Bawa Anak Tengok Haiwan di Farm In The City

Ini kali kedua Diah bawa anak ke Farm In The City yang terletak di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan tapi perasaan teruja tu seolah-olah kali pertama jejakkan kaki ke sini. 

Seronok betul anak-anak dapat tengok dan sentuh haiwan-haiwan dekat sini. 

Farm in the city merupakan petting zoo yang mana hampir kesemua haiwan yang ada disini dibiarkan lepas bebas. Berbeza pengalaman kami pergi ke Zoo Negara. 

Bawa Anak Tengok Haiwan di Farm In The City 

Tiket untuk pemegang MyKad untuk dewasa berharga RM37 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Bagi yang tiada MyKad tiket adalah berharga RM55 untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak. 

Dibuka pada setiap hari kecuali hari Selasa. Memang berbaloi jika datang ke sini dengan harga tiket yang dibayar. 

Farm In The City Petting Zoo


Apa Yang Menarik Di Farm In The City?

Parking dekat sini adalah percuma tetapi agak terhad tapi jangan risau boleh parking di luar kawasan Farm In The City tu tapi kena menapak sedikit. Kebetulan hari yang kami pergi tu cuaca elok je tak panas sangat. 

Lagipun dalam tu banyak pokok. Tempat ni mesra kanak-kanak ya, boleh bawa stroller dan kemudahan seperti tandas dan sinki untuk basuh tangan tu ada dimana-mana. 


Harga Tiket Farm In The City


Dekat depan kaunter tiket ada dijual makanan untuk diberikan kepada haiwan yang ada dekat sana, boleh la beli RM10 sebekas. Nanti jumpa haiwan, anak-anak boleh suap mereka. Seronok. 

Dekat sini ada pelbagai jenis haiwan yang jinak dan sesuai dengan konsep petting zoo anak-anak boleh belajar dan pegang haiwan-haiwan tersebut. 

Kakitangan dekat sini pun ramai dan sangat mesra nak terangkan tentang haiwan-haiwan tu. Tak lokek senyuman la kiranya. 


Ponny ride Farm In The City


Dekat sini ada haiwan seperti Alpaka, pelbagai jenis kambing, rusa, burung helang, ular sawa, Kerbau Putih, Tortoise, Iguana, Monyet bersaiz kecil dan banyak lagi la. 

Kalau nak tengok Dinosour kena pergi Zoo Melaka. Setiap binatang ditempatkan di stesen-stesen mengikut kategori mereka. 

Jadi boleh jalan sambil menikmati keindahan alam. Aktiviti lain yang boleh dibuat dekat sini ialah adalah tengok persembahan Burung Kakak Tua, Raccon Feeding dan juga Pony Ride (RM7). 



Farm In The City Sri kembangan

Andaikata makanan yang korang beli awal-awal tadi dah habis, jangan risau sebab dekat dalam ni juga ada disediakan mesin untuk beli makanan tambahan. 

Memang mudah sangat dan hanya tukarkan duit kepada token dekat mesin yang disediakan tu.


Farm In The City

Satu perkara yang Diah suka tentang Farm In The City ni, walaupun banyak haiwan yang dilepaskan tetapi tempat ni terjaga kebersihan dia. 

Tiada sampah mahupun najis bertaburan. Jadi selesa la kita nak lepaskan anak-anak.




Ikhwan memang enjoy habis waktu dia dekat sini. Semua binatang buat kami teruja. 

Kami sempat beri makan pada tortoise, pegang iguana, bermain dengan kambing dan rusa, tengok Alpaka, binatang yang macam dalam cerita Jimmy Neutron tu, pegang landak, tangkap ikan dan kejar arnab. 

Masa pertama kali datang kami tak sempat tengok kerbau putih jadi kali kedua datang kesini memang tak lepaskan peluang la. Cantik ya dia berkubang dalam air. 

Haiwan paling Diah suka masa dekat sini adalah Alpaka. Mata dia ya ampun bersinar macam mutiara. Comel la dengan leher panjang macam tu. 

Krew dia kata, Alpaka kena pasangakan econ/kipas angin sebab dia boleh mati dalam cuaca panas Malaysia. Dekat sana, dia je binatang duduk dekat kipas angin. So special. 


burung kakak tua show Farm In The City


Paling kelakar kejadian masa dalam kandang kambing biri-biri. Dalam tu ada juga rusa, Alpaka dan haiwan kecil lain. Kambing biri-biri dan rusa dekat dalam tu gelojoh nak sondol makanan orang. 

