Tak Tahan Komen Daripada Netizen Akhirnya Artis Buka Tudung

Tak Tahan Komen Daripada Netizen Akhirnya Artis Buka Tudung 

Assalamualaikum. Baca berita tentang artis wanita yang akhirnya tak pakai tudung sebab tak tahan kecaman daripada netizen yang selalu cari pasal tentang imej dia sebagai wanita yang bertudung. 

Itu komen dari artis tersebut dalam satu temubual dengan wartawan hiburan yang Diah tonton dekat Youtube. Dia terangkan yang sejak dari awal dia bertudung netizen dah melemparkan pelbagai komen yang sah-sah meninggalkan kesan di hati dia. 

Sebab tu, bila dia ambil keputusan untuk terus buka tudung dan dia salahkan netizen. Rasa sedih dan terkilan pula bila dia terang-terangan dia salahkan orang lain bila diri sendiri memilih jalan yang salah. 

Dia tak tahu ke mulut tempayan tak boleh ditutup. Komen yang tak bawa kebaikkan tak perlu la ambil pusing. Eh awak senang la awak bukan artis. Eh!


Emma Maembong buka tudung


Diah tak kecam pilihan dia cuma risau dengan trend yang cuba dia ‘bawa’. Ini bukan kes pertama yang mana artis tunjuk contoh tak baik pada untuk pengikut mereka. Siapa pengikut-pengikut artis ni? 

Semestinya anak-anak muda yang baru nak belajar erti hidup. Bila ada contoh depan mata ni seolah membenarkan apa sahaja perbuatan salah itu adalah betul dan konsep ‘salahkan orang’ untuk tutup salah diri sendiri boleh diguna pakai. 

Come on! Dah besar kot. Kalau ikut logik akal, patut ke kita mengamuk dan salahkan iklan makanan yang sedap-sedap dekat tv? 

Kita tergoda nak makan, kemudian kita makan dengan gembiranya lepas tu kita jadi gemuk. Adakah kita akan kecam restoran-restoran yang jual makanan sedap sehingga menjilat jari dan viral bila kita terjebak nak makan kat situ? Patut ke? itu semua pilihan diri sendiri. 


Tak Guna Ikut Apa Orang Kata

Pernah juga berada dalam situasi buat pilihan yang salah dan akhirnya faham bila terlalu ikut apa orang kata akhirnya makan diri. Apa kita buat, apa kita pilih semuanya akan beri kesan. Hatta kita pilih berdiam diri pun ada akibatnya. 

Sedihnya, artis ni atau sesiapa sahajalah yang sekapal dan berada dalam situasi yang sama satu je Diah nak kongsikan. Jangan pernah berubah, eh macam lirik lagu. 

Jangan pernah buat sesuatu dan salahkan orang lain. Sebelum otak tu fikir nak tunding jari dekat orang lain, apa kata tunding kat diri sendiri dulu. Audit diri. 

Sekali lagi, entri ni bukan nak hentam artis atau sesiapa sahaja dekat luar sana tu tapi sebagai muhasabah diri dan fikirkan sama-sama. Andai ujian tu Allah berikan pada diri kita atau orang terdekat dengan kita. Apa kita buat? Apa reaksi kita? Apa cara terbaik untuk terangkan apa yang mereka pilih ni salah. 

Nanti akan tiba satu saat waktu hari kita bertemu Pencipta kita, Allah yang satu. Boleh ke kita beri jawapan apa yang berlaku adalah salah orang lain. Orang lain yang hasut? Boleh ke? 

Betul, setiap orang mencuba untuk jadi lebih baik dari hari sebelumnya. Tak siapa pun akan memilih untuk hancurkan diri. Setiap manusia tak sempurna tapi kita boleh berusaha. 

Mari lah kita sama-sama doa agar setiap yang terlibat termasuk netizen yang bijak berkata-kata ni masing-masing dapat belajar atas ujian ni. 

Kita sedap mengeluarkan kata-kata sebab kita belum di uji macam orang yang kita kata. Jom doa andai Allah uji kita, kita mampu sabar. Kita tak melatah dan kita cepat sedar. Terlajak perahu boleh di undur terlajak kata ada hati yang merana. Wassalam. 

