Tawaran Hebat Traveloka Saleabration & Matta Fair 2019

Tawaran Hebat Traveloka Saleabration & Matta Fair 2019

Assalamualaikum semua. Bagi anda yang memang suka travel, perkara paling utama bila nak pergi bercuti adalah menyenaraikan segala kos yang terlibat supaya mudah untuk merancang percutian idaman. 

Macam Diah sendiri, bila dah berkeluarga ni kos bercuti ni jadi berlipat kali ganda berbanding travel ketika bujang. Kalau silap rancang akibatnya memang akan sengsara la lepas balik bercuti. Biasanya yang menyumbang kos paling besar adalah tiket penerbangan dan juga tempat penginapan. Jadi harus bijak pilih destinasi percutian yang kena dengan bajet keluarga.


Tawaran Hebat Untuk Percutian Sempena Traveloka Saleabration Dan Matta Fair 2019


Bulan Mac merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh Diah dan juga mereka yang suka travel sebab bulan ini lah bakal berlangsungnya Matta Fair iaitu pesta pelancongan dari Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan terkenal sebagai pameran pelancongan terbesar yang diadakan setiap tahun. 

Kalau sebut je Matta Fair Promo memang dah sinonim dengan tawaran pakej percutian yang menarik dan murah. Masa inilah semua akan turun padang untuk rebut tawaran menarik yang ditawarkan.


Tawaran Hebat Untuk Percutian Sempena Traveloka Saleabration Dan Matta Fair


Apa yang seronoknya selain Matta Fair 2019 yang bakal berlangsung, Traveloka juga tak ketinggalan mengadakan promosi Traveloka Saleabration dan khabarnya banyak tawaran dengan harga menarik diberikan. Khas untuk anda yang sedang merancang percutian, pastikan yang anda tak terlepas dua event penting ni ya. 

Antara salah satu benda yang paling Diah lemah nak buat ialah terpaksa bersesak dengan orang ramai. Bercinta juga bila nak pergi. Baby fair pun Diah pernah pergi sekali je. Serik. Bila dah ramai-ramai tu rasa macam nak pengsan je. Suami memang dah faham sangat perangai yang satu ni, memang dia suka la sebab dia pun sejenis tak suka kena himpit. Ditambah dengan kami yang ada anak kecil, Traveloka memang pilihan yang tepat. 

Tapi kenapa Traveloka?

Kalau nak tahu Traveloka terkenal di kalangan kaki travel kerana ianya menawarkan pelbagai jenis produk dalam satu platform. Traveloka merupakan satu platform carian tiket penerbangan dan tempahan hotel terkemuka di Asia Tenggara dengan lebih 100,000 laluan penerbangan dan lebih 100,000 pilihan hotel di seluruh dunia. Dah tak perlu bersusah payah kerana anda boleh menempah hotel dan juga tiket flight sekaligus.

Jangan lah risau kalau anda terlepas tawaran menarik di Matta fair, anda juga boleh dapatkan harga jimat sewaktu Traveloka Saleabration. Bertambah syok anda tak perlu bersusah payah dan semuanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja.

Kempen Traveloka Saleabration 2019 Tawaran Rambang Matta

Tawaran Hebat Untuk Percutian Sempena Traveloka Saleabration Dan Matta Fair 2019


Halangan terbesar untuk bercuti terutama mereka yang dah berkeluarga macam Diah selalu akan fikirkan kos yang tinggi bila nak bercuti ni. Selalu terbantut perancangan bila survey harga tak masuk akal. Tapi semuanya jadi mudah dengan adanya tawaran rambang matta Traveloka Saleabration 2019. 

1. Harga Jujur

Diah paling pantang kalau buat transaksi dan rasa tertipu. Selalu rasa tertipu bila pihak terlibat taburkan kata-kata manis tentang tambang murah tapi sebenarnya ada kos-kos tersembunyi yang harus dibayar saat nak berangkat atau check in ke hotel. Stress betul. Dengan Traveloka anda tak pelru risau kerana setiap harga yang dipaparkan adalah termasuk semua cukai berkenaan, fi dan juga surcaj. Apa yang anda tengok itulah yang anda kena bayar. 

2. All In One Application

Hanya dengan satu aplikasi tempahan tiket penerbangan dan hotel jadi mudah sebab semuanya dah disediakan oleh Traveloka. Bukan itu sahaja, perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang, tempat tarikan dan aktiviti juga ditawarkan untuk destinasi yang terpilih. 