Siap ada budak-budak menjerit ketakutan. Sempat la Raudah tergolek sebab takutkan rusa dan kambing biri-biri yang tak beradap tapi comel tu. 

Lawak sungguh. Apa pun binatang ni super jinak cuma mak bapak perhatikan aje la anak-anak takut kena pijak. lol. 


Animal Feeding

 
Ibu bapa yang tak tahu nak bawa anak-anak ke mana waktu hujung minggu memang wajar bawa anak ke sini dan semestinya worth every penny. Sambil bergembira, sambil belajar tentang haiwan. 

Nanti bila dekat sekolah senang bila cikgu ajar sebut nama binatang anak-anak dah dapat bayangkan dalam kepala baru lebih faham dan seronok belajar. Kalau ada kesempatan nak datang lagi, semestinya Diah akan kata YA!

Nak tahu lebih lanjut tentang pakej unlimited entry Farm In The City boleh baca dekat laman web rasmi dia. 

Berbaloi sangat-sangat sebab boleh masuk sekali ke cawangan mereka yang lagi satu di KL Tower Mini Zoo. Setahun secara percuma. Banyak lagi la kelebihan dia, jangan lupa tengok ya. 


Tahniah Elfira Loy, Selamat Pengantin Baru

Tahniah Elfira Loy, Selamat Pengantin Baru | Alhamdulillah. Hi korang. Diah masih lagi kagum dengan gambar-gambar perkahwinan Elfira Loy bersama pasangan dia, alahai semua cantik-cantik. Rasanya belum terlewat nak ucapkan tahniah kepada Elfira Loy dan Farisk Anuar. "Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma, Wa jamaah baina kuma fee khair." Mudah-mudahan ALLAH memberkatkan bagi kamu berdua, dan Tuhan berkatkan atas kamu daripada langit, dan moga-moga ALLAH himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan. 

Selamat pengantin baru dan semoga kebahagiaan, rahmat perkahwinan sentiasa ada dengan mereka. Khabarnya akan ada lima majlis resepsi untuk perkahwinan mereka. Seronoknya, baju-baju yang dipakai El untuk majlis dia pun cantik. Rekaan Rizman Ruzaini memang ada kelas la kan. Mesti mahal. 

Dah tengok Instagram Rizman Ruzaini? Alahai cair weh tengok baju Elfira. Nanges la camni. Nah serbu je Instagram dia tapi jangan jelous sorang-sorang. Meh jelous sama-sama. wakakkaka apesal cantik sangat tah. 

Selamat Pengantin Baru
Baraka Allahu Lakuma Wa Baraka Alikuma

Diah suka tengok Elfira ni sebab dia cantik, perempuan mana tak suka benda cantik kan? Lagi satu dia ni jenis berkening tebal so rasa macam geng sangat. Hahahaha bukan mudah perempuan berkening tebal nak survive masa zaman muda-muda ok, asyik la kena ‘bahan’ disebabkan kening. 

Tapi si El ni tahan kutukan so sedikit kagum di situ. Saiz dia pun kecik je. Jadi dia gunakan kekurangan dia jadi kelebihan dia dalam industry seni. Faham? Walaupun dia banyak je kena kecam sebab kes tunang tapi dia semakin laku. Dia pandai bergaya dan company yang engage dia tahu siapa target market customer mereka. Sebab tu Elfira Loy laku keras. Itu pendapat Diah la. 

Putus Tunang Dan Move On

Walaupun sebelum ni kecoh kes dia putus tunang, well dah tiada jodoh kan tapi big respect dia move on dengan cepat. Elfira apa yang tonjolkan dekat public melalui Instagram dia langsung tak nampak dia melatah bila peminat duk kutuk-kutuk dan buat banyak andaian. Hello ni bukan back up ya ni pemerhatian sahaja. Sesiapa sahaja boleh bersetuju untuk tidak bersetuju. 

