Cara Semak JomPAY Biller Code PTPTN

Hai korang, entri kali ni khas untuk peminjam PTPTN yang dah mula buat pembayaran balik pinjaman korang menggunakan JomPAY. 

Tahu kan banyak  saluran bayaran balik telah disediakan antaranya adalah secara online seperti melalui kaedah Perbankan Internet, JomPAY, myPay PTPTN dan juga melalui Portal Rasmi PTPTN. 

Tapi berapa ramai yang tahu, setiap kaedah yang disediakan tu dikenakan caj transaksi kecuali JomPAY. 

Sebelum dapat kesedaran tentang caj ni, Diah buat bayaran balik PTPTN melalui Perbankan Internet melalui bank-bank yang tersedia dan rupa-rupanya caj dikenakan bermula dari 0.50 sen ke RM1 per transaksi. 

Tak pasti berapa baki pinjaman PTPTN? Boleh semak di sini. 

Cara Semak JomPAY Biller Code PTPTN  

Dah lebih setahun kot kena caj buta-buta begitu. Adeh. Tepuk dahi. Bayangkan kalau dalam tempoh bayaran balik ialah sebanyak 15 tahun dan Diah buat bayaran setiap bulan dah berapa banyak caj dibayar?


Bayaran Balik PTPTN Semak Biller Code PTPTN


Untuk mereka yang buat bayaran balik melalui myPay PTPTN (aplikasi mobile web), caj yang dikenakan ialah RM0.50 per transaksi. 

Jika membuat bayaran balik melalui portal rasmi PTPTN pula, walaupun tiada caj dikenakan tetapi pemilihan bank adalah terhad kepada 12 bank dan 3 kredit kad sahaja yang diterima. 


Cara semak Biller Code JomPAY PTPTN


Pilihan terbaik setakat sekarang adalah membuat bayaran balik PTPTN adalah dengan menggunakan JomPAY sebab ianya TANPA CAJ. Terdapat 40 bank yang terlibat dan cara bayaran pun sama je dengan perbankan Internet cuma anda kena dapatkan Biller Code JomPAY sahaja. 

Macamana nak semak dan dapatkan biller code tu? Mudah je.
  1. Pergi ke website PTPTN  www.ptptn.gov.my
  2. Pilih tab e-PERKHIDMATAN dan pilih Bayaran Balik
  3. Tekan semakan JomPAY
  4. Masukkan 12 digit kad pengenalan
  5. Tekan Cari dan siap


JomPAY Biller Code PTPTN



Biller Code PTPTN JomPAY


Masukkan Kad Pengenalan PTPTN
Masukkan No Kad Pengenalan 
Setel!

Bila dah dapat biller code dan juga Ref no boleh lah log in online banking bank masing-masing. Ada 40 bank yang menyediakan JomPAY seperti Maybank, CIMB, Bank Islam dan banyak lagi. 

Caranya mudah sahaja, pilih bayararan menggunakann JomPAY dan masukkan biller code tadi dan juga reference no yang diberi. 

Reference no yang kedua ialah no telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan PTPTN. Kalau yakin maklumat yang di isi adalah betul bolehlah klik teruskan untuk buat pembayaran. 

Selesai!

 Selamat mencuba dan semoga info ni berguna untuk korang. 

Muzik Video Terbaik Anuar Zain

Muzik Video Anuar Zain Terbaik 

Tengah angau dengan muzik video Anuar Zain siap pakej meleleh air mata. Eh semenjak umur meningkat ni tak boleh betul kalau tengok sesuatu yang menyentuh jiwa. Automatik mata berair. Anuar Zain memang artis kegemaran sejak bujang dulu, masa bercinta sehinggalah dah beranak tiga ni. 

Suami dulu masa zaman study muka dia ada iras Anuar Zain tau. lol sangat. Itu masa dia kurus la sebab bentuk muka dia segi empat dan pakai spek. Tu jatuh hati lebih tu. Sekarang dah tembam macam pau dah hilang la iras Anuar Zain tu. Kahkahkah. Tapi masih Anuar Zain di hatiku. 

