Muzik Video Anuar Zain Terbaik

by - December 28, 2018

Muzik Video Anuar Zain Terbaik | Tengah angau dengan muzik video Anuar Zain siap pakej meleleh air mata. Eh semenjak umur meningkat ni tak boleh betul kalau tengok sesuatu yang menyentuh jiwa. Automatik mata berair. Anuar Zain memang artis kegemaran sejak bujang dulu, masa bercinta sehinggalah dah beranak tiga ni. Suami dulu masa zaman study muka dia ada iras Anuar Zain tau. lol sangat. Itu masa dia kurus la sebab bentuk muka dia segi empat dan pakai spek. Tu jatuh hati lebih tu. Sekarang dah tembam macam pau dah hilang la iras Anuar Zain tu. Kahkahkah. Tapi masih Anuar Zain di hatiku. 

Orang lain dah lama layan muzik video ni Diah pula baru hegeh-hegeh tengok. Tak tahu la ada kaitan atau tidak dengan drama viral Andainya Takdir tu atau tidak. Drama tu pun lama dah ditayangkan di TV3. Lakonan Shukri Yahaya, Puteri Balqis dan Nina Iskandar. Siap ada drama Andainya takdir 2. Jujurnya Diah tak tengok masa ditayangkan dulu, tapi tak menyesal sangat sebab tengok muzik video pun mesej tu berjaya disampaikan dengan baik. bravo bang Nuar. 

Muzik Video Andainya Takdir
Muzik Video Anuar Zain Terbaik 

Sambungan Muzik Video Andainya Takdir

Dalam muzik video Andainya Takdir, dapat la faham penceritaan dia tentang isteri yang meninggalkan anak dan suami untuk mencari rezeki. Lakonan Sharifah Sakinah, Anuar Zain dan Puteri Balqis. Kisah dalam lagu memang menyentuh jiwa betul bila memperlihatkan si isteri sanggup tinggalkan keluarga demi duit. Isteri dia sertai uji bakat di bandar dan lelaki kaya terpikat dekat dia. Lepas beberapa tahun si suami terjumpa semula bekas isteri dia. Memang geram je watak isteri dia. Dasar perempuan gila harta. Eh tengok sendiri la. 


Rupa-rupanya lagu Andainya Takdir ada sambungan ya kawan-kawan. Kisah sang isteri yang meninggalkan keluarga demi duit tu diceritakan semula dalam muzik video kedua yang bertajuk Cinta Takkan Berakhir Dalam muzik video kedua baru faham kenapa isteri dia bercerai dengan suami dia, kenapa dia tinggalkan keluarga. Rupa-rupanya isteri dia berkorban untuk anak dan suami. aduh masa tengok ni sambil rasa bersalah kutuk isteri dia dalam muzik video pertama. Masa ni baru faham sebab muzik video dia throwback semula apa yang berlaku. 



Tak cukup dengan dua muzik video, setelah bertahun menunggu sambungan episod kedua, akhirnya baru-baru ni Anuar Zain telah menghasilkan muzik video ketiga dan pastinya bukan yang terakhir sebab cerita dalam lagu ni sedikit tergantung yang bertajuk Belahan Hati Dalam muzik video ketiga dia menceritakan lebih terperinci pengorbanan si isteri dan akhirnya anak dan suami dia terima dia kembali. Sedih wo sambil lap air mata. 


Korang tengok dan nilaikan sendiri la. Lagu yang bagus bukan sekadar sedap dinyanyikan tapi dalam masa yang sama membawa mesej yang berguna untuk pendengarnya. Setakat ni masih belum ada lagi lagu Anuar Zain yang mengecewakan, cuma satu je soalan bila agaknya Anuar Zain nak menamatkan zaman bujang dia eh. Tak sabar nak tengok calon. 

You May Also Like

3 Comments

  1. Suka lagu-lagu dan video muzik nie.. memang menarik..

    ReplyDelete
  2. memang best musik video ni. :)

    ReplyDelete
  3. bunuh diri ke last tu weih? sies lah ! Dah macam drama weih tgk satu satu macam ni. laki tny kenapa nangis baca blog kau. hahahahhaha

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.