Atasi Sakit Sendi (Artritis) Melalui Kaedah Alternatif Dengan Krim IONMAN Pro

Berita baik untuk anda yang menghidap sakit sendi, kini masalah radang sendi (Artritis) dapat diatasi melalui kaedah alternatif dengan penggunaan krim IONMAN Pro

Menurut Yayasan Artritis Malaysia, terdapat pelbagai penyakit radang sendi yang selalu dihidapi pesakit, dan paling kerap adalah Rheumatoid Arthritis (RA) dan Osteoarthritis (OA). 

Artritis merujuk kepada satu penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi yang disebabkan oleh banyak faktor dan diantaranya kerosakan sendi, jangkitan kuman dan penyakit yang diwarisi. 

Atasi Sakit Sendi (Artritis) Melalui Kaedah Alternatif Dengan Krim IONMAN Pro

Minggu lepas Diah berpeluang mendengar penerangan tentang produk IONMAN di Ibu Pejabat mereka di Petaling Jaya. Banyak sungguh informasi berguna yang Diah dapat terutama tentang tulang dan tips penjagaan kesihatan diri. 

Menurut jurucakap IONMAN, krim IONMAN Pro merupakan perumusan krim yang terdiri daripada air, glukosamina Sulfat, campuran air dan ekstrak keladi liar dan dihasilkan menerusi Proprietari Transdermal Technology. 

Ia diperbuat daripada ekstrak tumbuhan semulajadi dan direka khusus untuk penyerapan kulit segera untuk memperbaiki sendi dan tulang rawan yang bermasalah.


Headquater-IONMAN-PJ


IONMAN Pro ialah krim topikal yang menggunakan Transdermal Technology dan disapu pada sendi-sendi seperti lutut, tulang belakang, dan bahagian leher. 

Menerusi Transdermal Technology yang unik, garam glukosamina sulfat berpekatan tinggi berupaya menembusi kulit terus ke sendi yang mengalami kesakitan. 

testimoni-Krim-IONMAN-Pro

Kebiasaan radang sendi selalu dialami oleh orang tua tetapi disebabkan gaya hidup dan cara pemakanan yang tidak betul sesiapa sahaja berpotensi untuk mendapat sakit sendi walaupun pada usia yang muda. 

Pengambilan kafein dan makanan manis yang berlebihan mengakibatkan kalsium tidak dapat diserap dengan baik oleh tulang kita. Radang sendi juga melibatkan kerosakan tulang rawan.

Rawan berfungsi melindungi sendi, dan membolehkan ia bergerak dengan lancar. Ia menyerap kejutan apabila tekanan diletakkan pada sendi, seperti bila berjalan. 

Tanpa jumlah rawan yang cukup, tulang akan bergesel, menyebabkan kesakitan, bengkak (keradangan) dan ketegangan. Glukosamina Sulfat yang terdapat dalam krim IONMAN Pro membantu dan memberi kesan terapeutik seperti: 
  1. Mengurangkan sakit sendi
  2. Menambaik fungsi sendi
  3. Merencatkan proses kemerosotan sendi.
Krim-IONMAN-Pro

Siapa yang patut menggunakan krim IONMAN Pro?


Individu yang disarankankan menggunakan IONMAN Pro krim ialah:  
  1. Mereka yang ingin mengembalikan kehilangan kalsium untuk orang tua
  2. Wanita mengandung yang mahu meningkatkan sokongan tulang semasa hamil
  3. Mencegah kehilangan kalsium untuk ketagihan kafien dan makanan manis
  4. Mereka yang terlibat dalam kecederaan sukan 
  5. Orang yang terlebih berat badan dan menyebabkan kecederaan lutut atau penyokong kaki
  6. Orang yang tidak mendapat rehat yang cukup menyebabkan sakit belakang. 
  7. Mereka yang selalu mengalami ketegangan leher untuk penggemar komputer dan melalui waktu kerja yang panjang. 
Sakit-Sendi-Artritis-guna-krim-IONMAN-Pro


Apa yang Diah suka tentang krim ni, ianya tidak perlu dimakan dan cukup sekadar disapu di bahagian sendi yang sakit. 

