Kenapa Perlu Curang Kalau Boleh Setia?

Kenapa Perlu Curang Kalau Boleh Setia? 


Sadis betul bila baca pengakuan artis di akaun Instagram dia tentang masalah rumahtangga dia dengan suami. Kalau sebelum ni, suami dia pernah curang dan mereka masing-masing move on, memaafkan dan bina hidup baru. 

Tapi sekali lagi ujian menimpa hubungan mereka, bila buat kali kedua suami kantoi curang. Si B dapat tahu bila ada yang sampaikan pada dia beserta bukti rakaman video. Bak kata omputih, “once a cheater always a cheater”.

Aku membenci perangai yang buruk tapi bukan manusia tu ya. 

Sebelum anda baca lebih lanjut, entri kali ni bukan Diah nak ajak anda untuk membawang tapi lebih kepada sesi muhasabah, ambil pengajaran dan juga mendoakan yang terbaik untuk mereka yang teraniaya. 

Selagi masih belum terbukti bersalah, belum berpisah kita fikir dan doakan yang baik-baik sahaja. 


Aliff Aziz Kantoi Curang Buat Kali Kedua

Punca-Punca Berlaku Curang


Sebagai seorang perempuan dan juga seorang isteri, bila suami berlaku curang atau buat benda tak senonoh di belakang isteri mestilah akan kecewa. Orang kata, pasangan kita cerminan kita. Walau dekat mana berada kena jaga air muka, jaga harga diri, jaga kepercayaan yang diberi oleh pasangan. 

Curang dengan pasangan bukan perkara kecil (dosa besar) melainkan seseorang tu memang dah nekad dan tak kisah pun apa nak jadi dengan hubungan dia. Banyak je punca-punca yang boleh lead to berlaku curang. 

Terpulang pada diri kita termakan tak dengan godaan curang ni. 

Pendapat Diah, pasangan mudah berlaku curang bila dia terlalu fikir asyik nak enjoy 24 jam dan belum puas enjoy dengan kehidupan dia. Bila tengok orang lain berkahwin dan ada anak, dia pun sibuk nak ada keluarga lengkap sempurna. Tapi bila dah ada semua tu tak dihargai pula. 

Dalam kes ni, walaupun muka isteri dia cantik, pandai jaga diri dan anak, pandai cari duit tapi suami dia masih lagi buat hal. Maksudnya suami dia memang tak pandai menghargai dan tak bersyukur. Dasar manusia betul. Ternyata rupa paras tak menjamin yang suami akan setia. Yelah manusia kan. Tak pernah cukup. 


Orang Ketiga Atau Perosak Rumah Tangga Boleh Di Dakwa?


Terbaca tentang Akta Orang ketiga di www.karangkraf.com tentang orang ketiga dalam rumah tangga. Ketap-ketap bibir geram bila baca. Hati-hati wahai orang ketiga, atau yang baru nak pasang niat jadi orang ketiga. Anda boleh dipenjarakan tau.  

Siapa orang ketiga ini? 

Mengikut Seksyen 37 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997:

orang ketiga adalah merujuk  kepada mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri, manakala seksyen 38 akta sama pula menyatakan mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah suatu kesalahan.

Di Selangor pula  terdapat tiga peruntukan melibatkan orang ketiga iaitu Seksyen 32, 33 dan 34 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995. Mana-mana pihak yang memujuk lari suami atau isteri, mana-mana pihak menghalang suami isteri menjalankan tanggungjawab dan mana-mana pihak menghasut memujuk suami isteri supaya bercerai atau mengabaikan tanggungjawab dalam rumah tangga boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Akta ini diguna pakai untuk individu keji termasuk kekasih gelap yang terbukti meruntuhkan rumah tangga orang lain. Mereka ini boleh didakwa  menerusi peruntukkan undang-undang itu, seterusnya dihumban ke dalam  penjara.


Doa Pengikat Kasih Sayang 

Memang di dalam Islam, penceraian adalah sesuatu yang tak disukai oleh agama tetapi dibolehkan dengan alasan dan seba-sebab yang kukuh. Itulah jalan keluar terakhir jika pasangan dah tak boleh meneruskan kehidupan sebagai suami isteri. 

