Kedai Repair Laptop Bumiputera Murah Di KL

Kepentingan laptop dalam kehidupan dan membantu kerja seharian memang tak boleh disangkal lagi. 

Untuk student dan juga blogger macam Diah, laptop boleh di ibaratkan sebagai nyawa dan antara gajet penting WAJIB ada dekat rumah. 

Diah lebih puas hati dan selesa menggunakan laptop berbanding guna handphone. Lebih luas lebih senang kalau nak menaip. 


Kedai Repair Laptop Bumiputera Murah Di KL

Jadi, dalam entri kali ni Diah nak kongsikan dengan korang tentang Kedai Repair Laptop Murah Di KL supaya senang jadi rujukan di masa hadapan jika laptop korang perlu di repair. 

Ramai yang guna laptop tapi berapa ramai yang pandai jaga? Kalau rosak selalunya korang hantar baiki dekat mana? Kalau masih mencari tempat nak repair laptop boleh baca entri ni sampai habis. 

Laptop Diah yang pertama dihadiahkan oleh arwah abah. Sayang sangat dan masih simpan laptop tu sebab ada sentimental value. 

Memang jaga sebaik mungkin sebab faham bukan murah nak beli laptop masa dulu. Dalam duk berjaga-jaga pun, laptop pernah ada masalah disebabkan jangkitan virus. 

Normal la kan tapi sebab tak ada kepakaran bab laptop ni memang cuak la bila laptop rosak.  Satu perkara Diah nak ingatkan, kalau nak cari kedai repair laptop murah di KL cari lah kedai repair laptop yang dipercayai dan berpengalaman. 

Untuk mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang @ KL, mesti tercari-cari kedai laptop murah di KL kan? 

Wujud lagi ke kedai repair laptop murah di KL ni? Jawapannya, mestilah ada. Kalau nak tahu, FR Laptop dikenali sebagai salah satu kedai repair laptop murah di KL ni tau. 

FR Laptop merupakan PAKAR SERVIS LAPTOP dan merupakan sebuah syarikat Bumiputera yang menjalankan perniagaan berasaskan perkhidmatan dalam bidang IT. 




FR Laptop Kedai Repair Laptop Murah Di KL

Diah kalau dalam mencari Kedai Repair Laptop Murah Di KL memang agak memilih sedikit. 

Selalu terbayang data-data yang ada di dalam laptop akan disalahguna, tak pun laptop jadi semakin teruk disebabkan kecuaian kedai. 

Punyalah teruk pemikiran sampai ke situ kan? Apa yang best tentang FR Laptop, ianya merupakan Kedai Repair Laptop Murah Di KL yang menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan komputer yang berkualiti bukan sahaja laptop malah desktop, Mac & Windows. 

Sebut je masalah-masalah yang selalu jadi macam skrin pecah, jangkitan virus, computer laggy, nak naik taraf dan nak back up data semuanya FR Laptop boleh selesaikan. 

Selain menjadi pilihan kerana Kedai Repair Laptop Murah Di KL, FR Laptop juga menjadi pilihan pelanggan adalah kerana mereka memudahkan pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan runner. 

Memang bagus sangat sebab dengan kekangan masa dan nak kena hadap jem elok lah suruh runner datang pick up dan juga delivery laptop bila semuanya selesai. 

Untung sangat orang sekitar lembah Klang boleh guna kemudahan yang ada ni.




Servis Kedai Repair Laptop - FR Laptop 

Selain daripada membaiki laptop dan komputer, FR Laptop juga menyediakan perkhidmatan yang pelbagai seperti yang Diah terangkan di bawah. 

Pendek kata tak perlu lagi bersusah payah sebab semuanya ada dalam satu kedai. Mana nak cari Kedai Repair Laptop Murah Di KL yang sediakan semua di bawah satu bumbung. 


1. Penetapan Software

FR Laptop menawarkan perkhidmatan penetapan sistem pengendalian, pembaharuan lesen bagi software multimedia dan lain-lain. Serahkan sahaja pada FR Laptop Kedai Repair Laptop Murah Di KL buat kerja mereka.  