3. Jimat Masa & Tenaga

Tak perlu bersusah payah nak bersiap untuk uruskan hal percutian. Anda hanya perlu muat turun aplikasi Traveloka di telefon bimbit anda dan semuanya ada di hujung jari. Aplikasi Traveloka telah dimuat turun lebih 30 juta kali, menjadikannya aplikasi tempahan pelancongan paling popular di rantau ini.


Tawaran Hebat Untuk Percutian Sempena Traveloka Saleabration Dan Matta Fair 2019


Tempat Percutian Idaman

Gara-gara selalu tengok rancangan percutian di televisyen memang Diah terpengaruh habis nak melawat Bandung, Indonesia. Tahun lepas mak dan adik dah melancong ke sana jadi bertambah semangat nak bawa anak-anak pula. 

1. Dago Dreampark

Dago Dreampark menyediakan tempat-tempat menarik untuk mereka yang suka selfie atau lebih tepat mereka yang suka bergambar dan buat aktiviti lasak. Sesuai sangat kalau pergi dengan keluarga dan rakan-rakan. Bagi Diah, kenangan yang kita cipta tu dan kita abadikan dalam gambar. Nanti dah tua bila tengok gambar mesti terimbas kembali kenangan manis tu. Antara tarikan utama Dago Dreampark ada ni dia Dream Zone, Park Zone, Selfie Extreme dan The Bridge. Memang cun la. 

Tawaran Hebat Untuk Percutian Sempena Traveloka Saleabration Dan Matta Fair 2019
Dago Dreampark Indonesia dah masuk dalam Wishlist Travel
Tawaran Hebat Untuk Percutian Sempena Traveloka Saleabration Dan Matta Fair 2019
Ada Selfie spot, Extreme Park..Cantik
2. Pulau Pinang

Diah dah pernah sampai ke Pulau Pinang tapi masa tu sekejap sangat masa hantar adik mendaftar di USM. Jadi memang tak sempat la nak teroka Pulau Pinang, jadi untuk destinasi dalam Malaysia kami rancang nak lawat Pulau Pinang dan habiskan masa cari tempat makan dan buat aktiviti lasak di Escape Theme Park Penang. 

Tawaran Hebat Untuk Percutian Sempena Traveloka Saleabration Dan Matta Fair 2019
Escape Theme Park Penang

Jadi apa tunggu lagi. Bercuti bersama keluarga dengan anak kecil bukanlah sesuatu yang mustahil. Apa yang penting kena buat perancangan awal, ada yang buat setahun sebelum bercuti tau. Lepas tu dah boleh la senaraikan tempat destinasi idaman keluarga anda, senaraikan kos; dekat mana nak tinggal, nak naik flight yang mana dan banyak lagi. Kalau belum ada aplikasi Traveloka dan boleh download dekat handphone supaya tak terlepas Traveloka Saleabration yang akan datang ni. 

Selamat Bercuti in advance!

Makan Steamboat & Grill di Restoran Hot Pot King KL

Hi Korang. Untuk edisi food hunting kali ni Diah nak kongsikan tempat makan steamboat dan grill untuk korang yang berada di sekitar Kuala Lumpur. 

Kebetulan adik bongsu nak open table sempena dapat gaji pertama. Terima kasih dik, semoga awak dimurahkan rezeki.

Makan Steamboat & Grill di Restoran Hot Pot King KL 

Tempat yang dituju kali ni ialah Restoran Hot Pot King Steamboat & Grill yang terletak di Taman Prima Sri Gombak.

Restoran Hot Pot King Steamboat & Grill ada tiga lagi cawangan yang terletak di Alam Avenue 2 Shah Alam, Jalan Kuching, dan juga Dataran Sunway Kota Damansara.

Boleh juga ke D'Kayangan Steamboat kalau berada di Shah Alam

Steamboat-Grill



Waktu operasi Restoran Hot Pot King Steamboat & Grill adalah bermula pada jam 1 petang sehingga 12 tengah malam. 

Harga yang dikenakan kepada pelanggan adalah berbeza mengikut hari (hari biasa, hujung minggu dan cuti umum) dan sesi (1-5petang, 5petang-12 tengah malam). 

Kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah adalah percuma dan warga emas dan OKU layak mendapat diskaun 10% dari harga dewasa. 

Isnin hingga Jumaat = Dewasa (1-5petang) RM29.80, (5-12 tengah malam) RM31.90
Isnin hingga Jumaat = Kanak-kanak (1-5petang) RM14.90, (5-12 tengah malam) RM15.95
Hujung Minggu Dan cuti Umum = Dewasa (1 petang -12 tengah malam) RM33.80
Hujung Minggu Dan cuti Umum = Kanak-kanak (1 petang -12 tengah malam) RM16.90


Pilihan Makanan Steamboat & Grill Yang Ada 

Pilihan makanan bergoreng yang disediakan agak terhad. Ada sosej goreng, potato wedges, nugget, mee dan nasi goreng. 