Apa sahaja keputusan, kesan dan akibat akan ditanggung oleh mereka yang terlibat, bukan orang-orang sekeliling yang memberi pendapat. 

Diah nak kongsikan doa pengikat kasih sayang yang Diah dapat masa dengar ceramah tentang rumahtangga lama dulu. Doa ini baik untuk di amalkan supaya dikasihi dan disayangi oleh suami/isteri, anak-anak, saudara mara, rakan-rakan dan semua orang. 

Bagus diamalkan setiap hari selepas solat lima waktu. Kita usaha la yang terbaik, jaga iman, jaga diri dan pasangan. Kita cuba ya!



Surah Al Imran; Ayat 31

“Qul in kuntum tuhibbu-na Allaha fattabi ‘u-ni yuhbibkumullahu wayaghfir lakum dzunu-bakum wallahu ghafu-run rahiim”

Maksudnya: Katakanlah ya Muhammad! “Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang.”


Apa pun yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bak kata pepatah lama, tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. It takes two to tango. Allah hantar ujian sebagai peringatan, bukan hanya untuk orang tertentu tapi untuk semua untuk dijadikan pengajaran. 

Banyak sangat pengajaran boleh kita pelajari. Jangan ketawakan atau kecam tak ingat dunia sebab dunia ni sfera, what goes around will comes around. Hari ini hari mereka, esok lusa hari kita. Siapa tahu? 

Resepi Homemade Fluffy Bread | Roti Naik Pahang

Resepi Homemade Fluffy Bread | Roti Naik Pahang 

Assalamualaikum, dah agak lama tak kongsi resepi dekat blog. Baru-baru ni berkesempatan buat homemade fluffy bread iaitu Roti Naik Pahang. 

Jadi Diah kongsikan hasil dan juga pengalaman pertama kali buat roti. Jangan tanya kenapa nama resepi dia macam tu ya, Diah pun belajar tengok Blog buat orang lapo

Kisahnya nak belajar buat roti dari tahun lepas lagi tapi disebabkan oven yang sedia ada saiznya kecil molek sangat jadi keinginan nak belajar tu terbantut. 

Bukan apa dengan saiz oven yang kecil-kecil cili padi tu, untuk orang yang kurang mahir memasak peratus resepi gagal adalah tinggi. Terhangus sebelah la, keras kejung la disebabkan tak pandai nak adjust suhu dan faktor keluasan oven. Wow sangat alasan kan? Hahahhaha.

resepi Roti Fluffy

Awal tahun hari tu, prihatin dengan azam tahun baru isteri. Sang suami pun hadiahkan ovel 45L buat sang isteri supaya gigih belajar memasak.   

Paling terbaru berjaya memasak ayam golek. Tak pernah tahu sungguh senang nak buat. sedap pon sedap. Nanti Diah kongsikan cara-cara masak ayam golek ok.

Resepi Buat Roti Bun

Kali ni nak kongsi resepi roti manis Pahang yang Diah belajar melalui Youtube Buat Orang Lapar. Edisi buat roti kali ni istimewa sebab Diah buat roti bersama anak bujang kesayangan. 

Dalam buku teks Sains dia ada aktiviti membuat roti. Jadi setiap kali ada sesi ulangkaji setiap kali tu dia asyik sebut teringin nak buat roti. Akhirnya impian dia ditunaikan. Gembira tak usah cakap la.

Kalau ikut resepi, roti ni akan rasa manis tau. Sedap dimakan begitu sahaja atau terpulang nak buat topping dia. Boleh taburkan gula dan bakar pada 5 minit terakhir atau curahkan topping kesukaan anda.

Jom buat Roti Naik Pahang dan bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1 biji telur Diah guna gred B
1 Tbsp Susu Pekat
1Tsp Yis
Air suam 140 ml
250 gram Tepung gandum
1 Tbsp Susu Tepung
1/3 Cawan gula
1 Tbsp Marjerin
½ Tsp Shortening / dough softener

Cara-cara untuk membuat Roti Naik Pahang adalah;

Campurkan telur, susu pekat, Yis dan air suam. Kacau sebati dan biarkan selama 15-20 minit untuk yis mengembang. Tutup bekas dengan kain atau plastik wrap.

