Resepi Kek Butter Pandan

Hai korang dah lama Diah tak kongsi resepi dekat blog ni. 

Jadi sebagai pembuka tirai tahun 2019 semestinya Diah nak kongsikan kek yang tak pernah jemu dimakan dan memang teramat mudah kalau korang nak cuba buat. 

Tak perlukan teknik dan kemahiran membakar yang tinggi pun boleh buat. Resepi confirm jadi la kiranya. 

Kek butter ni selain sedap dimakan sebagai menu minum petang, boleh juga dibuat sebagai hidangan masa Hari Raya ataupun sebagai menu yang dibawa masa jamuan kelas anak-anak. Senang hidup. 

Resepi Kek Butter Pandan 

Apa yang perlu adalah bahan-bahan untuk buat kek dan oven. Tahun 2019 nak menabung untuk beli oven yang bersaiz besar. Tahun ni juga berazam nak belajar buat roti. Doakan Diah ya. 

Resepi Kek Coklat Kukus Lembap Sukatan Cawan  ni ramai ambil untuk berniaga. 

Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek butter Pandan. Semua bahan kebanyakkanya memang ada di dapur dan murah. 


Resepi-Kek-Butter-Pandan



Kalau kat rumah Diah,  kek ni boleh bertahan selama dua ke tiga hari. Satu adunan resepi kek butter ni boleh dapat dua biji kek butter size standard yang ada dekat kedai tu. Boleh bayangkan tak? 

Nak buat kek Pisang boleh guna Resepi Kek Pisang Moist Yang Sedap Dan Mudah


Bahan-Bahan Kek Butter Pandan 


Diah lupa ukuran Loyang yang digunakan. Sorry ok. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1 ketul butter 250gram jenama kegemaran korang (Diah guna Buttercup)
1 cawan gula
4 biji telur size B
2 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung kek 
Perisa Pandan 
Pewarna hijau


Cara-cara untuk membuat kek butter perisa pandan ialah:

Pukul butter dengan 1 cawan gula. Pastikan butter dalam keadaan bersuhu bilik supaya mudah dipukul dan tak mengganggu tekstur kek. Pukul sehingga gebu. 

Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga kembang. 

Kemudian masukkan susu pekat manis, sedikit perisa pandan dan pewarna hijau dan pukul lagi. 

Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau adunan hingga sebati. 

Panaskan ketuhar selama lima minit dan bakar kek pada suhu 160c api atas bawah selama 30 minit atau sehingga masak ikut oven masing-masing. 

Kek ni akan kembang jadi masukkan adunan separuh dari Loyang sahaja. Loyang tu boleh letak kertas minyak untuk memudahkan kek dikeluarkan nanti.


Kek-Butter-Pandan


Kalau tengok rancangan masak dekat Astro, kek butter ni juga jadi asas kepada kek-kek yang nampak mewah dalam tv tu. 

Boleh lapiskan dengan fresh cream, boleh letak icing dan deco kek jadi kek mewah juga. Ikut kreativiti. Kek butter selalu jadi penyelamat Diah bila tak tahu nak jamu apa dekat tetamu. Jadi selamat mencuba. 

Review Hi Tea Buffet Hujung Minggu Di Hotel Istana Kuala Lumpur

Hi korang. Diah ke Hotel Istana Kuala Lumpur bulan lepas untuk menjamu selera hidangan Hi tea mereka sempena sambutan ulang tahun kelahiran Diah yang ke 33. 

Celebrate agak lambat sebab sejak bulan November jadual sangat pack dengan hal keluarga, uruskan hal persekolahan dan banyak lagi hal berbangkit. Hujung tahun lepas baru berpeluang datang ke sini. 

Hotel Istana jadi pilihan kami berdasarkan review kawan-kawan terdekat. Hotel Istana ni hotel lama dan merupakan hotel bertaraf lima bintang. 

Review Hi Tea Buffet Hujung Minggu Di Hotel Istana Kuala Lumpur

Jadi bila datang ke sini dalam otak dah terbayang kesedapan makanan dan servis yang bagus. Kami menjamu selera di Taman Sari Brasserie Hotel Istana, yang menghadap taman dan juga kolam renang. 

Harga Hi Tea Buffet Hujung Minggu Di Hotel Istana Kuala Lumpur


Waktu operasi untuk Hi tea bermula seawal 12 tengah hari sehingga jam 4 petang dan hanya dibuka pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. 

