Potty Training Raudah Sakinah Akhirnya Berjaya

Potty Training Raudah Sakinah Akhirnya Berjaya  


Assalamualaikum. Alhamdulillah. Akhirnya berjaya potty training Raudah Sakinah setelah banyak kali gugur air mata dia.

Takut betul dia dengan tandas. Ini kali kedua aku mulakan potty training sejak misi latih potty training pertama gagal. 

Di usia dia menginjak tiga tahun satu bulan, aku berjaya kenalkan dia dengan fungsi tandas. Lol. Tahniah anakku. Kita belajar dan cipta kenangan sama-sama ok. 

Kalau ikutkan aku memang dah hampir sangat putus asa. Kalau cubaan kali ni gagal memang aku akan latih potty training masa dia empat tahun je. Mungkin masa tu sabar aku makin menebal. Kahkahkah.



Aku plan nak belikan dia hadiah sebagai tanda aku hargai usaha dia walaupun hanya nak suruh dia faham guna tandas. Orang kata celebrate even small success kan? Dia dah lama dia minta jam Mickey Mouse warna Pink. 

Walaupun dia masih belum bebas lampin sepenuhnya tapi bila dia dah pandai minta nak ke tandas nak kencing dan buang air besar aku rasa bangga sangat. Bayangkan, dia nak buang air besar tapi dia takut. Dia suruh aku pegang tangan. 

Dah jadi hal aku pegang tangan sambil pintu tandas terbuka. Adik dia pula memang suka ambil bahagian. Kalau kakak sebut nak kencing, laju je adik berlari ke tandas. Sibuk nak main air. 

Rutin dia setiap hari, Raudah akan bercerita dengan bangganya dekat abah dan abang dia tentang kejayaan dia gunakan tandas. Alahai anak. 

Sejujurnya, latih anak di usia yang masih kecil memang perlukan komitmen dan juga usaha yang besar. Perlu siapkan mental dan fizikal, kalau tidak anak akan jadi mangsa hilang sabar. 



Tapi tak mustahil pun nak latih anak potty training di usia tiga tahun ok. Syabas untuk diri sendiri. Aku bangga dengan kau. Chewah. 

Aku recap semula apa aku buat untuk latih Potty Training anak di usia tiga tahun:

Kenalkan dia dengan tandas, ajar cara guna dan tekankan tentang kebersihan. 
  1. Ajar dia untuk beritahu jika ingin ke tandas. 
  2. Bantu untuk atasi ketakutan dia. Anak-anak kecil tinggi daya imiginasi. Ketakutan akan jadi batu penghalang untuk dia mencuba perkara baru. 
  3. Ibu bapa kena bersedia mental dan fizikal serta kena sabar paling tinggi. Elak marah anak, kalau ter marah macam aku buat; peluk dan terangkan kenapa marah. 
  4. Umpan anak dengan rewards kalau berjaya. Aku akan guna taktik rewards bila waktu kritikal sahaja. Kalau selalu guna nanti tak berkesan. 
  5. Selalu puji anak bagus dan hebat. Setiap kali pujian tu diterima semakin bersemangat anak nak buat yang terbaik.


Itu sahaja perkongsian aku tentang perjalanan melatih potty traing Raudah Sakinah. Walaupun hampir menyerah kalah tapi kita tetap berjaya lakukannya. Good job my daughter. 

Next, adik dia nanti macamana la pula. Mampukah? 

Blogger Terengganu Datang Beraya - Husniey Hussain

Blogger Terengganu Datang Beraya - Husniey Hussain | Assalamualaikum, beberapa minggu lepas sempat meraikan tetamu yang datang jauh datang dari Negeri Pantai Timur beraya di rumah kotak kami. Husniey ni travel blogger yang berasal dari Terengganu. Kebetulan Husniey bercuti ke KL, jadi dapatlah berjumpa dan beraya sekali. 

Ini kali kedua jumpa adik manis ni. Sedikit throwback kami pertama kali bertentang mata ialah sewaktu di Melaka. Masa tu buat review The Shore Melaka. Kami tengok ikan sama-sama. Romantik kan? Hahahaha.  

Tomyam Kaw di Restoran HM Oren Tomyam

Assalamualaikum, untuk edisi food hunting kali ni tekak teringin nak makan tomyam dan Seafood celup tepung. 

Oleh sebab selalu plan last minute biasanya permintaan tu payah nak tercapai sepenuhnya. 