Resepi Homemade Fluffy Bread bancuhan yis

Dalam bekas lain, masukkan tepung, susu tepung, gula dan gaul dengan tangan hingga sebati. Dah agak-agak semuanya bercampur, buat bulatan di tengah-tengah dan masukkan campuran yis tadi dan uli.
Homemade Fluffy Bread Bahan Kering




Kemudian, masukkan marjerin dan juga shortening. Uli lagi. Lepas tu dalam bekas lain yang disapu sedikit minyak pada permukaan bekas, masukkan doh tadi dan rehatkan selama 1-2 jam atau sehingga doh kembang satu kali ganda dari saiz asal. Jangan lupa tutup bekas.

Doh resepi Homemade Fluffy Bread
Rupa doh setelah di uli dengan marjerin

Selepas doh naik kembang, uli doh sedikit untuk buang angin dalam doh dan bentukkan jadi bentuk bulat kecil. Susun doh-doh kecil dalam Loyang yang di oles dengan minyak.

Resepi Homemade Fluffy Bread Doh
Doh akan naik begini

Tutup Loyang dan biar doh direhatkan 5-10 minit sebelum dibakar pada suhu 160c selama 20 minit atau sehingga keperang-perangan. 

Roti ni boleh dijadikan sebagai menu sarapan atau pun menu minum petang. Sedap tau tak rugi buat.

Selamat mencuba. 

Susun asal boleh nama dia
Hasil Roti Resepi Homemade Fluffy Bread
Beberapa minit sebelum masak sepenuhnya


Final Product!

Resepi roti Resepi Homemade Fluffy Bread
Malas nak tunggu gula cair

Tempat Makan Steamboat Sedap Di Shah Alam

Sabtu lepas tercapai juga hasrat nak makan stimbot di D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Diah ke sini kerana menghadiri majlis mini gathering sempena menyambut ulang tahun ke sepuluh kami berkawan. 

D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam menjadi tempat pilihan kami berdasarkan review dari kawan-kawan yang pernah datang ke sini.

Kalau nak tahu D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet terkenal dikalangan peminat stimbot kerana pilihan stimbot yang pelbagai dan harganya yang murah. 


Tempat Makan Steamboat Sedap Di Shah Alam


Memang puas hati. Harga yang dikenakan sama termasuklah Sabtu dan Ahad. Diah pernah makan di restoran stimbot lain harga dikenakan berbeza ikut hari dan waktu. 

Geram bila fikir. Paling best, restoran D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam dibuka seawal pukul tiga petang pada hari Sabtu dan Ahad.

D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Tempat gathering



Alhamdulillah majlis kami pada hari tersebut berjalan dengan lancar sekali. Oleh sebab kami agak ramai, dalam 20 orang kesemuanya jadi kami pilih tempat berkumpul berdasarkan keselesaan untuk satu keluarga. 

Lagipun jadi mudah sebab semua orang boleh makan apa yang mereka suka dan tanpa had. Parking dekat sini banyak dan lokasi restoran ni hanya lima minit dari Stadium Shah Alam. Kemudahan seperti surau disediakan. Tandas dia bersih. Jadi puas hati.  


Pilihan makanan D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Tempat Makan Stimbot Sedap Di Shah Alam


D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam menawarkan lebih 150 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. 

Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa iaitu seramai 200 orang dibahagian dalam dan 400 orang di bahagian ruang terbuka. 

Pendek kata memang pilihan yang tepat untuk kami yang ramai dan kuat makan ni.


Pilihan Stimbot & Grill


Dekat sini pelanggan boleh pilih samaada mahu sup ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan stimbot. Ada sesetengah restoran stimbot kalau refill atau pilih kuah tomyam, caj tambahan akan dikenakan. 

Bagusnya D'Kayangan Steamboat & Grill ni tiada caj tambahan kalau nak refill sup atau pilih tomyam. Makan la sampai kenyang.