Ada tiga jenis air sejuk dan koktail buah-buahan. Air panas tak disediakan. Pilihan untuk steamboat dan grill agak memuaskan hati. 



Kambing perap dan ayam dia terbaik memang patut cuba. Ikan dori dia tidak berbau dan antara yang kami asyik duk ulang makan.



Pilihan makanan laut tak banyak sangat tapi cukup la dan makanan frozen macam bebola tu ada pelbagai jenis. 

Selain tu ada mee segera, sayur-sayuran, dua jenis buah, dan untuk pencuci mulut hanya ada dua perisa ais krim (coklat dan strawberi) serta ais pop. Bagus kalau dia tambahkan lagi pencuci mulut ni.




Sos adalah antara kompenan penting kalau makan di restoren steamboat sebab dia jadi bahan pencicah yang menyedapkan makanan. 

Diah berpuas hati dengan pilihan sos yang banyak. Paling suka sos masam manis kalau tak silap nama dia. 

Pendapat Diah tentang Restoran Hot Pot King Steamboat & Grill

Secara keseluruhan, restoran ni bersih, ada tempat solat, tandas dan sinki pun bersih, selesa kalau makan satu keluarga dan sesuai kalau buat sambutan birthday atau reunion tapi deal la dengan restoran dulu. 



Harga pula terpulang pada poket masing-masing. Overall kalau ikut tekak Diah yang suka kan makanan akan datang lagi.






Hot Pot King Sri Gombak
Address: 59, Jalan Prima SG 3/1, Prima Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
Phone: 012-558 3440

Petua Sambal Udang Sedap Menjilat Jari

Hai semua. Selalu kalau beli udang tak lain tak bukan mesti masak sambal udang. Jarang sangat masak menu lain kecuali kalau beli udang galah, ha baru la masak udang galah masak lemak. 

Diah bercerita pasal udang ni sebab teringat sambal udang yang mak Diah masak memang power. Kalau balik bercuti mesti minta mak buatkan nasi lemak sebab nak makan sambal mak masak. 

Sambal mak memang terkenal dan diakui sedap oleh geng-geng rewang kalau ada kenduri kat kampung. 

Bila time kenduri, orang-orang kampung akan minta mak buat sambal untuk makan pagi masa sesi merewang. Tahu kan merewang tu apa? Tak tahu sila google. Hahahha. 

Petua Sambal Udang Sedap Menjilat Jari 

Cuci udang kena betul-betul. Kena buang usus di bahagian belakang badan udang then tahu tak yang kepala udang mempunyai kolestrol yang tinggi. 

Sila berpada-pada kalau makan makanan laut ya. Baru belajar cara kupas kulit udang kena buang bahagian ekor tajam ni baru senang nak kupas bila dah siap masak. 



Oleh sebab suka sangat maka Diah pun gigih belajar dan minta petua dari mak. Setiap kali sebut nak minta petua mak akan gelak besar. 

Mak kata mana ada petua apa-apa tapi mak pesan untuk dapatkan sambal yang sedap, sambal tu kena tumis lama. 

Oh ye sambal yang mak selalu buat ni rasa dia agak manis dan pedas. Tapi tak la over manis, tapi cukup buat Diah tambah nasi tiga pinggan. 

Mak ajar selain berzikir masa memasak, hati kena ikhlas dan enjoy time memasak. Lepas tu kalau masa memasak kena tumis bawang sampai garing dan kena tumis cili kisar tu sampai pecah minyak.

Mak akan masukkan beberapa sudu besar air ke dalam sambal dan bila air dah mula kering dan sambal akan jadi pekat seterusnya pecah minyak. 

Rasanya ada dalam 15 ke 20 minit. Tapi kena jaga-jaga supaya tak hangit. Lepas tu boleh perasakan macam biasa. 

Resepi Sambal Udang Sedap Menjilat jari


Warna sambal juga bergantung pada cili kisar. Mak pesan kalau masak makanan apa pun tak boleh nak cepat je. Kena sabar dan cukup bahan dia. 

Patut la masa sertai acara pertandingan memasak di Universiti Berjaya dulu Chef Athira pesan suruh tumis bahan masakan sampai pecah minyak juga. 

Tu lah petua Chef masak sedap kat hotel rupanya.  Alhamdulillah berkat tunjuk ajar mak, sekarang dah agak pandai nak masak sambal macam mak buat. 