Jadi untuk tak hampakan tekak sendiri makan kita repeat makan Tomyam Kaw di Restoran HM Oren Tomyam yang terletak di Wangsamaju.

Lokasi tepat restoran ni ialah di belakang Restoran NZ. Seksyen berapa aku lupa tapi dekat dengan Aeon Big Wangsamaju. Seksyen 4/5 la kot kan. 

Tapi serius tomyam kedai dia power. Memang kaw. Bukan setakat tu je segala mak nenek masakan panas dia sedap. Ada rasa la.


Tomyam Kaw di Restoran HM Oren Tomyam 

Cuma kelemahan kedai dia tak jual Seafood celup tepung je. huwaa.

Masa aku makan dekat situ aku konon nak update Instagram dan share location as usual la kan. Sayangnya location dia tak boleh detect plus Instagram restoran tu pun tiada. Bagi aku lack of marketing la.



Kalau korang ada berdekatan dan nak cuba makan di Restoran HM Oren Tomyam aku cadangkan makan tomyam dulu lepas tu order Teh Ais ye. 

Hari tu aku tak sempat order, aku jenguk meja sebelah punya air pekat gila teh dia.

Ikut tekak aku yang makan hampir semua benda ni aku bagi 4 bintang untuk kesedapan makanan dia. kang bagi 5 korang kata tiada yang sempurna right? Harga berpatutan, kedai bersih dan selesa. 





Agak-agak korang tak jumpa mana satu restoran dia, korang bawak la aku pergi makan sekali kat sana. Baru meriah kan?

Nota sampingan: ada kenangan masa aku tengah habiskan makanan, suami aku bawa anak bongsu lepak dekat luar kedai sebab dia bosan tunggu aku makan. 

Lepas tu, ada sorang minah ni naik kereta dan lalu angkat tangan dan lambai anak dan suami aku. Dengan senyum manis ok. 

Ye dia lambai anak aku la kan? Sedapkan hati. Soalan aku; kalau aku menjadi minah tu, adakah aku akan lambai kepada lelaki anak satu yang lepak tepi jalan?


Set Pengurusan Jenazah Kit Kifayah Pos Malaysia Berhad

Assalamualaikum. Terjumpa Kit pengurusan jenazah yang aku rasa benda perlu ada di setiap rumah. Kebetulan ada urusan di pejabat pos WangsaMaju. 

Ternampak Kit Kifayah yang dijual oleh Pos Malaysia Berhad. Elok sangat kit jenazah ni letak dekat rumah supaya setiap masa kita akan ingat tentang mati.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, “Agama itu mudah, oleh itu permudahkanlah, jangan memayahkan, gembirakanlah, dan jangan meliarkan (menakutkan?”


Set Pengurusan Jenazah Kit Kifayah Pos Malaysia Berhad 

Dengan adanya kit Kifayah Pengurusan Jenazah ni akan menyenangkan pengurusan bila berlakunya kematian. Memang mudah dan sempurna. Mati tu kan tak terjangka, elok sangat kalau bersedia.

HARGA: RM200 SEMENANJUNG | RM220 SABAH/SARAWAK





Kit Kifayah Kit Pengurusan Jenazah

Ada 20 peralatan utama disediakan di dalam Kit Kifayah Kit Pengurusan jenazah dan boleh digunakan oleh lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak. 
  1. Tiga Helai Kain Kafan (2.5m X 60 Inci)
  2. Sehelai Kain Kemban
  3. Sehelai Serban / Tudung
  4. Sehelai Baju / Gamis
  5. Dua Helai Sarung Bantal
  6. Lima Helai Tali (2m X 2inci)
  7. Dua Gulung Kapas
  8. Satu Botol Air Mawar
  9. Akar Sintok
  10. Sepuluh Batang Putik Kapas
  11. Sebatang Celak
  12. Sebotol Kapur Barus
  13. Sebotol Serbuk Cendana / Pacai
  14. Sebotol Minyak Attar
  15. Sebuku Sabun
  16. Apron Plastik
  17. Plastik Sampah
  18. Dua Set Sarung Tangan Getah
  19. Satu Set Topeng Muka
  20. Panduan Pengurusan Jenazah




Selain daripada letak dekat rumah untuk kegunaan sendiri boleh juga hadiahkan untuk keluarga, rakan-rakan dan boleh beli dan wakafkan. 

Korang boleh dapatkan Kit Pengurusan Jenazah ni di pejabat pos yang terpilih atau boleh beli secara atas talian.