2. Upgrade / Service 

Kalau rasa laptop anda dah outdated, FR Laptop boleh lakukan penambahbaikan terhadap komputer anda. 

Selalu orang merungut laptop processing slow la, berat la macam-macam kan? Ha anda boleh tambah / upgrade RAM / SSD / HDD dekat sini. 


3. Hardware / Parts

Nak tukar hardware atau parts untuk komputer anda boleh datang dan cari dekat FR Laptop. Dijamin sebagai Kedai Repair Laptop Murah Di KL anda akan berpuas hati dengan layanan mereka. 

Oleh sebab harga yang dikenakan berpatutan dan kepelbagaian servis yang ditawarkan memang layaklah FR laptop ni dikenali sebagai Kedai Repair Laptop Murah Di KL

Pekerja-pekerja dekat FR Laptop juga adalah terdiri daripada mereka yang terlatih dan mesra pelanggan. 

Mudah la kalau nak berurusan. Kalau perasan sekarang kebanyakan pekerja-pekerja dekat Mall upah pekerja asing tau, sebab tu jadi kurang selesa dan kurang percaya nak hantar baiki laptop. 



Testimoni Pelanggan FR Laptop Kedai Repair Laptop Murah Di KL

Kalau anda masih lagi ragu-ragu dengan kualiti kerja FR Laptop ni apa kata anda baca testimoni pelanggan yang pernah menggunakan servis mereka. 

99% pelanggan berpuas hati dengan kualiti servis mereka dan FR Laptop Kedai Repair Laptop Murah Di KL telah menerima lebih 2000 review 5 Bintang. 

Bukan tu sahaja, mereka juga berani memberikan tempoh jaminan yang lama untuk servis yang diberikan dan 100% money back guarantee. 

FR Laptop Kedai Repair Laptop Murah Di KL memberi jaminan bertanggungjawab ke atas spare part laptop yang dijual dan bertanggungjawab sepenuhnya jika ada pekerja mereka yang melakukan kesalahan. Memang terbaik la. 




Tumpang bangga bila tengok kejayaan FR Laptop yang dibangunkan sendiri oleh orang Melayu dan terkenal sebagai Kedai Repair Laptop Murah Di KL

Bukan mudah nak dapat pengiktirafan macam ni sebab persaingan dekat bandar besar ni memang banyak. 

Harga berpatutan, servis lengkap untuk hardware, software, penambahbaikan dan banyak lagi la. Siap ada pick up dan delivery servis lagi. 

Memang servis tahap 5 bintang. Boleh hubungi atau walk in ke kedai mereka seperti alamat di bawah. 

Telefon / WhatsApp: +60172882349 | Link WhatsApp
Facebook: @FRLaptopService

Alamat:
508 Jalan Kanan 1 Kampung Pandan 55100 KL
Waktu Operasi: 9.00 Pagi – 9.00 Malam (kecuali Cuti Am)
Waze / Google Map: FR Laptop Service

Drama Nur 2 di Slot Samarinda TV3

Sinopsis Drama Nur 2 

Peminat drama Nur mesti dah tak sabar nak tengok sambungan musim kedua drama Nur lakonan Syafiqe Kyle dan Amyra Rosli kan? 

Drama Nur 2 dah pun mula ditayangkan pada malam ni, 2 Mac 2019 menerusi slot Samarinda di TV3 pada jam 10 malam. Confirm esok pagi akan penuh dengan status emosi tentang Drama Nur dekat Facebook. 

Drama Nur pernah menjadi drama televisyen paling kontroversi pada tahun 2018. Aku sempat layan sekejap drama Nur musim pertama lepas viral pasal sup bunjut yang disangka kan benda kotor untuk tujuan sihir tu. 

Kelakar betul Noorkhiriah bawa watak alim-alim kucing tapi bermulut puaka. Lol. Lepas tu dengan adanya watak Ustad Madi lakonan Azhan Rani menambahkan lagi rencah buat drama tu rasa begitu dekat dengan masyarakat.


