Tsunami Di Selat Sunda Banten Anyer

Tsunami Di Selat Sunda Banten Anyer 

Assalamualaikum, hari ni diselubungi berita sedih dengan bencana alam Tsunami yang melanda negara Jiran Malaysia, iaitu Indonesia.  

Kejadian berlaku di Pantai barat wilayah Banten, Anyer, yang terletak di pesisir Selat Sunda. Tsunami yang melanda tanpa amaran telah mengakibatkan banyak korban nyawa, kecederaan dan banyak harta benda turut musnah. 

Macam mimpi ngeri berulang kembali sebab Tsunami di Acheh yang berlaku pada 26 Disember 2004 masih belum hilang rasa traumanya. 

Lepas kejadian tu memang akan risau bila masuk je bulan Disember setiap tahun. 


Kumpulan Seventeen Antara Korban Dalam Bencana Tsunami Di Tanjung Lesung, Banten


Paling terkesan bila tengok di berita tentang video Kumpulan Seventeen yang tengah buat persembahan bersempena Hari Keluarga sebuah syarikat korporat Indonesia di Pantai Tanjung beach Resort.

Tiba-tiba ombak telah menerjah pentas tempat mereka melakukan persembahan dan telah meragut nyawa pemain Bass Kumpulan Seventeen, M Awal Purbani (Bani) dan juga pengurus mereka, Oki Wijaya. 

Menurut Ifan, vokalis yang terselamat dalam kejadian tersebut, isterinya dan dua lagi ahli kumpulan masih belum berjaya ditemui tetapi dipercayai selamat. Allahuakbar.
 




Lepas dilanda Tsunami, Ifan berkata dia telah dibawa arus dan terlempar ke tengah laut. Dia menceritakan detik cemas dia dikelilingi 20 – 30 mayat dan mangsa yang masih hidup pula menjerit meminta pertolongan. 

Ifan berkongsi pengalamannya dalam perbualan di telefon bersama TVOne, mangsa-mangsa yang dibawa arus ke laut sebahagian besarnya meninggal dunia. 
 
Dia menyaksikan dengan matanya sendiri, mangsa-mangsa yang cuba menyelamatkan diri di tengah lautan, semua orang saling menenggelamkan satu sama lain dan keadaan amat kelam kabut. 

Tidak lama selepas itu keadaan menjadi sunyi sepi kerana mangsa-mangsa sudah tidak bernyawa. 

Dia terapung-apung di permukaan selama dua jam dan hampir menyerah. Perkara pertama yang dibuat selepas dia selamat menjejakkan kaki di pantai ialah Ifan mencari keluarganya dan ahli Kumpulan Seventeen yang lain. 

Sedih apabila dia menjumpai jenazah Oki dan Bani tepi pantai. 

Kejadian berlaku ketika mereka mahu menyanyikan lagu kedua dan tiba-tiba sahaja ombak menerjah dari arah belakang. Besi dan kayu dimana-mana, air penuh lumpur dan mereka bergulung-gulung di dalam air. Tak dapat nak bayangkan betapa cemasnya melalui saat-saat getir macam tu. 

Pada hari kejadian Ifan memberitahu yang semuanya dalam keadaan baik sahaja. Ombak kecil, cuaca tenang dan tidak menyangka tsunami akan berlaku. Selalunya sebelum berlaku Tsunami akan berlaku gempa-gempa kecil sebagai amaran kecil. Berbeza dengan Tsunami yang berlaku di Banten Anyer. 

Salam takziah buat Indonesia dan buat seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat dengan bencana Tsunami di Selat Sunda, semoga kalian diberi ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi kehilangan ini. Allah Maha Mengetahui segala yang terjadi di langit dan dibumi. 

Bercuti di Ancasa Residences Port Dickson

Kalau korang bercuti dan mencari penginapan yang dekat dengan pantai di sekitar Port Dickson, Ancasa Residences Port Dickson adalah jawapannya. 