D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Grill
Grill & Steamboat
Sayur Segar



Stimbot Sedap Di Shah Alam


 Pilihan yang disediakan di sini seperti udang besar, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. 

Paling rare yang Diah jumpa dekat sini ialah PERUT LEMBU dan IKAN PATIN. Pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk turut disediakan untuk pilihan pelanggan.


D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Tempat Makan Stimbot Sedap Di Shah Alam



Tempat Makan Stimbot Sedap Di Shah Alam



Terdapat juga pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Thousand Island, Sos Cili Thai, Sos Cili Manis, Sos Bawang Putih, Sos Black Pepper, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi. 

Pilihan hidangan sampingan juga disediakan seperti mee goreng, nasi goreng, nasi lemak, kari ayam dan spagethi Bolognese. Ada ais krim dan juga ABC untuk menyejukkan tekak.  

Hidangan sampingan


D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Tempat Makan Stimbot Sedap Di Shah Alam dessert
ABC



Tempat Ideal Untuk Reunion, Sambutan Hari Jadi & Gathering


Krew restoran pun pantas buat kerja dan senang sangat nak deal sebab kami request nak hias tempat tu dengan belon masa sesi Gift Exchange kami. 

Krew restoran memberi kerja sama yang baik dan amat membantu. Jadi anda yang nak buat majlis gathering, reunion, sambutan hari jadi D'Kayangan Steamboat merupakan pilihan ideal untuk anda pertimbangkan. 

D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Tempat Makan Stimbot Sedap Di Shah Alam
Gift Exchange Kami

Harga D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam


Harga terbaru yang ditawarkan amat berpatutan iaitu hanya RM 29.90 bagi dewasa dan RM 12.50bagi kanak-kanak yang berusia 5 – 11 tahun. 

Kanak-kanak empat tahun ke bawah adalah percuma. Macam Diah beritahu dekat atas tadi, tiada bayaran tambahan untuk ‘refill’ sup. 

Bagi pelanggan yang membelanjakan lebih daripada rm 150, anda layak untuk dapat kad diskaun bernilai RM 10.


Riang-Ria Cabutan Bertuah 'Makan Dan Menang' Di D'kayangan Steamboat BBQ Buffe Shah Alam

Berita baik untuk pelanggan yang makan di D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam, anda boleh memenangi hadiah-hadiah menarik seperti Skuter, TV 60 inci, Mountain bike, dan voucher steamboat jika anda belanja RM100 dalam satu resit. 

Hanya isi butiran yang di kehendaki dalam borang penyertaan yang disediakan. Tempoh peraduan bermula 31hb Disember 2018 sehingga 29hb Mac 2019.

D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam pernah menjadi pilihan rancangan makanan popular, Jan-jalan Cari Makan (JJCM) dan juga Nasi Lemak Kopi O. 

Jadi apa tunggu lagi. Jom serbu D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam hari ni juga. Pilihan makanan yang pelbagai, perapan dan sos yang sedap, dan tempat yang selesa untuk anda makan-makan bersama kawan-kawan dan keluarga.

Waktu Operasi 

Isnin – Jumaat: 5:00petang hingga 12 Tengah malam
Sabtu- Ahad: 3:00petang hingga 12 Tengah malam

D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam
Sri Acappella Servis Apartment, Restauran D'Kayangan,
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M Seksyen 13, Shah Alam
Shah Alam, Malaysia
Waze: Dkayangan Steamboat & Grill

Whatsapp 012-297 1091 untuk tempahan


Kenangan 2019

Terima kasih D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Shah Alam untuk makanan, layanan, & kenangan indah, Nanti kami datang lagi!

Cara Mudah Rawat Rambut Gugur Dengan Asmak Hair Care

Dari kecik lagi kami adik beradik suka bertanding rambut siapa paling panjang. Bukan dapat hadiah pun tapi siapa paling panjang tu dikira paling hebat la. 

Sampai la satu hari mak paksa kami adik beradik potong rambut sebab masing-masing tak pandai nak jaga rambut. 