Orang lain dah lama layan muzik video ni Diah pula baru hegeh-hegeh tengok. Tak tahu la ada kaitan atau tidak dengan drama viral Andainya Takdir tu atau tidak. Drama tu pun lama dah ditayangkan di TV3. Lakonan Shukri Yahaya, Puteri Balqis dan Nina Iskandar. Siap ada drama Andainya takdir 2. 

Jujurnya Diah tak tengok masa ditayangkan dulu, tapi tak menyesal sangat sebab tengok muzik video pun mesej tu berjaya disampaikan dengan baik. bravo bang Nuar. 

Muzik Video Andainya Takdir

Sambungan Muzik Video Andainya Takdir


Dalam muzik video Andainya Takdir, dapat la faham penceritaan dia tentang isteri yang meninggalkan anak dan suami untuk mencari rezeki. Lakonan Sharifah Sakinah, Anuar Zain dan Puteri Balqis. Kisah dalam lagu memang menyentuh jiwa betul bila memperlihatkan si isteri sanggup tinggalkan keluarga demi duit. 

Isteri dia sertai uji bakat di bandar dan lelaki kaya terpikat dekat dia. Lepas beberapa tahun si suami terjumpa semula bekas isteri dia. Memang geram je watak isteri dia. Dasar perempuan gila harta. Eh tengok sendiri la. 

Rupa-rupanya lagu Andainya Takdir ada sambungan ya kawan-kawan. Kisah sang isteri yang meninggalkan keluarga demi duit tu diceritakan semula dalam muzik video kedua yang bertajuk Cinta Takkan Berakhir Dalam muzik video kedua baru faham kenapa isteri dia bercerai dengan suami dia, kenapa dia tinggalkan keluarga. 

Rupa-rupanya isteri dia berkorban untuk anak dan suami. aduh masa tengok ni sambil rasa bersalah kutuk isteri dia dalam muzik video pertama. Masa ni baru faham sebab muzik video dia throwback semula apa yang berlaku. 


Sambungan Video Muzik Belahan Hati

Tak cukup dengan dua muzik video, setelah bertahun menunggu sambungan episod kedua, akhirnya baru-baru ni Anuar Zain telah menghasilkan muzik video ketiga dan pastinya bukan yang terakhir sebab cerita dalam lagu ni sedikit tergantung yang bertajuk Belahan Hati Dalam muzik video ketiga dia menceritakan lebih terperinci pengorbanan si isteri dan akhirnya anak dan suami dia terima dia kembali. Sedih wo sambil lap air mata. 

Korang tengok dan nilaikan sendiri la. Lagu yang bagus bukan sekadar sedap dinyanyikan tapi dalam masa yang sama membawa mesej yang berguna untuk pendengarnya. Setakat ni masih belum ada lagi lagu Anuar Zain yang mengecewakan, cuma satu je soalan bila agaknya Anuar Zain nak menamatkan zaman bujang dia eh. Tak sabar nak tengok calon. 

Top 9 bloggers di Kuala Lumpur 2018

Top 9 bloggers di Kuala Lumpur 2018 

Assalamualaikum, Hai Korang. Tinggal beberapa hari sahaja lagi tahun 2018 akan melabuhkan tirainya. Banyak kisah suka duka semenjak aktif menjadi seorang blogger. Tahun yang agak mencabar dan tahun bertuah juga bila Diah dah jadi Blogger sepenuh masa (2018). Big clap please. 

Dan sebelum ianya berlalu pergi Diah nak kongsikan Top 9 blogger yang terkenal di Kuala Lumpur. Semoga perkongsian ni menjadi inspirasi buat kita semua. Azam tahun depan nak kongsi benda baik banyak-banyak dan jauhi perkara negative. 

Nak pandang yang baik-baik sahaja. In sha Allah. Jom semak Top 9 bloggers yang tersenarai tu. Kalau tak silap ranking top 9 dipilih berdasarkan jumlah pengikut di laman sosial dan juga peratusan engagement untuk setiap posting mereka. 