Ramai juga yang kecam mak ayah dia. Dia boleh sabar. Marah-marah sikit tu adatlah tapi dia tak buat dan response kepada benda bodoh. Anak yang baik adalah anak yang pandai menjaga hati mak ayah mereka. tu semakin salute dekat dia. Mak dia faham anak dia macamana sebab tu El ikut cakap mak ayah tu. Baguslah. 
Baju Pengantin oleh Rizman Ruzaini
Cantik la dia. Suka warna ni. 

Doa Buat Pengantin

Buat Elfira dan suami, selamat menempuh alam rumahtangga dengan jayanya. Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah. Bukan mudah nak menggalas tanggungjawab seorang isteri dan bukan susah kita nak gembira melalui perkahwinan. 

“Ya Allah, satukanlah hati mereka”
Seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah. Satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman keyakinan dan tawakal kepadaMu. Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu. Murahkan rezeki mereka dan kurniakan kepada mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh. Semoga kehidupan mereka dipenuhi Al-Mawwadah dan Al-Rahman di dunia dan akhirat.” 
Elfira Loy Kahwin

9 Tips Hindari Stress

Kalau sebelum ni kita dibiasakan dengan bila stress je akan cari makanan (Diah la tu) apa kata jom kita tukar dan hindari stress melalui pemakanan dan gaya hidup sihat. Baru hidup jadi berkualiti. 

Dengan perubahan zaman dan gaya hidup masa kini, makanan menjadi faktor utama kita jatuh sakit. Kalau tak percaya tengok lah statistik kesihatan dunia, Malaysia antara negara asia yang berada di tangga teratas kerana mempunyai kadar obesiti yang tinggi dikalangan rakyatnya. 

Seram kan? Kalau zaman mak ayah kita dulu makanan segera amat sukar nak dibeli. Sukar kerana lokasi dan juga harganya. Mahal. Mana mampu nak beli seperti sekarang. 

9 Tips Hindari Stress 

Jadi agak terbatas anak-anak nak merasa makanan segera ni. Penyakit pun susah nak hinggap. Kalau dibandingkan dengan sekarang memang jauh bezanya. Dengan harga yang mampu beli, makanan segera dah jadi menu penyelamat untuk ibu bapa yang sibuk tak sempat nak masak. 

Tak tunding jari pada orang sebab Diah pun kadang-kadang beli sebab teringin. Tahu bahaya tapi suka. Macamana tu? 

Oleh sebab azam 2019 nak didik keluarga ke arah kehidupan sihat, haruslah tekankan dan jauhi makanan segera. Mampukah? Kita cuba lah kan. 

Jadi kali ni Diah nak berkongsi tips dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang 9 tips menghindari stress melalui pemakanan dan gaya hidup sihat. Dalam banyak-banyak tips tu, paling susah nak amalkan adalah no 3 tu. Masih berjuang. 

Tips Hindari Stres


  1. Tabiat diet yang tetap
  2. Ambil Diet yang seimbang – Diet yang seimbang termasuklah ada buah, sayur, protein dan karbohidrat. Kalau susah nak hafal, amalkan je makan makanan pelbagai warna. Sayur hijau, buah oren ha macam tu. 
  3. Kurangkan pengambilan kafein – Nak berhenti ambil kafein dah macam setaraf dengan berhenti tabiat merokok. Faham sangat susah ok tapi sekarang perlahan-lahan kurangkan kafein. Bukan kopi je ada kafein ok, milo pun ada tapi jumlah dia kecil la. 
  4. Kurangkan pengambilan garam – Oleh sebab para ibu yang memasak dekat rumah maka kena ingat la dalam setiap masakan cuba kurangkan garam tapi lebihkan kasih sayang. Garam juga tinggi dalam makanan segera. 
  5. Hentikan pengambilan alcohol 
  6. Keperluan vitamin dan mineral yang mencukupi – Kalau nak ambil vitamin sila la dapatkan pandangan doktor dahulu. Kita tak nampak apa ada dalam badan kita. Mana yang kurang dan terlebih. Dah tahu baru beli yang patut ya. 
  7. Menggunakan bahan makanan yang mengandungi probiotik – Contoh makanan probiotik macam budu dan tempe. Ini Diah suka. 
  8. Kekalkan berat badan – Bila pemakanan terjaga in sha Allah berat pun kekal je. 
  9. Hentikan tabiat merokok – Dah alang-alang sekarang pun susah nak merokok apa kata berhenti teruslah. Memang payah tapi tak mustahil kan? 