Untuk kesan yang lebih baik, dicadangkan untuk sapu setiap 4 jam dibahagian yang dicadangkan. 

Nak dapatkan keputusan yang baik haruslah konsisten dalam pemakaian. Krim ni boleh dipakai oleh semua orang tapi jika anda mempunyai kulit yang sensitif, anda diminta untuk mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.
  
application-area-guna-krim-IONMAN-Pro

Diah hadiahkan krim ni untuk mak Diah yang memang sekarang tengah mengalami Artritis yang agak teruk terutama pada bahagian jari, tangan,dan pergelangan tangan. 

Mak selalu mengadu tangan akan berasa kebas dan sakit pada waktu pagi. Tangan mak menjadi merah dan bengkak. Nak bengkok dan pegang benda pun boleh terjatuh. Sedih sangat. 

Bila di ajak berjumpa doktor banyak sangat alasan dia. Jadi harapnya dengan usaha macam ni dapat bantu mak jadi sihat.

Harga IONMAN Pro: 30g   | Rm68, 100g | Rm199 

D10’s, IonMistz Gold & Eye K

Selain dari krim IONMAN Pro, antara produk lain yang diperkenalkan ialah D10’s, IonMistz Gold & Eye K. 

krim-D10’s-IONMAN-Pro



Produk D10’s

Menurut jurucakap IONMAN, D10 'berasal dari' de-tense ', yang bermaksud' de-stress '. Ia membayangkan tindakan melepaskan ketegangan badan atau mental. Dengan kata lain, ia adalah tentang bagaimana anda 'berehat' badan samaada minda anda. 

Gaya hidup pada masa kini, faktor psikologi dan ketidakseimbangan hormon menjadi penyumbang besar kepada kualiti hidup kita.

D10’s dicipta untuk mengurangkan stress menggunakan tiga mekanisme iaitu menenangkan, melicinkan, dan antioksida. Ianya dipercayai dapat meningkatkan kualiti tidur, menstabilkan emosi, menguruskan tekanan dan menormalkan sistem metabolisme. 


application-area-krim-IONMAN-Pro


Bahan Utama Produk ialah: 
  • Ekstrak daun zaitun
  • Ekstrak biji anggur
  • Ekstrak yam liar

Eye K

Eye K berkesan menyelesaikan masalah kesakitan mata gatal, konjungtivitis (mata merah), bengkak, kering, keletihan, rasa tidak selesa apabila memakai kanta sentuh, lingkaran gelap. 

Ianya berkesan untuk mencegah galukoma dan juga katarak. Jangan risau kerana Eye K diperbuat daripada Air tulen dan mineral mikro Nutri-Mata. Hanya semburkan dua kali sehari untuk mereka yang tidak mempubyai masalah mata. 


Air IonMistz

Disarankan untuk individu yang mempunyai masalah radang kulit kerana Air IonMistz cepat meresap ke dalam kulit dan membantu melegakan gejala alahan. 

Ianya juga membantu mengekalkan kelembapan sel kulit dan mengaktifkan metabolisme kulit. Ianya telah diuji selamat dan bebas dadah. Bahan kandungan utama ialah air dan garam laut serta melalui teknologi AR.



Sakit sendi bukanlah sesuatu yang perlu kita pandang ringan. Pengalaman ahli keluarga sendiri menghidap Artritis dan melihat sendiri kesengsaraan mereka menanggung sakit memang menyedihkan. 

Sebolehnya menjalani pembedahan adalah jalan terakhir yang pesakit akan pilih dan cuba elakkan. Dengan adanya krim IONMAN Pro sekurang-kurangnya memberi sinar harapan untuk mereka menjalani kehidupan lebih baik. 

Untuk anda yang ingin tahu lebih lanjut mengenai produk IONMAN boleh menghubungi mereka seperti maklumat di bawah. Anda juga digalakkan untuk membuat temujanji dan datang sendiri ke ibu pejabat mereka yang terletak di Petaling Jaya, Selangor untuk mendapatkan konsultansi. 