Rambut berbau dan banyak rambut gugur. Menangis bila kena paksa potong. Masa tu kecil lagi, mana nak jaga rambut sangat. Bila meningkat dewasa, baru lah mula belajar cara menjaga rambut dengan betul.  

Cara Mudah Rawat Rambut Gugur Dengan Asmak Haircare 

Untuk entri kali ni, Diah nak berkongsi dengan anda tentang cara mudah rawat rambut gugur dengan menggunakan produk Asmak. Diah pernah kongsi tentang set penjagaan bayi Asmak yang diperbuat daripada herba dan bahan semulajadi.

Suka sangat produk Asmak ni sebab ianya produk tempatan dan menggunakan bahan yang semulajadi dan selamat. Kagum weh produk tempatan yang kualiti setanding produk luar. 


Set Penjagaan Rambut Asmak


Masalah rambut yang sering Diah alami dari dulu lagi ialah masalah kelumumur dan rambut gugur. Banyak juga syampu yang dah pernah Diah cuba dan syampu Asmak ni antara syampu yang bagus dan berkesan. 

Rasanya perempuan bertudung lebih banyak cabaran dalam bab penjagaan rambut kan? tapi itu bukan alasan untuk kita abaikan mahkota kita ni. 

Punca-Punca Rambut Gugur Dan Bermasalah


Rambut gugur ni boleh terjadi kepada lelaki ataupun perempuan. Diah pula rambut gugur tahap kronik setiap kali lepas bersalin. Kalau sikat atau garu je kepala mesti rambut tercabut sekali. Parah kan? 

Sebelum kita nak atasi masalah rambut gugur kena lah tahu punca-punca nya dahulu. Antara punca-punca utama rambut asyik la gugur ialah: 

1. Cara Penjagaan Rambut Yang Salah. 

Penggunaan syampu dan perapi yang mengandungi bahan kimia berlebihan seperti paraben yang boleh mengganggu fungsi hormon. 
Tidak mencuci rambut dengan betul. Penjagaan yang betul adalah harus menggunakan syampu dan juga perapi. 

2. Terlalu Mendandan Rambut. 

Penggayaan rambut yang berlebihan dan rambut sering terdedah kepada pengering rambut, alat pengeriting dan pelurus rambut juga turut menyumbang kepada masalah rambut rosak. 

3. Mengamalkan gaya hidup yang tak sihat. Diet yang tidak seimbang menyebabkan rambut tidak mendapat nutrient yang diperlukan. Kena kurangkan pengambilan makanan segera atau lebih baik jangan ambil langsung. 

4. Rambut gugur merupakan perkara normal untuk wanita selepas bersalin kerana wanita mengandung kehilangan nutrisi yang diperlukan rambut dan ianya tidak boleh dibiar berlanjutan. 

Cara Penjagaan Rambut Yang Betul


1. Jangan Ikat Rambut Terlalu Kuat

Golongan wanita berambut panjang cenderung untuk ‘mencederakan’ rambut terutama bila memakai tudung. Seeloknya longgarkan getah supaya rambut dapat ‘bernafas’ dan ‘tidak cedera’. 

2. Elakkan penggunaan pengering rambut secara kerap. Biarkan rambut kering secara semulajadi dan jangan pakai tudung ketika rambut masih basah. Kebiasaan Diah akan keringkan rambut di depan kipas sambil urut kepala dengan tuala secara lembut.  

3. Pilih syampu yang sesuai dengan rambut dan kulit kepala anda – Bunga Raya Plus Shampoo 6 in 1 (Asmak Hair Care)


Cara Mudah Rawat Rambut Gugur Dengan Asmak Hair Care


Diah amat berpuas hati menggunakan produk penjagaan rambut Asmak iaitu Bunga Raya Plus Shampoo 6 in 1 yang mengandungi Bunga Raya, minyak kelapa, minyak Babassu, minyak Tea Tree, minyak Jojoba dan Acerola. 

Bunga Raya Plus Shampoo ni diperbuat daripada bahan semulajadi dan bebas Sodium Lauryl Sulfate (SLS) iaitu bahan kimia berbahaya jika dipakai secara berlebihan. 