Memang dari bilik dah boleh nampak laut tau. Pantai di hadapan Ancasa Residences ni masih lagi terjaga kebersihan dia jadi selesa kalau nak mandi manda.

Ini merupakan kali pertama Diah menginap di Ancasa Residences Port Dickson. Tapi memang seronoklah. Berada di sini sempena program Kulinari Ancasa Junior Chef yang dianjurkan oleh Ancasa Hotels & Resorts sempena cuti persekolahan. 



Bercuti di Ancasa Residences Port Dickson 

Sambil-sambil tu bercuti sekali lah. Esok harinya, selepas check out baru teruskan percutian bawa anak-anak tengok haiwan di Windmill PD Farm. Selalu tengok dari luar je, kali ni tunaikan hajat anak-anak. 


Ancasa Residences Port Dickson – Lokasi Strategik Bercuti Tepi Pantai




Anak-anak yang paling gembira bila kami sampai sini. Kebetulan kami parking kereta betul-betul dihadapan kolam renang. 

Memang masing-masing teruja nak mandi. Diah lebih teruja sebab Ancasa Residences ni sangat dekat dengan pantai.



Ancasa Residences Port Dickson bercuti tepi pantai




Bercuti di Ancasa Residences Port Dickson adalah pilih yang bagus jika korang ada anak kecil dan suka mandi manda. Dah bosan dengan kolam renang boleh terjun pantai pula. 

Pantai dia bersih kalau dibandingkan dengan pantai sekitar Port Dickson ni. Agak meriah dengan kedai dan pelawat. Sempat suami dan anak-anak sarapan pagi tu sambil main pasir. Acah-acah pelancong katanya.



Menginap di Ancasa Residences Port Dickson


Masa cuti sekolah memang penuh dekat sini jadi kena rancang dan buat tempahan awal supaya tak kecewa. 

Diah menginap di Blok C yang betul-betul berhadapan dengan pantai. Kebanyakkan bilik-bilik di blok C baru sahaja di naik taraf. Jadi cantik dan selesa.



Pantai best



Dalam bilik ni ada satu katil dan satu bilik air. Boleh minta extra bed atau bawa toto sendiri dari rumah kalau ada anak lebih dari sorang. Tak menjadi masalah sebab bilik besar dan bersih. 

Tandas, katil, dan perabot lain macam sofa tidak berbau. Kalau bercuti dan menginap dekat mana-mana memang benda-benda macam ni yang Diah utamakan. Baru dapat bercuti dengan selesa.



Apartment Ancasa Residences Port Dickson



Bahagian dapur ada disediakan peti ais dan tempat memasak. Bonus point, Penyapu disediakan (penting kalau balik dari pantai, pasir akan melekat-lekat dekat badan) penyapu adalah hero masa tu. Ahaks!






Seronok dekat sini sebab kawasan yang luas dan dikelilingi dengan pokok hijau dan berhadapan dengan laut. Memang cukup pakej. 

Kemudahan yang Ancasa Port Dickson sediakan memang sesuai untuk buat Hari keluarga mahupun pun Team Building. Kebetulan masa Diah menginap hari tu, ada kumpulan tengah lakukan aktiviti Flying Fox. 

Aktiviti lain yang ditawarkan ialah Gel Gun Target Shooting, Play Station 4, table tennis, arcade untuk anak-anak, multipurpose court untuk games, gimnasium, kolam renang dan Spa.




Spa Ancasa Residences Port Dickson



Ancasa Residences Port Dickson




Kalau menginap di sini bagi Diah satu malam pun dah cukup. Siang boleh mandi pantai, dan malam boleh merayap cari makan dekat sekitar Teluk Kemang. Kami singgah King's CKT Jalan Pantai Port Dickson. 

Kalau susah nak keluar untuk cari makan terutama untuk sarapan pagi, dekat sini pilihan menu makanan yang disediakan juga tidak menghampakan.