IONMAN HQ PJ
No.7, Jalan SS 2/66, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor
014-914 0319


Perkara Perlu Anda Tahu Mengenai Ekzema

Diah mula belajar mengenai Ekzema melalui anak-anak. Betul sangat, pengalaman menjadi guru terbaik dalam kehidupan. 

Ekzema dikaitkan dengan masalah keradangan kulit yang biasanya berulang-ulang dan menyebabkan gatal. Semua orang berpotensi untuk terkena penyakit ekzema termasuk lah bayi, kanak-kanak dan juga orang dewasa. 

Tapi jangan risau sebab ianya bukanlah penyakit berjangkit dan boleh dikawal. Antara bentuk-bentuk keradangan kulit yang terjadi ialah kulit kering atau bersisik, kulit keluar bintik-bintik halus atau kasar, kulit bertukar merah dan gatal. 

Perkara Perlu Anda Tahu Mengenai Ekzema 

Orang yang paling mudah menghidap ekzema adalah mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang ada ekzema, pesakit resdung, asma dan juga orang yang ada alergik.

Faktor Penyebab Ekzema Meradang

  • Penggunaan sabun, barangan mandi dan pencuci pakaian yang salah. 
  • Cuaca panas dan kuat berpeluh
  • Alergik terhadap makanan, barang kemas, alam persekitaran, fabrik, barang kosmetik, detergen dan banyak lagi. 
  • Stres
  • Kurang air dalam badan.

Kalau pembaca masih ingat Diah pernah kongsikan tentang anak kedua Diah, Raudah Sakinah yang disahkan doktor menghidap Ekzema masa dia berumur 5 bulan. 

Genap umur dia setahun ekzema dia semakin berkurangan. Itu pun selepas mencuba pelbagai ikhtiar. Alhamdulillah kulit dia semakin hari semakin baik. 


Kali ni, giliran abang dia pula menghidap ekzema. Ekzema abang dia pula bermusim. Kalau cuaca terlajak panas dan dia kurang minum air secara automatik radang tu berlaku. 

Seperti biasa bila melibatkan masalah kulit kami akan rujuk Doktor favourite kami, Doktor Kevin Menezes di Klinik Mediviron Wangsa Delima, Kuala Lumpur. 

Masalah yang anak Diah hadapi ialah dia ada kelemumur yang agak tebal di kepala. Ni bukan kelumumur biasa- biasa tu. Doktor Kevin juga sahkan ianya bukan juga jangkitan fungal. 

Kebiasaan kalau terkena jangkitan fungal dia akan rasa gatal-gatal. Sebelum berjumpa Doktor Kevin Diah sempat singgah di farmasi untuk beli sahaja ubat tapi mereka tidak berani mengesyorkan apa-apa ubat dan minta kami rujuk kepada doktor. 

Masa ni memang dah cuak, risau yang bukan-bukan. Ingatkan kelumumur biasa-biasa je. 

ekzema-kulit-kepala

Ekzema - Seborrheic Dermatitis

Apa yang berlaku ialah, di awal persekolahan, cuaca memang agak panas. Ada juga beberapa hari anak Diah macam kekurangan air walaupun dia bawa botol air kesekolah dan minum seperti biasa. 

Diah mula perasan bila terpegang kepala dia dan ada kelumumur tebal. Bila disikat kuping-kuping yang besar tercabut. 

Oleh sebab kelumumur tu melekat pada rambut jadi banyak juga rambut yang tercabut sekali dan keluar darah. Tak banyak pun tapi agak pedih bila mandi sebab kulit tu terluka. 

Diah cuba terangkan mengikut istilah yang mudah difahami dan andai ada perkataan yang sukar difahami / salah terma, mohon maaf dan sila rujuk yang lebih arif. 

Semasa sesi konsultan dengan doktor Kevin, doktor terangkan yang Ikhwan ni terkena jangkitan Seborrheic Dermatitis. Salah satu jenis ekzema tapi serangan hanya bahagian dari dada ke kepala (bahagian atas). 

Doktor kata kalau jangkitan fungal kebiasaan dia akan gatal tapi Ikhwan langsung tak menggaru. Bila dengar penerangan doktor kami agak terkejut sebab sebelum ni memang Ikhwan bebas masalah kulit. 