Nak guna syampu ni pun mudah sahaja, hanya perlu basahkan rambut dan guna ikut keperluan. Urut syampu secara perlahan pada rambut dan biarkan selama dua minit. Boleh la dibilas sehinga bersih. 

Syampu ni juga sangat wangi dan tak berbuih. Tahu kan, produk penjagaan diri yang tidak banyak menghasilkan buih adalah produk yang baik. Bau dia super wangi. Suka sangat. Lepas guna syampu ni terasa dia buang segala kekotoran dan juga minyak dekat kulit kepala. 

Antara kebaikkan lain Bunga Raya Plus Shampoo ialah menghalang rambut gugur, menghilangkan kelumumur, menghilangkan kudis/jerawat di kepala, menyegarkan kulit kepala dan banyak lagi. 


4. Guna Perapi Rambut – Hair Moisturiser with Serum (Asmak Hair Care)

Kalau nak dapatkan rambut yang kuat, sihat dan bersinar tak boleh malas ya. Selepas syampu, anda harus menggunakan perapi rambut. 

Istimewanya perapi rambut Asmak ni ianya tak perlu dibilas dan dalam hair moisturiser ni dah ada serum yang amat bagus dan memberikan nutrien yang rambut anda perlukan. 

Selepas beberapa kali pakai serum ni, rambut Diah nampak lebih sihat dan kurang berminyak. Perapi ni cepat menyerap ke dalam rambut dan tidak rasa berminyak. 

Digalakkan untuk pakai tiga kali seminggu. Diah selang selikan pakai dengan Sevenis Hair Oil. Antara kelebihan serum ni ialah menghitam dan melebatkan rambut, mengelakkan rambut dari bercabang dan kering, mengelakkan rambut gugur dan banyak lagi. 


5. Guna Minyak Rambut – Sevenis Hair Oil Asmak 7 in 1 


Rawat Rambut Gugur Dengan Asmak Hair Care


Fungsi utama Sevenis Hair Oil adalah mengekalkan kelembapan dan mencegah rambut dari kusut serta membuatkan rambut tampak bercahaya. 

Diperbuat daripada minyak kelapa dara, minyak zaitun, minyak argan, minyak tea tree, minyak castor, minyak babassu dan juga light mineral oil. 

Selalu pakaikan untuk rambut anak-anak. Lepas tu asyik mencium kepala anak je. Kagum bau wangi dia melekat lama. 


Sevenis Hair Oil Asmak 7 in 1


 Tip tambahan:

~ Elak sikat rambut secara kasar dan ketika rambut masih lagi basah. 
~ Pakai serum dan juga minyak rambut apabila rambut separa atau kering sepenuhnya. 
~ Untuk mendapatkan rambut yang sihat, bersinar dan kuat sapukan Sevenis Hair Oli Asmak 7 in 1 pada rambut dan balutkan semalaman. Cuci rambut dengan Bunga Raya Plus Shampoo 6 in 1 pada keesokan harinya. 

Untuk wanita-wanita yang suka pergi salon kecantikan dah boleh jimat duit dan boleh gunakan set penjagaan rambut Asmak ni. In sha Allah puas hati. 

Nak dapatkan keterangan lanjut mengenai produk penjagaan rambut Asmak boleh hubungi no yang tertera di bawah dan ikuti lama sosial mereka:



Testimoni Masalah Kelumumur


Rawat Rambut Gugur Dengan Asmak Hair Care


Rawat Rambut Gugur Dengan Asmak Hair Care


Rawat Rambut Gugur Dengan Asmak Hair Care



HOTLINE – 019 – 9708897
INSTAGRAM – Asmak Hair Care

Harga Set Asmak Hair Care

Bunga Raya Plus Shampoo 6 in 1 

(500ml - RM49 SM, RM54 SS) 
(300ml – RM39 SM, RM44 SS)

Hair Moisturiser with Serum 

(300ml – RM80 SM, RM90 SS)

Sevenis Hair Oil

(150ml – RM29 SM, RM33 SS)