Sekian sahaja perkongsian untuk misi sihat 2019. Sama-sama kita hargai nikmat sihat yang Allah beri. Nanti kalau tak jaga dekat akhirat kelak Allah akan soal semula apa yang kita buat dengan apa kita ada ni. 

Masa tu mulut dikunci, anggota badan kita yang tolong jawabkan. Insaf kan? Tak dapat amalkan semua tips dekat atas tak apa kita cuba yang mampu la. Selamat berjaya. 

5 Tips Elak Taktik Scammer Kurier Servis

Assalamulaikum, hai korang. Tak berapa lama dulu kecoh kan viral tentang taktik scammer melalui kurier servis. Pernah dengar? 

Kalau belum meh baca apa Diah kongsi ni. Macam pelik kan, macamana boleh jadi mangsa scammer melalui kurier servis? 

Rupa-rupanya korang berpotensi untuk jadi mangsa scammer ni bila berlakunya kebocoran maklumat peribadi korang. 

Maklumat peribadi seperti nama dan juga alamat tempat tinggal. Siapa yang dimaksudkan dengan scammer ni?


5 Tips Elak Taktik Scammer Kurier Servis


"Scammer is someone who makes money using illegal methods, especially by tricking people"

Oleh sebab perniagaan secara online ni dah bercambah macam cendawan tumbuh selepas hujan maka banyaklah penjenayah buka mata nak cari peluang juga. 

Semakin banyak jualan semakin ramai la yang menggunakan kurier servis untuk penghantaran barang kepada pelanggan.

Kalau dapat panggilan mencurigakan, baik jangan layan. Putuskan panggilan dan pergi ke bank atau telefon customer service bank kalau ada soalan.

Senarai Scammer di Malaysia

Mangsa-Mangsa Penipuan Scammer

Benda ni boleh terjadi dekat sesiapa sahaja. Seram kan? 

Apa yang Scammer buat ialah mereka akan guna nama dan alamat untuk membuat penghantaran barang yang konon-kononnya korang beli dan menetapkan bayaran secara cash on delivery (COD).

Maksudnya korang akan buat bayaran bila barang sampai ke tangan. Sebagai contoh antara platform shopping online yang terkenal sekarang macam Shopee dan Lazada. 

Jadi dekat sini la akan jadi tumpuan penjenayah untuk lakukan kegiatan mereka.

Rupa-rupanya dah ada kes pun yang melibatkan kurrier servis ni. Siap masuk surat khabar lagi, guru ditipu dan kerugian 12 ribu ringgit. 

Jadi korang kena la berhati-hati. 

Apa perlu korang buat untuk elak jadi mangsa scammer ni? sila ikuti Tips Elak Jadi Mangsa Taktik Scammer Melalui Kurier Servis seperti yang dicadangkan dibawah:

  1. Bila terima bungkusan sila semak nama penerima dan jangan tanda tangan nota penerimaan barang jika ada keraguan. 
  2. Jangan sesekali ambil barang yang dihantar jika tidak yakin. 
  3. Berkeras untuk tidak terima barang yang bukan kita pesan. 
  4. Semak detail barangan seperti berat bungkusan, maklumat penjual dan harga yang perlu dibayar. 
  5. Perkara yang sering terjadi, Jika menjadi wakil penerima pastikan penerima mengesahkan pembelian baru terima bungkusan dan buat pembayaran. 


Cara Semak Senarai Scammer Malaysia 

Kadang-kadang kita dah cukup berhati-hati tapi masih lagi menjadi mangsa penipuan. Itu namanya takdir. Minta la pertolongan dari Allah dan jauhi aktiviti yang mencurigakan. 

Diah nak kongsi satu laman web yang dapat bantu korang semak senarai penipu "scammer" di Malaysia dekat luar sana tu. 



Tips Elak Jadi Mangsa Taktik Scammer Melalui Kurier Servis

Sebenarnya masih banyak lagi taktik yang scammer ni amalkan dekat luar sana tu. Kita kena bijak dan jangan mudah termasuk dalam jerat mereka. 

Tiada jalan mudah nak kaya dan berjaya. Kita doakan semoga yang buat kegiatan ni dapat dibanteras dan kembali ke pangkal jalan. Baru aman dunia. Tak gitu?