Dah masuk 8 tahun baru ekzema dia tunjuk taring. Haha. Kita yang dewasa orang panggil kelumumur dan kalau untuk bayi, kelumumur ni biasanya dipanggil ‘craddle cap’. Bayi baru lahir selalu ada kan?

Lepas dengar penerangan doktor baru lah lega, dan doktor cadangkan dua jenis syampu beserta pelembap. Boleh tengok gambar ya. Satu untuk dipakai pada waktu pagi, dan satu lagi di pakai pada waktu petang.

Untuk syampu waktu petang ni kena biarkan syampu di kepala selama 5 sehingga 10 minit supaya syampu tu meresap ke kulit kepala. Selepas bersyampu pula kena sapu pelembap ke kulit kepala. 

ubat-gatal-eczema


Masa dengar doktor sebut pelembap ingatkan macam pelembap sapu ke badan tu. Rupa-rupanya teksturnya cair dan perlu disembur. 

gatal-eczema


Syampu tu tak pedih kan mata dan berangin. Pelembap tu pula dia akan cepat kering dan membentuk lapisan. Sedikit pedih jika kulit kepala terluka. Tapi tak lama mana pun rasa pedih tu. Beprosalic Lotion yang perlu disembur lepas mandi

syampu-eczema



Selepas seminggu doktor Kevin minta datang berjumpa dia semula untuk melihat perkembangan Ikhwan. 

Doktor pesan untuk banyakkan minum air, elak berada di bawah cuaca yang panas terlalu lama, dan kekalkan kelembapan kulit. Alhamdulillah lepas seminggu kelumumur yang tebal tu hilang.

Sebelum teruskan syampu setiap hari Diah akan sikat dan buang lapisan yang tebal supaya syampu dan pelembap dapat meresap ke kulit kepala. Berkesan!

selepas-rawatan-eczema


Untuk ibu bapa yang ada anak-anak menghidapi masalah radang kulit atau seangkatan dengannya Diah cadangkan untuk berjumpa dengan doktor Kevin ni sebab klinik dia fokus untuk masalah kulit. 

Nak kurus pun doktor boleh nasihatkan. Paling penting doktor tak galakkan produk yang ada steroid. Itu paling Diah suka. Nak cari di Klinik Mediviron Wangsa Delima pun mudah sahaja. 

Ianya bangunan yang berhadapan dengan Wangsa Walk Malk dan sederet dengan Bank Islam. Susah sangat waze je lah alamat di bawah. Apa-apa nak tanya boleh drop soalan di bahagian komen atau email je Diah ok. 

Klinik Mediviron
No 5 Kedai D’Wangsa Maju Blok 1C
Jalan Wangsa Delima 12
53300 Wangsa Maju Kuala Lumpur
No Tel: 03-41428640



klinik-mediviron

Cara Mudah Banyakkan Susu Badan

Cara mudah banyakkan susu badan yang ibu menyusu wajib tahu bermula dengan menjaga apa yang ibu makan sejak dari dalam pantang lagi. 

Memang diakui yang setiap orang mempunyai cara pantang tersendiri seperti pantang terhadap makanan selama 44 hari selepas kelahiran. 

Ada juga yang pantang selama setahun dan lebih dari tu. Antara makanan paling popular dikalangan ibu dalam pantang adalah laksa dan juga pulut. Makanan kontroversi tu. 

Cara Mudah Banyakkan Susu Badan Yang Ibu Menyusu Wajib Tahu

Bila sebut susu badan teringat kisah seorang artis yang menyusukan anak dan dia tertekan dengan komen-komen orang ramai tentang saiz badan dia. 

Pergi mana-mana orang asyik tegur dia gemuk, bila upload gambar di laman sosial pun sama dapat komen tegur badan dia dah naik. 

Oleh kerana stress dia nekad nak kuruskan badan sehingga menjejaskan pengeluaran susu badan. Alahai kasihan betul. Silap dia ialah dia nak kuruskan badan tapi tak jaga pemakanan dengan betul. 

Makanan sebagai milk booster


Makanan Yang Perlu Di Ambil Oleh Ibu Menyusu


Sejak dari anak pertama lagi Diah memang jenis banyak susu badan dengan syarat kena makan nasi. Kena makan nasi dua kali sehari sekurang-kurangnya. 

