Drama Nur 2 di Slot Samarinda TV3

Rodiah Amir
1

Sinopsis Drama Nur 2 

Peminat drama Nur mesti dah tak sabar nak tengok sambungan musim kedua drama Nur lakonan Syafiqe Kyle dan Amyra Rosli kan? 

Drama Nur 2 dah pun mula ditayangkan pada malam ni, 2 Mac 2019 menerusi slot Samarinda di TV3 pada jam 10 malam. Confirm esok pagi akan penuh dengan status emosi tentang Drama Nur dekat Facebook. 

Drama Nur pernah menjadi drama televisyen paling kontroversi pada tahun 2018. Aku sempat layan sekejap drama Nur musim pertama lepas viral pasal sup bunjut yang disangka kan benda kotor untuk tujuan sihir tu. 

Kelakar betul Noorkhiriah bawa watak alim-alim kucing tapi bermulut puaka. Lol. Lepas tu dengan adanya watak Ustad Madi lakonan Azhan Rani menambahkan lagi rencah buat drama tu rasa begitu dekat dengan masyarakat.


Drama Nur 2


Promosi Drama Nur 2


Selain jalan cerita yang bagus dan pelakon yang berbakat aku rasa faktor lain drama ni bakal meletop adalah kerana keserasian pengarah dan juga para pelakon. Selalu tengok teaser dan juga adegan belakang tabir dekat Instagram pengarah drama Nur iaitu Shahrulezad Mohameddin (@budakijat).

Pelakon Noorkhiriah dan Azhan Rani pun kerap bantu promote dekat Instagram masing-masing. Dua pelakon senior yang berbakat besar dan kelakar sebab kuat melatah.  Antara pelakon lain yang turut berlakon dalam Drama Nur 2 ialah seperti Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Riena Diana dan Azar Azmi. 


Nur 2 dan ustaz Adam
Drama Nur 2 - Ustaz Adam 


Babak Panas Dalam Drama Nur 2


Kalau dalam musim pertama, Nur dan ustaz Adam banyak menerima tentangan dan mereka cuba mendapatkan restu keluarga. Tapi khabarnya dalam Nur 2 ni Ustaz Adam akan bawa watak yang lebih berani dan berbeza daripada karakter dia dalam musim pertama.

Kemunculan watak baru iaitu Juwita, seorang pelacur lakonan Azar Azmi yang akan menggoda ustaz Adam. Jadi dah dapat bayangkan macamana konflik dalaman seorang ustaz dan juga sejauh mana kesetiaan Ustaz Adam pada isterinya. Mampu ke tidak tahan godaan? 

Menurut pengarahnya, watak Juwita adalah watak yang mencabar dan dia mengharapkan pelakon Azar Azmi dapat ‘membawa’ watak tersebut dengan berkesan. Rupa-rupanya watak tu pernah ditawarkan kepada Nelydia Sensrose, tetapi dia telah menolak tawaran tersebut. 


Nur
Nur

Biodata Azar Azmi a.k.a Juwita

Kalau nak tahu Azar Azmi merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10. Nama sebenar dia Siti Azar Ameerah binti Azmi. Banyak juga drama dan telefilem yang dia pernah berlakon seperti Gerak Khas, Suri Hati Mr Pilot, Isteri untuk Diiktiraf, dan Tiada Arah Jodoh Kita. Rupa-rupa bukan setakat berlakon je, Azar Azmi ni juga merupakan usahawan dan pengasas produk kosmetik ZS Instant White dan butik AZARHOF. 

Aku harap sangat la walaupun awal-awal lagi media dah gembar gemburkan akan ada adegan panas dengan pelacur, harapnya lakonan mereka nanti tidak lah keterlaluan dan masih menjaga batas dan juga adap. 

Jangkaan aku untuk drama Nur 2, ustaz Adam akan digoda oleh Juwita dan ustaz Adam cuba selamatkan Juwita dari terus hanyut dalam dunia penuh dosa. 

Bermula dengan nak berdakwah akhirnya Juwita menjadi isteri no dua ustaz Adam. Juwita dan Nur akhirnya bermadu. Masing-masing hidup bahagia. Jangan marah sebab aku teka je lah yang tu. Nak tahu ending cerita Nur kena beli novel dia yang dah keluar pun dan dijual di PBAKL 2019.



Penulis Novel Drama Nur 2 di Slot Samarinda TV3
Penulis Novel Drama Nur 2

Selamat mencari dan membaca. 

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. nak tengok tapi nak tnggu lama lama sket. kasi episode dah banyak2 baru mula hehe..

    BalasPadam
Catat Ulasan