Top 9 Bloggers in Kuala Lumpur



Nampak nama Yuyuzulaikha dekat situ. Gembira pula on behalf dia. Dah pernah jumpa dia beberapa kali di event tapi tak pernah lagi bertegur sapa. Malu oi, dia blogger hebat. Kita baru je nak merangkak. Tapi suka posting dia di media sosial. Positif, sentiasa ajak ke arah kebaikkan. Nice person la. 

Top 9 bloggers Yuyu Zulaikha



Diah belum habis blogwalking lagi Top 9 bloggers ni. Nak tengok juga cara perkongsian mereka di blog. boleh la belajar dan sedut ilmu yang patut. Jadi, jom layanlah senarai Top 9 Bloggers di Kuala Lumpur. Nanti kita cari Top Bloggers di Malaysia pula. 
  1. Janechuck [Followers Instgram -530k] 
  2. Angelineonglimin  [Followers Instgram -180k] 
  3. Budiey [Followers Instgram -160k]   
  4. Yuyuzulaikha [Followers Instgram -130k]  
  5. Iam.deequeen [Followers Instgram -120k] 
  6. Asma.nasa [Followers Instgram -110k]  
  7. Debbiegoh1108 [Followers Instgram -110k]  
  8. Ccfoodtravel [Followers Instgram -110k]  
  9. Fourfeetnine [Followers Instgram -110k]  

Shopping Buku Karangkraf Online Selamat Sampai

Alhamdulillah masa tarikh keramat 12.12 yang lepas Karangkraf Online ada buat promosi jualan buku RM1 untuk satu buku dengan syarat kena beli 12 buah buku. 

Kalau kurang dari 12 buah harga setiap buah buku akan jatuh RM5 setiap buku. Masa tu tak fikir apa panjang sebab memang terasa berbaloi sangat untuk dibeli. 

Lagipun resit nanti boleh claim masa suami buat e-filling. Lepas empat hari sabar menunggu, buku-buku pun selamat sampai ke rumah. Memang teruja habis. 

Shopping Buku Karangkraf Online Selamat Sampai 

Bila unboxing je buku-buku tu dah mula tersenyum lebar. Seram juga bila susun buku-buku tu dah lebih tinggi daripada laptop pula. 

Minat terhadap novel dah berkurang semenjak usia mencecah 30an ni, jadi beli pun buku campur-campur termasuk buku kesihatan, motivasi dan juga hasil kraf tangan. Mana tahu timbul minat seni pula. 

Karangkraf Online Sale 12.12



Apa yang Diah beli sempena Sale Karangkraf Online 12.12?


Buku-buku yang telah selamat Diah rembat sempena Sale 12.12 ialah:

1. Aduhai Isteri Oleh Muhamad Mat Yakim
2. 55 Soal Jawab Penyakit Bersama Dr. Ezairy Oleh Dr. Mohd Azreen Ezairy Mohamad Sallih
3. Jom Kreatif
4. Koleksi Kraf Mudah & Comel
5. Bayangan Rindu Oleh Anis Ayuni
6. Ingin Berkasih Lagi oleh Damya Hana
7. 3 Hati oleh Liza Nur, Nurul Syahida & Zara Amani
8. Akidah Kita Nyawa Kita oleh Yussamir Yusof
9. Aku Duda Kau Janda oleh Airis Dania
10. Awak Sudi Tak? Oleh Liza Nur
11. Awekku Kembar Oleh Siti Rozilah
12. Chocolate Mousse Vs Cheese Cake Oleh Syahirah Ibrahim

In sha Allah ada kesempatan akan Diah kongsikan benda-benda best tentang buku-buku yang Diah beli ni. Apa pun kalau beli buku untuk tambah ilmu memang tiada ruginya. 

Akan jadi rugi bila beli tapi tak baca dan amalkan. Mana tahu kot Tahun Baru nanti akan ada Sale macam ni juga. Boleh borong lagi tapi kali ni nak borong buku Motivasi pula. Atau cari buku perniagaan. Best juga.