Kalau ikutkan nasihat doktor dan pembacaan di internet, ibu menyusu kena pastikan ambil makanan yang seimbang. 

Semua yang ibu makan bakal dikongsi dengan anak kita melalui susu ibu. Makanan perlu ambil seperti nasi atau bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan kaya protin, kalsium dan zat besi. 

Antara masalah yang sering berlaku di kalangan ibu menyusu ialah makan dalam kuantiti yang salah. Nak elak gemuk punya hal mereka akan hadkan pengambilan makanan dan cuba elak makan nasi. Yang sebetulnya kena tahu kuantiti yang harus diambil dalam satu sajian. 

Diah masih ingat pesan doktor kalau nak kuruskan badan secara semulajadi, tempoh penyusuan selama dua tahun itu lah adalah waktu terbaik. 

Awalnya tak percaya, tapi rupa-rupanya betul dan berkesan untuk anak kedua dan ketiga. Masa anak pertama Diah terlajak gemuk sebab makan ikut nafsu. 

Masa tu guna alasan makan untuk dua orang. Lepas tu terlajak gemuk punya la payah nak turunkan berat badan. Bertahun juga jadi badak. Fiuh.


Susu Badan

Makanan Yang Perlu Di Elak Oleh Ibu Menyusu

Doktor cadangkan untuk kurangkan makanan bergoreng dan juga makanan yang mengandungi minyak sapi dan santan kelapa. 

Boleh je makan tapi hadkanla. Gantikan snek harian dengan kekacang, yogurt, dan kalau makan sandwhich cuba gantikan dengan roti gandum penuh. 

Masa awal-awal mencuba memang payah betul tekak nak terima. Otak pula asyik persoalkan mana cukup makan kekacang je. Tapi lama-lama bila dah biasa kenyang je sebenarnya. 

Masa tempoh penyusuan juga Diah latih diri kurangkan pengambilan kafien. Memang mencabar sebab Diah penggemar kopi. 

Tak sah sehari kalau tak dapat kopi. Kalau ikut pembacaan kafien, alkohol, nikotin dari rokok dan ubat juga akan masuk ke dalam susu ibu walaupun jumlahnya kecil sahaja. 

Itu sebabnya setiap kali berjumpa dengan doktor bila demam Diah mesti minta ubat yang ibu menyusu boleh makan. Dos dia lebih rendah berbanding ubat untuk orang normal. 

Minum Air Putih Secukupnya


Paling penting kena disiplinkan diri untuk minum air putih secukupnya sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Berdasarkan pengalaman sendiri, Diah tak berapa suka minum air putih. 

Rasa pahit je bila lalu di tekak. Jadi selalu campurkan teh hijau atau sedikit glukos biar ada rasa. Baru boleh telan. Jika air cukup baru la badan dapat menghasilkan susu yang diperlukan untuk bayi. 

Masa berpantang dulu mak la yang selalu ingatkan supaya jaga apa kita makan. Silap makan anak merana. Tapi memang betul, ada satu ketika dah lepas tempoh berpantang dan Diah makan ubi keledek. 

Malam tu bayi meragam kembung perut. Bila teringat anak tak selesa sebab kita teringin nak makan rasa macam ibu yang tak baik pula. 

Sejak tu Diah akan beringat kalau nak makan sesuatu. Selain kembung, korang kena bayi korang ada alahan dengan makanan. 

Kebiasaan akan kulit akan jadi gatal-gatal atau naik ruam, pernafasan berbunyi, atau perubahan warna najis. Tu semua akan buat bayi jadi resah dan meragam lepas menyusu. 

Jangan tunggu dan segera bawa jumpa doktor ya. Buat ibu hebat di luar sana yang menyusukan anak jom teruskan perjuangan kita. 

Diah kena tempuh sekurang-kurangnya lagi setahun untuk cukupkan tempoh penyusuan yang disarankan. 

Semoga urusan penyusuan anak kita dipermudahkan oleh Allah. Moga murah rezeki kita. Untuk yang kurang bernasib baik, Allah tahu yang terbaik. Asalkan kita dah mencuba Allah tahu niat kita.