Harga untuk dewasa ialah RM85 dan kanak-kanak diberikan diskaun sebanyak 50% manakala kanak-kanak bawah 4 tahun adalah percuma. 


Hidangan Hi Tea Di Taman Sari Brasserie Hotel Istana

Menu hi tea Hotel Istana menyajikan makanan melayu dan juga antarabangsa. Ada banyak pilihan dari nasi, roti, mee, pizza, pencuci mulut dan buah-buahan. 

Banyak juga lah pilihan disediakan. Diah suka pilihan pencuci mulut yang ada, jangan lupa cuba Strawberry shortcake dan serawa durian. Pilihan Sandwhich dia semua sedap. 

Hotel Istana Kuala Lumpur


Semua menu dalam pinggan adalah favourite. Diah sangat enjoy Hi Tea sebab masa dia lebih panjang dan pilihan makanan dia tak terlalu heavy. 


Review Hotel Istana Kuala Lumpur


Apa yang istimewa dekat sini ialah, Taman Sari Brasserie Hotel Istana menyediakan Kid’s corner yang mana kanak-kanak ada meja buffet mereka sendiri. 

Bilik khas ini disediakan merupakan ruang khas untuk kanak-kanak menonton movie sambil makan dan melakukan aktiviti face painting. 

Bolehlah ibu bapa makan dengan aman. Bijak! Bolehlah resort percutian & hotel lain amalkan sama.

Kids Zone Hotel Istana

Pendapat Diah tentang Hi Tea Buffet Di Hotel Istana Kuala Lumpur

Layanan yang kami terima amat baik dari saat kami melangkah masuk ke sini. Disambut manis oleh penyambut tetamu dan dilayan dengan baik oleh semua krew. 

Makanan yang disediakan juga sedap. Sekali sekala jamu mata dan perut dengan makanan sedap memang seronok. Anak-anak memang seronok terutamanya dapat makan dan tengok movie dekat Kids Zone tu. 

Paling penting kami suami isteri dapat lepak minum kopi lepas makan sambil tunggu anak-anak bergembira. 

Ni sahajalah kualiti time kami untuk duudk lepak berborak lepaskan penat lelah masing-masing. Seronok. 

Hotel Istana Kuala Lumpur


Untuk korang yang berminat nak cuba bolehlah hubungi Hotel Istana untuk buat tempahan di talian 0321419988 ext 3667

Perlantikan Tengku Abdullah Al-Haj Sultan Haji Ahmad Shah

Perlantikan Tengku Abdullah Al-Haj Sultan Haji Ahmad Shah 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena pertabalan Sultan Pahang Ke 6 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Sultan Haji Ahmad Shah.  

Perlantikan berkuatkuasa serta merta menggantikan paduka ayahanda baginda yang kini gering. Istiadat pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan akan dilangsungkan pada Selasa ini (15 Januari) di Istana Abu Bakar.

Kami sebagai rakyat Pahang berbesar hati berada di bawah kepimpinan Tuanku. Semoga Tuanku dapat mentadbir negeri Pahang negeri disayangi semua dengan adil, cergas dan cekap. Patik selaku rakyat Pahang amat berbangga, berbesar hati dan yakin rakyat yang lain juga turut rasa yang sama. 

Semoga Negeri Pahang terus maju, bersatu padu, aman harmoni, saling menghormati dan saling menyayangi. Semoga Allah merahmati dan memberkati pemerintahan Paduka Seri Sultan Pahang. 

Daulat Tuanku!

Daulat Tuanku! 

Daulat Tuanku!


Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Pahang ke 6


Tulang Belakang Tengku Abdullah


Diah berkenan sangat dengan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Cantik orangnya.Terpikat tengok wajah Tunku Azizah yang lembut tapi tegas, air muka mesra rakyat. Tunku minat memasak dan banyak sertai aktiviti melibatkan rakyat Pahang. 

Bertambah kagum bila tahu Tunku mempunyai empat orang putera dan lima orang puteri iaitu:

  1. Tengku Amir Nasser
  2. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
  3. Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah
  4. Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah
  5. Tengku Puteri Ilyana
  6. Tengku Puteri Iman Afzan
  7. Tengku Puteri Ilisha Ameera
  8. Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah
  9. Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah

Tengku Puan Pahang

Cara Buat Scroll Bar Pada Bloglist

Hi korang. Kali ni nak buat perkongsian tutorial cara nak buat scroll bar pada bloglist khas untuk platform blogspot. 