Drama Nur 2


Promosi Drama Nur 2


Selain jalan cerita yang bagus dan pelakon yang berbakat aku rasa faktor lain drama ni bakal meletop adalah kerana keserasian pengarah dan juga para pelakon. Selalu tengok teaser dan juga adegan belakang tabir dekat Instagram pengarah drama Nur iaitu Shahrulezad Mohameddin (@budakijat).

Pelakon Noorkhiriah dan Azhan Rani pun kerap bantu promote dekat Instagram masing-masing. Dua pelakon senior yang berbakat besar dan kelakar sebab kuat melatah.  Antara pelakon lain yang turut berlakon dalam Drama Nur 2 ialah seperti Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Riena Diana dan Azar Azmi. 


Nur 2 dan ustaz Adam
Drama Nur 2 - Ustaz Adam 


Babak Panas Dalam Drama Nur 2


Kalau dalam musim pertama, Nur dan ustaz Adam banyak menerima tentangan dan mereka cuba mendapatkan restu keluarga. Tapi khabarnya dalam Nur 2 ni Ustaz Adam akan bawa watak yang lebih berani dan berbeza daripada karakter dia dalam musim pertama.

Kemunculan watak baru iaitu Juwita, seorang pelacur lakonan Azar Azmi yang akan menggoda ustaz Adam. Jadi dah dapat bayangkan macamana konflik dalaman seorang ustaz dan juga sejauh mana kesetiaan Ustaz Adam pada isterinya. Mampu ke tidak tahan godaan? 

Menurut pengarahnya, watak Juwita adalah watak yang mencabar dan dia mengharapkan pelakon Azar Azmi dapat ‘membawa’ watak tersebut dengan berkesan. Rupa-rupanya watak tu pernah ditawarkan kepada Nelydia Sensrose, tetapi dia telah menolak tawaran tersebut. 


Nur
Nur

Biodata Azar Azmi a.k.a Juwita

Kalau nak tahu Azar Azmi merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10. Nama sebenar dia Siti Azar Ameerah binti Azmi. Banyak juga drama dan telefilem yang dia pernah berlakon seperti Gerak Khas, Suri Hati Mr Pilot, Isteri untuk Diiktiraf, dan Tiada Arah Jodoh Kita. Rupa-rupa bukan setakat berlakon je, Azar Azmi ni juga merupakan usahawan dan pengasas produk kosmetik ZS Instant White dan butik AZARHOF. 

Aku harap sangat la walaupun awal-awal lagi media dah gembar gemburkan akan ada adegan panas dengan pelacur, harapnya lakonan mereka nanti tidak lah keterlaluan dan masih menjaga batas dan juga adap. 

Jangkaan aku untuk drama Nur 2, ustaz Adam akan digoda oleh Juwita dan ustaz Adam cuba selamatkan Juwita dari terus hanyut dalam dunia penuh dosa. 

Bermula dengan nak berdakwah akhirnya Juwita menjadi isteri no dua ustaz Adam. Juwita dan Nur akhirnya bermadu. Masing-masing hidup bahagia. Jangan marah sebab aku teka je lah yang tu. Nak tahu ending cerita Nur kena beli novel dia yang dah keluar pun dan dijual di PBAKL 2019.



Penulis Novel Drama Nur 2 di Slot Samarinda TV3
Penulis Novel Drama Nur 2

Selamat mencari dan membaca. 

Singgah makan di Restoran Squid Boy MyTOWN KL

Pertama kali jejak kaki ke MyTOWN KL ni masa melepak dengan kawan-kawan blogger dekat IKEA. Baru tahu yang MyTOWN KL ni bersambung dengan IKEA Cheras. 

Kiranya bawah satu bumbung. Memang cun sangat la. Jadi mudah bila parking dekat tempat yang sama tapi boleh pergi dua tempat. 

Kawan-kawan yang dah sampai MyTOWN KL ni beri feedback yang agak bagus jadi kami pon tak ketinggalan nak explore. Kami sempat singgah makan di Restoran Squid Boy dalam MyTOWN ni.

