Petua Sambal Udang Sedap Menjilat Jari

by - March 06, 2019

Petua Sambal Udang Sedap Menjilat Jari | Hai semua. Selalu kalau beli udang tak lain tak bukan mesti masak sambal udang. Jarang sangat masak menu lain kecuali kalau beli udang galah, ha baru la masak udang galah masak lemak. Diah bercerita pasal udang ni sebab teringat sambal udang yang mak Diah masak memang power. Kalau balik bercuti mesti minta mak buatkan nasi lemak sebab nak makan sambal mak masak. 

Sambal mak memang terkenal dan diakui sedap oleh geng-geng rewang kalau ada kenduri kat kampung. Bila time kenduri, orang-orang kampung akan minta mak buat sambal untuk makan pagi masa sesi merewang. Tahu kan merewang tu apa? Tak tahu sila google. Hahahha. 

Cuci udang kena betul-betul. Kena buang usus di bahagian belakang badan udang then tahu tak yang kepala udang mempunyai kolestrol yang tinggi. Sila berpada-pada kalau makan makanan laut ya. Baru belajar cara kupas kulit udang kena buang bahagian ekor tajam ni baru senang nak kupas bila dah siap masak. 


Cara siang udang


Oleh sebab suka sangat maka Diah pun gigih belajar dan minta petua dari mak. Setiap kali sebut nak minta petua mak akan gelak besar. Mak kata mana ada petua apa-apa tapi mak pesan untuk dapatkan sambal yang sedap, sambal tu kena tumis lama. Oh ye sambal yang mak selalu buat ni rasa dia agak manis dan pedas. Tapi tak la over manis, tapi cukup buat Diah tambah nasi tiga pinggan. 

Mak ajar selain berzikir masa memasak, hati kena ikhlas dan enjoy time memasak. Lepas tu kalau masa memasak kena tumis bawang sampai garing dan kena tumis cili kisar tu sampai pecah minyak. Mak akan masukkan beberapa sudu besar air ke dalam sambal dan bila air dah mula kering dan sambal akan jadi pekat seterusnya pecah minyak. Rasanya ada dalam 15 ke 20 minit. Tapi kena jaga-jaga supaya tak hangit. Lepas tu boleh perasakan macam biasa. 

Resepi Sambal Udang Sedap Menjilat jari
Warna sambal juga bergantung pada cili kisar
Mak pesan kalau masak makanan apa pun tak boleh nak cepat je. Kena sabar dan cukup bahan dia. Patut la masa sertai acara pertandingan memasak di Universiti Berjaya dulu Chef Athira pesan suruh tumis bahan masakan sampai pecah minyak juga. Tu lah petua Chef masak sedap kat hotel rupanya. 
Alhamdulillah berkat tunjuk ajar mak, sekarang dah agak pandai nak masak sambal macam mak buat. rasa seakan-akan mak buat tu memang dah ada tapi tak akan pernah sama rasanya. Mak masak dengan perasaan kecintaan untuk anak-anak. Sayang mak. 

Resepi Sambal Udang Sedap 

Bahan bahan:

Bahan Kisar:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Satu inci halia

1/2 kg udang
3 sudu besar cili kisar
1/2 biji bawang besar Holland - hiris
1 keping asam keping
6 sudu besar air masak
1 sudu besar gula atau secukup rasa
Garam

Cara-cara:

Tumis bahan kisar hingga garing atau naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan air masak. Masak sehingga pecah minyak.

Masukkan udang dan kacau rata. Kemudian masukkan asam keping, garam dan gula. Perasakan sehingga anda puas hati. Biarkan seketika. Setelah itu baru masukkan hirisan bawang Holland. Tutup lepas seminit.

Siap untuk dihidang. 

You May Also Like

5 Comments

  1. eyh macam best kalau buat weekend ni. mark dlu

    ReplyDelete
  2. Udang sambal fav reen jgk..
    petua yang bagus diah share ni ;)

    ReplyDelete
  3. Fuh sambal udang. Nanti nak buat lah hehehe. Tq share :)

    ReplyDelete
  4. Suka cara orang tua masak, cekap dan cukup bahan.. Aah mak husniey jugak pesan kena zikir dan bersih bahan tu molek.. 😍


    Sedapnya udang. Favourite tuan suami ni

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.