Tercetusnya tutorial ini adalah disebabkan Diah bosan tengok template blog sendiri yang terlalu simple. Jadi berhasrat nak masukkan bloglist tapi tak mahu biarkan dia jadi panjang berjela.

Tak la pandai sangat part nak edit blog ni tapi memang suka mencuba. Puas hati kalau dapat buat sendiri. Lepas google, tanya kawan-kawan blogger dan cuba akhirnya Diah berjaya buat. 

Cara Buat Scroll Bar Pada Bloglist 

Tepuk bahu sendiri. Syabas! Kalau ikut pembacaan ada dua cara nak buat jadikan scoll bar; iaitu HTML dan CSS. Dua-dua Diah cuba dan menjadi.

Tutorial


Sebelum tu Diah dah rujuk beberapa blogger yang pandai buat dan sayangnya tutorial semua dah out dated. Tapi Diah terjumpa perkongsian blogger tutorial ni dan menjadi blogger-blog-tutorial.blogspot.com

Sebelum buat apa-apa perubahan sila buat back up template sedia ada supaya tiada penyesalan di kemudian hari. Sebelum save template tekan preview. 

Elok baru tekan save ye korang. Kalau tak jadi harapnya janganla marahkan ahkak. Oh ya, bila kita edit template dan customize macam kita nak ni ada baik buruk yang korang perlu tahu tau.

Baiknya blog ikut kehendak kita dan buruknya ialah kemungkinan akan ada widget sedia ada dekat blog tidak berfungsi. 

Pengalaman Diah sendiri, tak tahu la kebetulan atau suratan lol komen box hilang lepas selesai proses edit. Jadi bersiap sedia ya.

Macamana tahu komen box hilang? Ok Diah dapat tahu bila ada reader tak dapat nak view komen box melalui mobile, kalau view dekat desktop/ laptop pun sekejap ada sekejap hilang. 

Macam Chipsmore kau. Berita baiknya Diah kongsi sekali tutorial cara atasi ruangan komen hilang. Baca sampai habis please.

Back to tutorial cara nak Buat Scroll Bar Pada Bloglist. Cara-caranya ialah seperti berikut:

#1 Pastikan Bloglist widget memang dah siap di pasang dekat blog korang. Kalau belum ada buat dahulu. Log in – dashboard – add gadget – blog list – masukkan senarai list blog – save.

Insert Gadget Scroll Bar Pada Bloglist
Masukkan Gadget Blog List 
Cara Buat Scroll Bar Pada Bloglist



Pilih Blog List yang korang nak. Ini gambar sebelum blog list ni boleh di scroll dan panjang berjela. Jadi sekarang kita nak pendekkan dan jadikan dia boleh scroll. Nampak sopan sikit. Blog list Biasa dia akan jadi panjang ikut pilihan kita buat. 

Blog list wish

#2 Dashboard – Theme – Edit HTML – control F dan cari code ni



Bila dah jumpa korang kena copy code bawah ni dan paste kan di atas code yang korang cari tadi

.blog-list-container {height:355px;overflow:auto;}

edit HTML Scroll Bar Pada Bloglist
Edit HTML
Copy Paste Code yang diberikan

Seperti biasa dah edit sila tekan preview dahulu, tara bloglist dah keluar scroll bar. Tara dah jadi pun. Jadi pun Scroll Bar Pada Bloglist. 

Siap Tutorial | Cara Buat Scroll Bar Pada Bloglist

Cara Mengatasi Kotak Komen Hilang


Bila dah siap boleh la bergembira sementara. Jom teruskan dengan tutorial cara mengatasi ruangan komen yang hilang.

Faktor-faktor utama masih tak dapat dikenal pasti tapi bila kita cuba edit dan tambah gadget dekat blog kemungkinan tinggi benda-benda macam ni akan jadi. Sebelum ni pernah jadi juga jadi kotak komen tak muncul jadi Diah kongsikan cara mengatasinya supaya senang nak rujuk di masa hadapan. 
Diah rujuk entri dari sahabat ni Dawinz.com 

#1 Dashboard – Theme – Edit HTML – control F dan cari code ni ]]>


#2 Dah jumpa code tu, copy code dibawah dah paste kan di atas code tadi

.mobile .blogger-iframe-colorize {
display: block !important;
}
.blogger-iframe-colorize {
display: block !important;
}

#3 Tekan preview dan save jika tiada masalah.

Selamat mencuba!