Kalau singgah IKEA mesti la kena makan Smoked BBQ Beef Rib & Meatball



Singgah makan di Restoran Squid Boy MyTOWN KL


Memang agak terkial-kial masa berjalan dekat sana sebab tak ada arah nak dituju. Kebetulan kami sampai waktu tengahari jadi terus lunch dekat sini sebelum balik. 

Nak cari tempat lunch pun memang menjadi masalah ye, yang berkeluarga terutama ada anak kecil memang sedikit mencabar sebelum dapat capai kata akhir nak makan dekat mana. 

Banyak je restoran tapi kurang berkenan di hati. Jalan punya jalan ternampak lah restoran Squid Boy. 



Restoran Squid Boy MyTOWN KL


Singgah makan di Restoran Squid Boy 


Restoran ni terletak di level B1-049 dalam MyTOWN. Mereka menjual snek jalanan yang terkenal di Taiwan tapi ikut selera Jepun. Sungguh berlaku kecelaruan identiti Squid Boy ni, Taiwan mixed Jepun. 

Semestinya menu utama yang dijual adalah sotong, tapi bukan sebarang sotong. Ni sotong gergasi tu. 

Kalau dekat pasar malam dijual pada harga RM7 untuk saiz sederhana dan yang besar dalam RM14 macam tu. Sotong celup tepung. 





Menu di Restoran Squid Boy MyTOWN KL


Halal Status Restoran Squid Boy 


Jangan risau nak makan sebab restoran Squid Boy ada pengiktirafan sijil Halal dan dipamerkan di kaunter. 

Restoran Squid Boy ni tak sebesar restoran yang biasa tapi dia besar sikit dari kiosk Cool Blog. 

Satu kawasan untuk kaunter dan dapur, lagi satu kawasan disusun meja kerusi untuk pelanggan yang dine in. Konsep dia grab and go. Agak tak selesa kalau nak melepak lama-lama. 



Halal Status Restoran Squid Boy MyTOWN KL



Menu Utama Restoran Squid Boy 

Dah namanya pun Squid Boy jadi menu utama semestinya berasaskan sotong. Ada giant squid, pelbagai pilihan bento, mee dan juga kudapan lain macam mushroom dan fillet. 

Untuk set bento boleh pilih Giant Squid, Crispy Chicken, Crispy Squid atau Popcorn Chicken. 

Kami cuba Bento squid dan juga chicken. Dalam set bento ada nasi beras Jepun tu, lauk dan juga tiga pilihan sos. 

Lupa nama sos tapi aku makan dengan Thai sos. Set bento datang bersama air pada harga RM10.90. Ok la kan harga tu.

Aku recommend ambil Crispy Squid. Sedap. Selain bento ada juga dijual mee, popcorn chicken, mushroom fries, mackerel strip dan menu ringkas yang lain. 









Untuk percubaan kali pertama makan Squid Boy kami agak berpuas hati dengan menu yang kami cuba. 

Tak sempat nak cuba mee dan menu lain. Harga berpatutan dengan portion yang dijual dan set dah termasuk dengan air. 

Dari segi rasa ikut tekak aku agak sedap dan paling penting dia rangup dan squid dia tak liat. Aku sejenis tak kuat masin jadi kira sedap la bagi aku rasa dia. Ada rezeki kita cuba menu lain pula. 

Squid Boy MyTown
B1-049, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, 


Beli Hadiah Reunion Di DEKKO Melawati Mall

Idea nak buat reunion dengan kawan-kawan lama timbul lepas tengok 10years challenge yang tular dekat media sosial baru-baru ni. 

Jadi bersempena 10 tahun berkenalan, kami excited nak ajak berjumpa. Rasa macam dah tua sangat dan banyak benda dah berubah sejak kami tamat latihan bersama-sama. 

Beli-hadiah-Reunion

Beli Hadiah Reunion Di DEKKO Melawati Mall  

Ada yang masih dalam industri Perbankan, ada yang dah masuk industri lain dan ada yang dah jadi suri rumah sepenuh masa (Diah la tu). 