Ancasa Residences Port Dickson Training



Sejak jadi suri rumah ni, bila dapat bercuti walaupun singkat dan dekat je dengan rumah tapi rasa berharga sangat. Masa bercuti la masa merehatkan diri dan masa berkualiti kami satu keluarga juga. 

Bagi Diah tak kira dekat mana kita bercuti asalkan anak-anak dan suami gembira dah bersyukur sangat. Alhamdulillah.

Selain Ancasa Residences Port Dickson, Ancasa Hotel & Resorts juga mempunyai hotel dan resort yang terletak di Kuala Lumpur, Pahang, & Kuala Terengganu. Layari laman web dan laman sosial Ancasa Residences Port Dickson. 

Promosi Gempak Cuti Sekolah di Menara Kuala Lumpur

Promosi Gempak Cuti Sekolah di Menara Kuala Lumpur  

Cepat betul masa berlalu. Kurang dari seminggu je lagi cuti sekolah dah tamat. Korang dah bawa anak-anak bercuti dekat mana? Dah ada plan atau masih tercari-cari tempat untuk anak-anak bergembira? 

Kalau belum ada perancangan, Diah cadangkan apa kata bawa anak-anak bercuti ke Menara Kuala Lumpur. 

Kenapa Menara Kuala Lumpur? Menara Kuala Lumpur kan merupakan salah satu ikon kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia. Mestilah kena pergi. Pertama kali Diah menjejakkan kaki ke Menara Kuala Lumpur adalah pada tahun 1997. 

Masa tu darjah Enam, dan sekolah ada buat rombongan ke sana sempena aktiviti terakhir pelajar sekolah rendah. Sebagai budak yang duduk di luar kawasan bandar kalau datang ke Kuala Lumpur memang satu perkara yang membanggakan. KL tu babe. Tak tidur malam sehari sebelum hari rombongan. Alahai seronok betul. 

Menara Kuala Lumpur
Jom Cercuti ke KL Tower


Sempena cuti persekolahan yang tengah berlangsung ni, Menara Kuala Lumpur tak ketinggalan menyediakan program-program menarik untuk anak-anak yang dah pun bermula sejak 4 Disember lepas dan akan berlangsung sehingga 30 Disember ni. 

Program khas Riang Ria Cuti Sekolah di Menara Kuala Lumpur mengadakan Promosi Istimewa seperti “Promosi Gempak Cuti Sekolah”, Christmas Promotion Sky Deck, New Year’s Eve Celebration dan banyak lagi. 


Promosi Gempak Cuti Sekolah


Ini lah masa yang paling tepat kalau nak bawa anak-anak melihat Menara yang telah dinobatkan sebagai bangunan komunikasi ketujuh tertinggi di dunia. Bersempena “Promosi Gempak Cuti Sekolah” tiket masuk ke Sky Deck adalah percuma untuk kanak-kanak tau. 


Promosi Gempak Cuti Sekolah Riang Ria Cuti Sekolah

 
Nak tahu lebih lanjut aktiviti menarik yang ada dekat sana boleh ikuti mereka di sini:

Instagram Rasmi Menara KL: http://bit.ly/menarakl

Mak selalu pesan, hargai keluarga dan orang disekeliling kita sementara ada masa. Esok lusa bila dah tiada depan mata mula la menyesal. Menangis pun tak berguna. Jom habiskan masa berkualiti dengan anak-anak sepanjang cuti sekolah ni. Peluang tak datang banyak kali tau. 

Selamat bercuti. 

MAIWP Didik Anak Kenali Zakat

Selalu bila kita sebut tentang zakat, kita hanya akan teringat zakat waktu nak raya je. Paling popular dalam bulan puasa sebab waktu tu semua orang akan mula membayar zakat fitrah. 

Dulu masa kecil, bila balik je dari solat terawih arwah abah akan beri kami resit pembayaran zakat. Gembira nya sebab dekat resit tu ada nama masing-masing. 