Rasa seakan-akan mak buat tu memang dah ada tapi tak akan pernah sama rasanya. Mak masak dengan perasaan kecintaan untuk anak-anak. Sayang mak. 

Resepi Sambal Udang Sedap 

Bahan bahan:

Bahan Kisar:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Satu inci halia

1/2 kg udang
3 sudu besar cili kisar
1/2 biji bawang besar Holland - hiris
1 keping asam keping
6 sudu besar air masak
1 sudu besar gula atau secukup rasa
Garam

Cara-cara:

Tumis bahan kisar hingga garing atau naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan air masak. Masak sehingga pecah minyak.

Masukkan udang dan kacau rata. Kemudian masukkan asam keping, garam dan gula. Perasakan sehingga anda puas hati. Biarkan seketika. Setelah itu baru masukkan hirisan bawang Holland. Tutup lepas seminit.

Siap untuk dihidang. 

Restoran Makanan Arab Sedap Di KL

Assalamualaikum. Memang dah jadi aktiviti wajib setiap bulan mencari tempat makan sedap di KL. Saja reward diri lepas berpenat lelah harung kehidupan dari hari ke hari. 

Kira small celebration dan tanda bersyukur masih hidup dan dikurniakan kesihatan yang baik. 

Jadi, untuk kali ni sekali lagi kami ke Restoran Qasar Balkis untuk makan makanan Arab yang terletak di Taman Melati Kuala Lumpur. Restoran ni sebaris dengan Restoran Sate Haji Samuri cawangan Taman Melati. 


Restoran Makanan Arab Sedap Di KL  

Kali kedua kami makan di sini dan Diah sangat-sangat sukakan makanan dekat sini. Restoran ni pakar dalam menyediakan makanan Arab / Timur Tengah. 

Memang dapat rasa rempah ratus yang mereka gunakan dalam setiap menu. 

Daging yang lembut dan berjus, Shawarma dan BBQ yang sedap, dan banyak lagi menu menarik dan berbaloi untuk dicuba.


Qasar Balkis Taman Melati



Restoran Makanan Arab Sedap Di KL


Menu Restoran Arab Qasar Balkis 

Paling Diah suka nak cadangkan adalah air teh dekat sini. Diah memang penggemar coffee dan juga sangat enjoy kalau minum Teh susu. 

Kalau datang sini memang akan pesan air Teh dalam teko kecil dan rasa Teh dia memang power.

Apa yang lain dekat sini, air Teh mereka akan letak sBunga Cengkih. Rasanya Cengkih tu menambah aroma dan rasa lemak teh. Minum teh panas memang layan habis.


Restoran Qasar Balkis


KL Qasar Balkis

Dari segi harga Diah rasa masih affordable dan berbaloi dengan apa yang kita makan. Lagipun saiz setiap hidangan agak besar. 

Kalau pesan hidangan nasi boleh kongsi untuk dua orang kecuali memang anda seorang yang kuat makan. 

Kalau pertama kali nak cuba boleh pesan menu yang berbeza. Baru dapat rasa semua menu yang ada. 


Restoran Qasar Balkis Taman Melati

 

Restoran Makanan Arab Sedap Di KL Qasar Balkis Taman Melati


Apa yang Diah perasan Restoran Qasar Balkis memang ada pelanggan setia mereka. Ada je pelanggan walk in terutama waktu malam. 

Restoran ni sesuai kalau nak makan-makan satu keluarga dan dekat sini ada bilik khas (VIP) kalau nak buat private dinner. 

Boleh muat dalam 10-12 orang kalau tak silap. Kalau datang secara berkumpulan baik call dan buat tempahan. 





Restoran Makanan Arab Sedap Di KL Qasar Balkis Taman Melati


Review Restoran| Qasar Balkis Taman Melati

Overall puas hati makan dekat Restoran Qasar Balkis sebab makanan yang sedap, tempat makan yang luas, bersih dan selesa, harga berpatutan dan krew restoran yang mesra pelanggan walau ada halangan Bahasa. 

Semestinya kalau nak cari tempat makan makanan Arab yang sedap di KL, Restoran Qasar Balkis adalah restoran yang patut anda cuba. Diah tak dibayar untuk review ni ya! Jadi patut cuba. 


QASAR BALQIS RESTAURANT (Taman Melati)
Lot No, 1 G, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur
Phone: 03-4161 8962


Satu lagi Restoran Nasi Arab yang aku boleh cadangkan ialah Nasi Arab Taj Hadramawt Taman Melati ,  Nasi Arab di Paradise Reyan pun sedap, dekat dalam pasaraya Aeon Big Wangsa Maju.