Apa pun perjumpaan kami memang seronok walau hanya beberapa jam sahaja. Maka bermulalah sesi membeli hadiah reunion di DEKKO Melawati Mall. 

Cadangan Hadiah Untuk Reunion

Macam biasa, setiap kali reunion kami akan adakan sesi gift exchange sebagai kenang-kenangan. Setiap orang kena beli hadiah bernilai sekurang-kurangnya RM50.   

Hadiah pula terpulang kepada minat dan citarasa masing-masing sebab masa hari kejadian nanti baru akan cabut nama untuk siapa hadiah tu akan diberikan.

Lama juga fikir tentang hadiah ni, dan banyak je idea yang timbul. Dari awal lagi dah terfikir nak beli macam-macam. 

Awal-awal lagi kawan-kawan dah ingatkan yang makanan tak boleh dijadikan sebagai gift, sebab nanti tak dapat jadikan kenangan katanya. 

Antara idea Cadangan Hadiah Untuk Reunion yang boleh dibeli ialah:
  • 1.       Set Pinggan Mangkuk
  • 2.       Set Penjagaan Diri
  • 3.       Barangan Elektrik
  • 4.       Hiasan Rumah / Ruang Tamu
  • 5.       Kelengkapan Tidur
  • 6.       Gajet
  • 7.       Tudung and the list goes on

Beli-hadiah-Reunion-dekko

Beli Hadiah Reunion Di DEKKO Melawati Mall

Daripada senarai dekat atas Diah berkenan sangat nak beli bantal hiasan yang orang selalu letak dekat ruang tamu. 

Kebetulan Diah berada di Melawati Mall jadi sempat singgah ke DEKKO. Kedai DEKKO ni menjual pelbagai barangan untuk hiasan rumah.

Memang cantik-cantik dan jadi rambang mata nak pilih. Kalau nak beli untuk rumah sendiri pun sesuai. 

Kebanyakan barangan yang dijual memang sesuai untuk dekorasi English concept. Ada hiasan dinding macam frame, hiasan ruang tamu macam kotak, dan macam-macam lagi lah.

dekko-melawati-mall


Masa masuk je dekat kedai ni mata dah tertumpu pada bantal hiasan yang pelbagai warna dan bentuk. Suka sangat sampai dua biji bantal Diah beli. 

Satu yang ada hiasan Nenas dan satu lagi berbentuk Unicorn. Oleh sebab suka benda comel makan bantal la yang disambar dulu.

Beli-hadiah-Reunion-dekko-melawati-mall



Dekat mana DEKKO ni?

DEKKO terletak di level 4 (L4-06,07,08) dalam Melawati Mall, berhampiran dengan escalator. Kedai ni agak luas dan banyak pilihan. 

Boleh tengok Instagram mereka DEKKO  sebelum terjah ke sana ok. Staff kat sana pun friendly dan paling penting dia tak ikut korang masa dalam kedai. 

Jadi bebas la memilih. Lemah betul kalau masuk kedai sales girl asyik follow je. Dah selesai beli hadiah baru seronok nak pergi reunion. 

Kami berjumpa sambil sembang santai di Restoran Steamboat Dkayangan Shah Alam. Diah pernah ceritakan sebelum ni kenapa kami pilih Dkayangan sebagai lokasi reunion yang best. 

Alhamdulillah kawan yang terima hadiah Diah happy dapat bantal tu. Kalau tak happy boleh pulangkan semula lol, dan Diah pula dapat barangan penjagaan muka.

hadiah-reunion


Apa pun majlis reunion kami berlangsung dengan jayanya. Masing-masing balik dengan gembira. Hati senang, perut kenyang, anak-anak dan suami masing-masing enjoy sepanjang majlis. 

Alhamdulillah mana tahu lepas ni buat reunion dengan kawan-kawan yang lebih ramai dan 20years challenge ke. Mana tahu kan?

DEKKO - Home deco . Home furnishing. Homeware
Visit us @
2F-45& 46 PARADIGM MALL, PJ
L4-06,07,08 MELAWATI MALL, KL
Online Contact 0175316880