuaca Malaysia yang panas. 
  3. Bawa kipas tangan, tuala untuk lap peluh. 
  4. Boleh sewa stroller dan basikal elektrik untuk warga emas. 
  5. Tandas, locker, dan surau ada di sediakan dan semuanya bersih. 
  6. Makanan dan minuman dilarang di bawa masuk dan akan di periksa semasa di pintu masuk. 
  7. Pastikan anak-anak minum air secukupnya sebab cuaca panas. Makanan dan minuman boleh di beli dekat dalam. 
  8. Boleh lunch dan dinner dekat Starship Restaurant. Ada tiga tingkat, paling atas jual western food, level dua ada jual nasi Briyani dan kebab, dan paling bawah kami tak sempat jenguk. Semua sedap dan harga boleh tahan. 

Waktu bercuti ke Ipoh kami menginap di M Boutiqe, cantik interrior design dia. 


MAPS Ipoh Starship Restaurant

Berbaloi atau tidak bercuti ke Animation Park Studios (MAPS)?


Kesimpulan untuk keluarga kecil kami, (anak-anak 7tahun, 3 Tahun dan 8 Bulan) memang gembira sangat. 

Kami masuk seawal 10.30 pagi dan keluar pada pukul 8.00 malam. 
Anak-anak behave dan walaupun penat tapi masih gembira. 

Berbaloi la harga tiket dengan kenangan yang kami dapat. Yang suka tangkap gambar dan suka kan theme park MAPS adalah pilihan yang tepat. 

Untuk yang nak cuba permainan yang mencabar MAPS ni kurang sesuai. 

Walau dah buat persiapan awal, baca pengalaman orang tapi kami masih kelam kabut masa hari kejadian. 

Ada yang tak sempat nak tengok. Jadual show akan sedikit berubah bergantung kepada bilangan pengunjung dan juga cuaca. 

Untuk penambah baikan:
  1. Letak sceen besar dekat center stage dan update show apa yang tengah berlangsung sebab jarak antara zone agak jauh dan makan masa. 
  2. Signboard untuk setiap zone Diah tak nampak. Jadi macam sesat tengah-tengah alam tu. 
  3. Banyakkan lagi kakitangan dan besar kan Kaunter khidmat pelanggan supaya senang pengunjung nak rujuk. 
  4. Ramaikan badut dan Panjang kan tempoh badut beramah mesra dengan kanak-kanak terutama pada cuti umum. Sekejap sangat buat belon dan sikit je kanak-kanak dapat. 

Selamat Bergembira untuk yang nak pergi.