Waktu tu masih belum faham apa itu zakat, kenapa kena bayar zakat? Zakat tu apa sebenarnya? 
Dah menginjak dewasa baru la faham kenapa zakat tu wajib dibayar. 

MAIWP Didik Anak Kenali Zakat 


Bila terpandang orang yang lebih susah lepas tu tonton pula kisah orang yang di uji dengan kemiskinan dalam rancangan BersamaMu dekat TV3 tu memang terasa indah betul agama Islam. Agama yang pemurah dan ajar penganutnya supaya tak pentingkan diri sendiri. 

Jadi bila adanya kempen tabung didik zakat anjuran PPZ-MAIWP, Diah berpendapat bahawa ianya memang satu inisiatif yang baik untuk ajar anak-anak tentang apa itu zakat. Bila anak-anak faham baru la mereka akan sedar kepentingan zakat. 

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat” – Surah An-Nur Ayat 56


Tabung Didik Zakat


Zakat Tu Apa? 


Zakat membawa maksud suci, bersih, subur dan berkembang. Kalau kita nak bersihkan pakaian kita kena cuci pakaian tu kan? Ha kalau nak bersihkan hati pula kena keluarkan zakat la. ok? 

Ada dua jenis zakat yang perlu kita tahu. Zakat Fitrah dan juga Zakat harta. Zakat Fitrah adalah zakat untuk diri sendiri manakala zakat harta pula ada banyak pecahannya. Zakat harta termasuklah zakat pendapatan, zakat simpanan, zakat perniagaan, zakat KWSP, zakat saham, zakat emas, zakat perak, zakat pertanian, zakat ternakan dan juga zakat takaful.  


Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardukan keatas setiap lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. 

Zakat Harta 

Zakat harta ialah pengeluaran sebahagian daripada harta yang dihimpun dalam masa satu tahun serta cukup sukatannya. 


|  Selain Zakat boleh bayar Fidyah secara online juga  |


Program Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP


Diah menyokong sepenuhnya idea PPZ-MAIWP yang telah memperkenalkan program Tabung Didik Zakat iaitu satu program yang bertujuan untuk mendidik anak-anak tentang kepentingan menunaikan zakat khas untuk mereka yang menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Program ini mensasarkan anak-anak yang berusia 18 tahun ke bawah. Program Tabung Didik Zakat turut mendapat sokongan daripada selebriti-selebriti tempatan seperti Nasrizal Ngasri @ Bell, Amar Baharin dan juga PU Azman untuk mempromosikan kepentingan zakat.  


Duta Program Zakat


Nak dapat kan Tabung Zakat? Tapi bagaimana? 

Hanya buka akaun Zakat untuk anak dengan serendah RM10 ringgit di mana-mana kaunter zakat PPZ-MAIWP dan Tabung Didik Zakat akan diberikan secara PERCUMA!


Senarai Kaunter Pusat Pungutan Zakat MAIWP

Jom serbu kaunter Pusat Pungutan Zakat MAIWP berhampiran anda!
  • Shamelin 
  • Kg. Baru 
  • Masjid Negara
  • Wangsa Maju 
  • Putrajaya Presint 9 
  • Putrajaya Presint Diplomatik
  • Taman Tun Dr. Ismail 
  • Jalan Puchong
  • Kepong
  • UTC Pudu Sentral 
  • Labuan

Jom sama-sama laksanakan tanggungjawab kita sebagai Muslim dengan membayar zakat. Dan ingatlah setiap rezeki yang kita dapat, ada terselit rezeki untuk orang lain juga. PPZ-MAIWP menyeru ibu bapa supaya sama-sama mendidik anak-anak untuk kenali zakat di usia muda demi kesejahteraan ummah pada masa hadapan. 

“Semai Zakat Tuai Berkat” 

Untuk perkembangan terkini dan maklumat lanjut boleh ikuti Pusat Pungutan Zakat MAIWP di saluran di bawah:

Twitter Rasmi PPZ: https://twitter.com/ppzwp
Website: www.zakat.com.my